Khamis, Januari 31, 2008

AL- FATIHAH kepada DATO' MUFTI ISHAK BAHAROM





KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) -


Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh hari ini (3.05 petang) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.



Sebelum ini laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh

KEMASKINI
sumber

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

# SEORANG ULAMA YANG BERANI BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT...

" IF YOU TAKE A RISK FOR HONOURABLE OBJECTIVE...
INSYAALLAH THE STAR BELONGS TO U "

" THE SMILING ASSASIN " ...





Muhammad Aboutreika,
pemain bolasepak yang berasal dari Mesir menjadi menjadi pemain bolasepak paling popular di dunia berdasarkan undian International Federation of Football History and Statistics (IFFHS) yang berpusat di Jerman.

Dari 2.727.548 orang pengundi melalui laman IFFHS, 1.017.786 orang memilih Aboutreika sebagai pemain bolasepak pilihan, mengalahkan pemain-pemain lagenda seperti Kaka, David Beckham, Ronaldo, Ronaldinho, Thierry Henry dan Francesco Totti.

Kaka, pemain bolasepakBrazil yang dinobatkan sebagai "World Player" pada tahun 2007, hanya menduduki tangga ke-7 sedangkan Beckham berada di peringkat ke-14. Aboutreika, yang bermain untuk kelan bolasepak Mesir El-Ahly, masuk nominasi pemilihan bersama 50 pemain bolasepak dunia lainnya dari pelbagai kelab bolasepak terkemuka seperti Barcelona, Liverpool dan AC Milan. Undian dilakukan pada akhir Disember sampai 3 Januari dan hasilnya diumumkan hari Isnin (28/1) .

Aboutreika dikenal sebagai pemain yang rendah hati dan bersahaja. Hari Sabtu lalu, dia menunjukkan sokongannya kepada warga Ghaza yang sedang diblok rejim Israel.

Saat itu pasukan Mesir sedang berhadapan dengan pasukan Sudan dalam kejuaraan Africa Cup of Nations. Ketika berhasil memasukkan bola ke gawang lawan, Aboutreika tiba-tiba mengangkat bahagian depan kaos seragam pasukannya dan kelihatan tulisan "Sympathize With Ghaza" di T-Shirt putih yang dikenakannya. Tindakan Aboutreika itu sempat membuat Israel berang.

Pada kejuaraan yang sama tahun 2006, Aboutreika melakukan tindakan serupa setelah berhasil mencetak satu gol. Ia memperlihatkan T-Shirt yang dikenakannya bertuliskan "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" sebagai reaksi atas munculnya kartun yang menghina Nabi Muhammad di Denmark.

Di media Barat, Aboutreika dijuluki sebagai "The Smiling Assasin" karena ketangkasannya mencetal gol dan senyumnya yang selalu mengembang.

Selain sebagai pemain bolasepak, Aboutreika adalah salah satu duta PBB untuk Program Pembangunan (UNDP) bersama 40 bintang bolasepak lainnya seperti Ronaldo dan Zinedine Zidane, yang pada tahun 2005 menggelar pertandingan persahabatan "Match Against Poverty" di Jerman. Sekarang, Aboutreika menjadi duta bagi World Food Program untuk memerangi ancaman kebuluran. (ln/iol)

# BERBAKTI DAN BERAMAL KERANA ALLAH TAALA , UNTUK MANUSIA....

Rabu, Januari 30, 2008

operasi UNIT DIEBETES , KKM PUTRAJAYA

majlis " SPACE & FLEXIBILITY " di KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER , KLCC









# jemputan sebagai event management customer , majlis ini adalah malam penghargaan kepada pelanggan klcc convention centre..., sesiapa ahli nak sewa bangunan , dewan dan masakan hebat ..terutama yang nak kahwin lebih...buatlah majlis anda disini..harga boleh runding.

Isnin, Januari 21, 2008

membekal peralatan pejabat ( UMBRELLA STAND BIN )






# lokasi MADU3-DIN STEEL & IRON , SG PENCHALA