Sabtu, Jun 28, 2008

menyantuni warga MADRASHAH FALAHIAH , PASIR PUTIH








- saya dijemput hadir oleh TUAN GURU ROSLI @ LI TOK AYAH untuk majlis doa selamat sempena pemergian beliau menunaikan umrah dan membincangkan projek pondok ingin membina MASJID baru .ALHAMDULLILLAH semua berjalan lancar dan insyaallah kumpulan perniagaan kami berbangga untuk membantu....INSYALLAH semoga semua hajat dan perancangan warga pondok tercapai dan berjaya .

segala sumbangan boleh disumbangkan ke akaun BANK ISLAM : 13035010026351
( MADRASHAH FALAHIAH , PASIR PUTIH )

* saya terharu melihat kesungguhan pelajar disitu yang tekun belajar hingga lewat malam dan bangun seawal mungkin untuk menunaikan solat sunat tahajud dan subuh . sungguh tenang hati dan bangga melihat anak2 kecil-kecil yang berani , bersungguh-sungguh dan ceria dalam menuntut ilmu . semoga mereka semua berjaya .." ALWAYS HAVE THE ENDAVOUR TO ACHIEVE MORE ....."

ricky kerja-kerja INTERNET PROTOCOL TELEVISION di KOTA BAHRU , KELANTAN







- alhamdullillah dapat berjumpa syed azidi @ kickdefella bertanya tentang IPTV dan melihat kelengkapan perangnya di MARKAZ UTAMA mereka di KOTA BAHRU . INSYAALLAH KUMPULAN KERAMAT-MADU3 akan bekerjasama didalam perniagaan IPTV .

PENYEWAAN PERALATAN MULTIMEDIA di PUTRAJAYA ..

Jumaat, Jun 27, 2008

"Solat mampu rawat masalah mati pucuk" UM

Oleh Berita Harian
Khamis, 26 Jun 2008

KL: Kajian tiga pensyarah Universiti Malaya mengenai solat, menemui rahsia penawar dan mampu merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang.

Kejayaan itu didedahkan dalam Seminar Kejuruteraan Bio Perubatan (BIOMED) 2008 anjuran universiti itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Hotel Nikko, di sini, pagi ini


# maklumat lanjut tolong cari kat berita harian online atau website universiti malaya

ricky kerja-kerja AV & MULTIMEDIA di UITM , SHAH ALAM

Isnin, Jun 23, 2008

menyantuni warga AMAN PALESTIN.., BANGI .SELANGOR

Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

PERINGATAN.... ikhlas dari RAJA NAZRIN..di MCKK

Melayu perlu kuat - Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri – Raja Nazrin

Oleh ABDUL RAZAK DIN

KUALA KANGSAR 21 Jun – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bangsa Melayu perlu kuat daripada segala aspek supaya terus gagah, berhati cekal, bersemangat waja dan berupaya mendaki gunung tinggi serta bertenaga menyeberangi lautan luas.

Titah baginda, adalah malang jika bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

Anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung,’’ titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 2008 di sini hari ini.

Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu.

Titah baginda, bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan dan mengekalkan tamadun agungnya adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah, malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu.

Baginda bertitah, MCKK menjadi kampung cerdik pandai Melayu yang terpilih daripada kalangan yang paling cerdas berasaskan prestasi pencapaian akademik.

‘‘Di sinilah asuhan, di sinilah bimbingan dilakukan dalam usaha membina modal insan untuk meneruskan kelangsungan bangsa di bumi warisan turun temurun.

“Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap, dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya dan negara.

‘‘Bisikkan kepada mereka akan petua orang- orang tua bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia.

‘‘Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi, terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah.

‘‘Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya yang bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja,’’ titahnya.


Raja Nazrin bertitah, untuk itu, negara perlu melihat kedudukan MCKK daripada kaca mata penilaian yang berbeza dan tidak wajar disamakan dengan mana-mana institusi pendidikan lain.

Titah baginda, berasaskan akar sejarah penubuhannya, identiti MCKK daripada segi bentuk, tenaga pengajar, kurikulum dan kokurikulum harus mempunyai keunikan.

‘‘MCKK perlu senantiasa disuntik dengan nafas baru agar kekal dihormati sebagai institusi pendidikan menengah yang terunggul di negara ini.

‘‘Beta insaf betapa pentingnya kualiti, betapa mustahaknya taraf pendidikan di kolej ini ditingkatkan bertaraf dunia agar tradisi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa dapat diteruskan.

‘‘Dan keupayaan menghasilkan wira bangsa yang hebat berpencak di gelanggang dunia dapat dilaksanakan,’’ titah baginda.


REFER : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


WARISAN (ANAK KECIL MAIN API) - lagu

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kini cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Ulang Chorus
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Khamis, Jun 05, 2008

marilah belajar berenang....



- belajar berenang adalah sunnah ..dan bagus untuk latihan pernafasan..

sila berubah....( mari jadi cherodik....)



# seronok...dengar bahasa ...ceria , spontan dan berisi..( hehehehehe )



Nizar : Sikap kita merugikan sendiri

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Mohammad, sewaktu memberikan responnya terhadap penguasaan bukan Melayu dalam bidang 'hardware' dimana para pengusaha Melayu yang mendapat projek terpaksa bergantung kepada mereka untuk membekalkan bahan-bahan binaan ; menyebabkan jurang keuntungan yang amat ketara dimana kontraktor Melayu puratanya hanya mendapat keuntungan antara 5 hingga 10 % berbanding pembekal bahan binaan yang membuat 30% keuntungan; Nizar berkata:

"Persoalan Melayu dan bukan Melayu tidak timbul dalam hal tersebut.Yang menjadi masalahnya ialah sikap orang Melayu sendiri yang tidak mengikut ajaran dan kehendak Islam sendiri dalam urusan perniagaan."

Nizar berkata, beliau juga turut menerima beberapa aduan daripada pembekal-pembekal bahan binaan yang merungut kerana kontraktor Melayu sering gagal untuk melunaskan kredit pada masa yang dijanjikan walaupun setelah mendapat pembayaran.

"Kita sering tidak menepati janji kita terhadap para pembekal bila membuat pembayaran.Kita gunakan wang yang kita dapat itu ke lain - beli kereta baru, rumah baru dan kadangkala isteri pun baru!" kata Nizar yang mencuit hati yang hadir.

"Setelah mengambil barang bernilai RM40 ribu , kemudian tidak mahu bayar bila sudah dapat duit , itu bukan ajaran Islam." Tegas Nizar lagi.

Nizar menyeru supaya para usahawan berpaksikan ajaran Islam dalam melaksanakan kegiatan perniagaan mereka supaya berjaya, "Biarpun untungnya sedikit, tetapi memberikan berkat," kata Nizar.

Kepada persoalan pembalakan, beliau berkata perkara tersebut amat sensitif sekali. Beliau mendedahkan telah menerima banyak permohonan termasuk daripada kalangan orang-orang kita sendiri namun buat masa kini, kerajaan Pakatan Rakyat mahu membekukannya hingga kesuatu masa nanti.

refer : http://alhusseyn51.blogspot.com/

berjuang mencari rezeki dengan gigih....







" berusaha hingga mencapai kejayaan atau mati mulia.... "

refer : www.blalang.com

membekal FUJITSU NOTEBOOK dan peralatan komputer ke...PUTRAJAYA






- beli model S 6410 ENCHANMENT...