Selasa, Ogos 25, 2009
Rabu, Ogos 19, 2009
suasana ceria di PERMATANG PASIR , PULAU PINANG
video Permatang Pasir
* inilh hasil gerakerja dan penggembaraan ahli kumpulan madu3 @ saudara hakim di permatang pasir
* adalah tanggungjawab dan misi utama syarikat untuk menyediakan latihan yang terbaik untuk para pelatih dan pekerjanya.., kaedah pergi bertempur di peperangan sebenar " live war training & live blood's " digunapakai oleh syarikat supaya setiap yang bekerja dan berlatih @ belajar sentiasa ingat selalu bahawasanya " PELUANG DAN NYAWA HANYA DATANG SEKALI SAHAJA...rebutlah peluang itu dan hargainya dengan menghasilkan mutu kerja yan terbaik...sesungguhya REZEKI , JODOH @ KAHWIN BANYAK , PERTEMUAN DAN MATI ..ITU MILIK ALLAH TAALA.., hanya yang tahu berfikir da mempergunakan peluang sebaik mungkin ..insyaallah akan berjaya..
madu3 : the endaevour to achieve more's & sihatcergasceria....
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
jalan-jalan melihat keindahan di PERMATANG PASIR , PULAU PINANG
aksi-aksi operasi " PENAHAN PETIR REMBAU "
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Kisah2 Teladan' RASULULLAH S.A.W. MENDATANGI KAFILAH DAGANG
Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilahÏakan datang mendekati kota Mekkah. Rasulullah SAW melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Beliau SAW langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah SAW menunggu di pintu gerbang kota Mekkah.
Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain. Rasulullah SAW mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah SAW meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam rombongantersebut. Beliau SAW telah diizinkan.
Rasulullah SAW mulailah berda'wah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah SAW telah sampaikan kebesaran Allah SWT dan mengajak mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari Rasulullah SAW, Beliau SAW pun meminta izin kepada pimpinan rombongan untuk pulang kembali ke Mekkah.
Rasulullah SAW kembali ke kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota Mekkah sejauh satu hari satu malam perjalanan. Rasulullah SAW hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah Laalilaahaillallaah dan selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.
aksi latihan di bangsar & kuliah jumaat yang menarik...untuk bakal dan ahli MADU3 ( hehehe )
Demi Allah, saya akan terus bangkit....!
Azamin Amin
Tue | Aug 04, 09 | 4:28:48 pm MYT
'Pagi sapu sampah, tengah hari cuci tandas dan malam jadi jaga. Demi sesuap nasi, saya redha.'
Itulah antara pengalaman terbaik, hikmah Allah mengajar saya, agar menyelami dan menyelusuri pahit maung, kehidupan insan mencari rezeki halal di sisi Tuhan. Izinkan saya merakamkan saat-saat bangkit selepas tersungkur...
Hidup ini ada pasang-surut. Tak lepas ujian demi ujian melintasi. Ada masa di atas, sekali-sekala di bawah. Sihat dan ada waktu jatuh sakit. Begitu juga manusia, ada yang suka, tidak kurang juga yang benci dan mencerca. Watak-watak dan aksi-aksi ini, merupakan mata pelajaran yang tiada di dalam kelas dan kuliah tetapi sering kali disebut dalam kitab Allah.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Namun semua itu, baik yang kecundang atau tersungkur bukanlah pengakhiran kehidupan. Teringat, sewaktu menganggotai kadet tentera sekolah, slogan Renjer 'Agi Idup Agi Gelaban' - "selagi hidup, selagi berjuang" menjadi prinsip saya, menangkis cabaran mendatang.
Tahun 1999, saya berkelana dan merantau ke Johor Bahru, berkhidmat sebagai jurujual - salesman demi menampung kehidupan mencari rezeki. Selama setahun berada di kedai-kedai milik majikan saya yang diberi nama Galeri Perdana, satu di Kota Raya dan satu di Giant, Plentong yang menjual tulisan khat atau 'frame' ayat-ayat al-Quran ukiran kaca.
Selama itu jugalah saya 'bergelumang' menjadi jurujual sepenuh masa dari setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 9.30 malam. Kerja saya kemudiannya berterusan sehingga hari Sabtu dan Ahad ataupun cuti-cuti umum Malaysia.
Mencari sesuap nasi
Ada kalanya, cukup memenatkan, bosan dan tiada 'life'. Tatkala melihat rakan-rakan atau orang lain mempunyai masa 'enjoy' mereka, saya terperusuk di kaki kedai untuk sekian lamanya. Tetapi itulah harga bagi sebuah kesabaran, secubit pendapatan buat pengalas perut.
Kesabaran tidak terhenti setakat itu, tetapi diuji dengan karenah pelanggan aneka 'warna' dan ragam.
Suatu hari saya pernah dijerkah, ditempik dan dimaki seorang pelanggan di tengah orang ramai atas kesalahan yang bukannya berpunca daripada saya. Iyelah, tak salah dia, sebab barang yang dia pesan tak muncul-muncul, walaupun telah dibayar harga sepenuhnya.
Lalu, ilmu yang cebis, saya manfaatkan sebaiknya. Saya panggil, lantas minta dia duduk dengan tenang, sambil mengusap belakangnya sedikit. Ya, jika sedang berdiri, minta dia duduk supaya hilang marahnya. Tak silap ada hadis tentang itu.
"Pakcik, apa boleh saya bantu? Pakcik ceritakanlah baik-baik, supaya senang saya bantu," kata saya dengan nada yang santun.Barulah reda marahnya dan mencebiskan segala-galanya. Di penghujungnya, dia minta maaf kerana berkasar dengan saya.
Ujian kesabaran itu bersambung lagi apabila, setiap malam, setelah pulang daripada berkerja, majikan akan bertanya pula, berapakah jualan yang telah saya dapat pada hari ini. Tekanan cukup tinggi, mesti ada barang yang dijual hari-hari.
Bukan sesuatu yang mudah untuk menjual frame ayat-ayat al-Quran ukiran kaca yang berharga antara RM750 sehinggalah mencecah RM3,000. Tak percaya?
Ada ketika, tatkala dibakar terik mentari saya tuju rumah ke rumah sambil menggendong beberapa buah khat al-Quran itu. Ada masa saya dihalau dan selalunya tidak dilayan. Apa boleh buat jurujual seperti saya, sering di pandang negatif.
Pernah sekali itu di Masai, Johor, saya mendengar jeritan kanak-kanak di dalam rumah sehingga jiran-jiran semua menjenguk di tepi jendela rumah mereka.
"Mak, orang jahat datang....!"
Rupanya sikecil itu memanggil saya 'orang jahat' dan tanpa fikir panjang, saya terus buka 'langkah seribu' meninggal rumah tersebut sebelum keadaan menjadi bertambah kelam-kabut.
Ada juga saya buat kerja di 'luar kotak' fikiran. Selalunya orang menjual buah durian, air atau bantal kekabu di tepi jalan tetapi kali ini saya menjual khat-khat ayat al-Quran dengan harga tertampal RM880.00 di tepi simpang jalan utama. Banyaklah kereta yang berhenti dan terperanjat dengan tindakan 'gila' saya ini.
Itulah antara mehnah-mehnah yang saya lalui selama 365 hari. Ada kalanya rasa muak dan nak muntah namun demi mencari sesuap nasi, saya gagahkan jua.
Lazimnya, bagi menenangkan hati untuk berdepan dengan pelanggan, jualan dan majikan, setiap hari, saya cebiskan masa sekadar cuma 10 minit untuk membaca satu dua helaian al-Quran, senaskah kecil yang sering saya bawa ke mana-mana.
Walaupun sedikit rasanya dan hanya sekelumit doa setiap pagi, tetapi Allah itu Maha Penyayang.
Alhamdulillah, dari segi jualan secara puratanya, ada sahaja pelanggan yang membeli setiap hari. Tidak pernah menjangkau selama tiga hari, saya tidak dapat menjual apa-apa.
Di penghujung tahun, atas kesabaran yang dilalui peluh, perit, jerih dan sakit, saya berjaya meraih jualan sejumlah RM280,000 selama setahun bertugas sebagai jurujual.
Tanpa diduga, syarikat jualan telah memanggil saya kembali bertugas ke Kuala Lumpur dan dilantik sebagai Pengurus Operasi Zeq Holdings Bhd. Syarikat ini masih lagi beroperasi sehingga kini, menjadi pereka bentuk hiasan dalaman untuk masjid dan kediaman.
Daripada Hero ke Zero
Semua ini, kerja Allah. Allah yang menggerakkan hati manusia dan Dia jugalah menampakkan segala-galanya. Ya, buatlah kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, tanpa perlu menunjuk-nunjuk, kerana Allah itu kan ada, yang amat mengetahui susah senang hamba-Nya.
Inilah masa saya di puncak. Selama setahun, bergegas saya ke sana ke mari, cuti entah ke mana, waktu makan tak tentu masa dan rehat sepicing saja.
Itu semua gara-gara demi mencapai matlamat jualan RM 1 juta untuk sekitar Lembah Kelang namun sekadar mampu mencapai RM250,000 sahaja. Bukan kerja saya seorang, tetapi dibantu oleh pasukan pengurus jualan dan jurujual yang lain juga.
Genap setahun, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menjalankan perniagaan sendiri, diberi nama Exzeq Trading. Asasnya produk yang sama, menjual khat al-Quran ukiran kaca, sambil berkerjasama bersama seorang kawan bernama Azman Abdullah.
Pada tahun pertama, kami berjaya 'menggapai' bintang. Saya sewa tapak pameran, dan perniangaan sangat-sangat menguntung. Kami rasa 'mewah' seketika. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, tahun berikutnya perniagaan saya mula 'lemas' kewangan.
Waktu itu, musim gawat. Tidak ramai yang sanggup berkorban untuk membeli barangan hiasan rumah seperti khat al-Quran yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit ini. Lebih baik mereka menampung kehidupan dan melapikkan perut yang kosong.
Sampailah ke penghujung tahun, perniagaan saya jatuh 'tersungkur'. Sungguh kecewa dan rasa putus asa kemudian menjelma. Dari atas saya naik, kemudian jatuh merudum.
Lalu saya kutip semangat yang jatuh berkecai satu - persatu dan saya cuba memupuk hati yang lara. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana saya masih mendapat hidayahnya.
Bayangkanlah dalam keserabutan itu, pelbagai idea-idea iblis menjelma, seperti merompak, mencuri, menipu, buat kerja-kerja kotor seperti jual dadah atau paling mudah membunuh diri.
Itulah jalan cepat untuk kaya dan jalan cepat untuk mati. Nasihat-nasihat itu, alhamdullillah tidak pernah saya ikuti dan termakan oleh nurani.
Dalam kecundang, saya memanjatkan doa bertali arus, sama deras dengan air mata membasah pipi. Mohon kepada Illahi, agar menolong diri ini, daripada tersembam ke bumi dan tidak bangkit lagi.
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
Tanpa memilih kerja dan malu di muka, saya memohon, bekerja di sebuah Resort sederhana sebagai pekerja am. Dengan berbekalkan gaji RM680.00 sebulan, saya redha dan cuba menahan diri.
Daripada pengurus, berniaga sendiri akhirnya kembali menjadi kuli. Daripada 'Hero ke Zero' semula. Daripada ada, kembali kepada kosong. Daripada di puncak, kini di curam, saya redha kerana ini ujian untuk saya. Dan saya mesti bangkit dan terus bangkit lagi!
Saya ketepikan rasa malu dan tabahkan hati. Ya, sebenarnya perasaan malu tidak dapat memberi apa-apa makna dalam hidup apatah lagi memberi kita segumpal wang untuk meneruskan kehidupan.
Selaku pekerja am, saya berkerja dari awal pagi menyapu sampah-sarap dan membuang daun-daun kering di seluruh resort. Menjelang tengah hari saya perlu mencuci tandas, bilik air dan membuat kerja-kerja mengemas bilik penginapan - 'house keeping' pula.
Betulkan katil, ganti cadar lama ke cadar baru. Vakum dan mop lantai sekurang-kurangnya 20 bilik. Pastikan jamban tidak tersumbat dengan aneka sampah dan najis, itulah kerja hakiki saya.
"Biarlah susah, Allah kan ada. Janji halal dan tak susahkan orang.
"...yang penting...dapat tampung susu anak," pujuk rayu hati saya agar air mata ini tidak tumpah.
Paling mencabar dan tidak tahan, ketika membuat kerja-kerja kebun seperti mencangkul di waktu bulan puasa. Ada sekali, saya dan rakan sekerja diarah mengorek tanah, seluas kolam kecil di kala tengah hari.
Saya sudah hampir-hampir berbuka, tak tahan rasanya. Rakan saya juga turut 'meracun' nafsu, apabila bersedia untuk membeli sebotol air sejuk bergas di kedai.
Akhirnya, saya ambil keputusan, merebahkan diri di tepi tanah itu untuk melepakkan mata, kerana kepenatan yang amat sangat. Dan alhamdulillah, lena dan tidur kurniaan Allah itu, tidak jadi saya berbuka puasa, termasuk rakan saya.
Tidak cukup dengan itu, ada pelanggan yang memandang sinis, merenung mata dan mengarah membabi-buta, lantaran tugas saya hanya sekadar kuli.
"Tak ada air panas ke resort ni? Saya hari-hari mandi air panas tau. Sekarang saya nak awak masak dan jerangkan air panas untuk saya!" kata seorang peserta kursus yang menginap di resort ini. Itu hanya satu, daripada 1,000 ragam yang saya temui setiap hari.
Daripada Zero ke Hero
Kerja saya pula tidak terhenti selepas jam 5.00 petang.Saya kembali pula ke resort pada 11.30 malam untuk menjadi pengawal keselamatan pula, untuk mendapat sedikit wang tambahan sebagai upah.
Bermula tengah malam sehingga subuh hari. Nyawa adakalanya terancam dan malam hari sering diganggu dengan bunyi-bunyi misteri sehingga esok hari.
Kini saya faham -sangat perasaan watak-watak yang berkerja sebagai kuli ini. Allah beri saya secebis ilmu, untuk selami denyut nadi, rakyat marhaen kepada saya. Mereka juga ada jiwa dan rasa. Mereka juga dilahirkan manusia.
Ada masa mereka juga turut tersinggung apabila dihina dan tidak diberi perhatian. Setiap kali menyapu, hati akan sayu bila melihat, orang membuang sampah sesuka rasa.
Tiap kali mencuci, rasa pedih di hati melihat manusia membuang najis merata-rata. Dan tiap kali mengawal dan menjadi jaga, saya rasai debaran di hati mereka, yang resah menanti musuh yang tiba-tiba menerpa.
Dari situ, saya belajar untuk tidak menghina sesiapa pun, baik tutur, baik warna kulit, baik agama atau apa jua perkerjaannya, saya hormati, kerana mereka mencari rezeki yang halal, sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak dikasihi.
Jangan cerca dan caci mereka, mereka juga manusia seperti kita, hanya membuat kerja yang diarah semata.
"Azamin, sudah sampai masanya awak berhenti dan mencari peluang kerja yang lebih baik kerana awak mempunyai potensi besar di luar sana.
"Di sini, awak tidak akan berkembang ke mana-mana dan kerja ini tidak sesuai untuk awak," kata penyelia saya, Encik Anuar suatu pagi membuatkan hati terasa sebak yang amat.
Lebih menyayat hati, Tuhanku, Allah tidak pernah meninggalkan saya, apatah lagi ketika saya benar-benar menderita. Allah sentiasa mendengar keluh kesah hati.
Dengan izin dan bantuan Tuhan, saya menapak kembali dari "Zero menuju ke Hero" semula, berdikit-dikit walaupun sakit...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
Tidak lama selepas itu, Allah mendorong gerak langkah untuk saya menyertai Harakah sebagai sebagai jurujual di laman web Harakahdaily. Ringkas cerita, ujian melintasi saya, yang kemudiannya diserapkan sebagai wartawan selama tiga tahun.
Tiga tahun itu juga, dari utara selatan, timur barat dan dari bandar ke desa saya tuju menimba ilmu kewartawanan, di samping berhadapan dengan 2,001 macam mehnah dan watak manusia.
Sehinggalah Disember tahun lalu, ujian kembali menduga apabila saya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Harakahdaily sehingga kini.
Dan kini ujian demi ujian terus 'menyambar' dan menusuk saya, dan saya akan terus bangkit dan bangkit lagi!
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon rahmat-Nya.
Selagi hayat dikandung badan, selagi ibu perlukan kasih anak, selagi isteri dambakan cinta suami, selagi cahaya mata mahukan belaian ayahnya dan susu untuk perutnya.....selagi itulah saya akan terus bangkit ...!
Sama ada daripada 'zero ke hero', atau 'hero ke zero', Allah sentiasa di sisi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Izinkan saya berundur diri, sampai masa ketemu lagi...
(Sebarang teguran, pandangan ikhlas dan luahan rasa, bolehlah saudara dan saudari majukan ke email saya di azaminamin@yahoo.com)_
refer : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022033&Itemid=35
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Erti sebuah persahabatan
"Persahabatan" sebuah ungkapan yang sedap di dengar tetapi sangat sukar dihayati dengan sejujur-jujurnya. Persahabatan adalah "sebuah seni" yang sukar dimengerti. "Persahabatan" adalah lakaran abstrak yang sangat sedikit manusia yang berjaya memberikan tafsiran yang hakiki. "persahabatan" adalah sebuah corak kehidupan yang teradun dalam jutaan warna, "suci" dan "pengkhianatan". "Persahabatan" sebuah hubungan yang boleh jadi didampingi Malaikat dan mungkin juga disertai Syaitan.
60 hari dalam lokap, 3 tahun 4 bulan dalam tahanan Kemunting dan 10 bulan dalam tahanan terhad banyak mengajar saya erti sebuah persahabatan. Bila bersendiri sepi dalam lokap, saya bagaikan berada disatu sudut yang gelap dan sedang dipancarkan sebuah slide di screen yang besar. Slide yang memaparkan ulangan detik-detik pergaulan dengan teman yang bernama "sahabat". Dari putaran slide kehidupan itu dapat saya saksikan;
1. Ada sahabat yang mesra pergaulannya dengan kita. Namun hanya untuk waktu-waktu yang tertentu sahaja. Kerana saat itu ia tidak punya teman selain kita. Mungkin kerana dia baru bertukar sekolah ke sekolah kita atau bertukar kerja ketempat kita atau baru menyertai jamaah, dan belum ramai yang dikenalinya. Namun apabila dia mula mengenali teman-teman yang lain, lebih-lebih lagi jika ia berteman pula dengan seseorang yang dikira pimpinan,kita tidak penting lagi kepadanya. Atau dahulu dia hanya ahli biasa dalam jamaah, tapi kini dia ada sedikit jawatan dan mula dikenali orang, atau jawatannya sudah mengatasi kita, maka persahabatan dengan kita tidak semesra dahulu.
2. Ada sahabat yang bersahabat dengan kita waktu senang sahaja. Jika kita dilihatnya mendatangkan bebanan kepadanya maka dengan mudah pertalian persahabatan itu dileraikannya. Saya masih ingat beberapa orang teman yang menjadi pimpinan sebuah kumpulan seni bela diri, mereka kerap benar mengunjungi saya disatu waktu. Saya diminta menyampaikan ceramah untuk kumpulan mereka yang dahagakan ilmu dan bimbingan. Menyedari niat mereka baik, saya jalinkan persahabatan dengan mereka. Namun apabila saya ditahan kerana ceramah yang mereka minta itu, mereka pula entah dimana. Keluarga yang saya tinggalkan tidak pernah dikunjungi. Bahkan selepas saya dibebaskan, mereka tidak pula datang menziarahi saya, alasannya ialah bimbang pihak SB menuduh mereka mempunyai hubungan dengan saya. Yang lebih malangnya ada seorang dikalangan mereka yang lari ketika bertemu dengan saya di bandar. Kononya takut SB terlihat beliau bersama saya.
3. Ada sahabat yang kelihatan baik dengan kita kerana ingin menampakkan kepada musuhnya bahawa beliau ada ramai teman termasuk kita. Namun apabila dia kembali berdamai dengan musuhnya itu, kita pula dimusuhinya.
4. Ada sahabat yang kelihatan baik dengan kita kerana ingin mendapat tempat dikalangan orang-orang yang rapat dengan kita. Namun jika ada orang atau salah seorang teman-teman kita itu yang mengutuk kita, beliau tidak bersedia membela kita atas alasan ingin menjaga hubungan dengan semua orang. lebih malang lagi diambilnya kesempatan itu untuk turut memburukkan kita.
5. Ada teman yang sebenarnya benci terhadap kita dalam hatinya. Namun kerana tidak sanggup bermusuh dengan teman-teman rapat kita lalu dipaksanya bermanis muka dengan kita. Namun jika dilihatnya sedikit sahaja kesilapan kita lalu disebut-sebutnya dihadapan teman-teman kita yang lain. Tujuannya untuk melongarkan kesetiaan teman yang lain terhadap kita. Apabila dilihatnya teman yang lain mula berpehak kepadanya, barulah ia berani mengistiharkan perangnya terhadap kita.
6. Ada teman yang inginkan sesuatu dari kita. Seperti kewangan, atau sokongan moral untuk dia menghadapi musuh-musuhnya. Namun apabila kita tidak memberikannya pertolongan yang dikehendakinya itu, lalu kita dimusuhinya dalam diam-diam. Saya pernah ada seorang teman dari Indonesia. Pada satu ketika dia datang meminta bantuan saya untuk bekerja dengan An-Nuur. Saya tolak dengan baik dengan alasan beliau tidak mempunyai dokumen yang sah. Jika apa-apa berlaku An-Nuur akan menanggung risikonya. Sejak itu beliau memusuhi saya. Bukan beliau seorang sahaja,bahkan seluruh keluarga mertuanya menyalahkan saya.
7. Ada teman yang tiba-tiba hambar hubungannya dengan kita, kerana kita dianggapnya saingan yang mencabar kedudukannya pada mata masyarakat umum. Jika masyarakat memuji kita dia berdiam diri dengan hati yang sakit. Tetapi apabila ada seseorang memburukkan kita, gembira hatinya dan dipanjangkan lagi kepada orang lain. Jika orang lain tidak percaya disuruhnya agar orang ramai merujuk kepada teman yang memburukkan kita itu.
8. Ada teman yang akan memusuhi kita kerana kita tidak menerima idea atau pendapatnya. Dimaklumkan kepada kita bahawa "semua orang tidak senang" dengan idea kita. Semua orang sependapat dengannya. Namun apabila kita selidiki apa yang diakatakannya itu tidak benar. Seorang teman pernah menyarankan kepada saya jika mahu merawat anak saya yang sering sakit ( kerasuan), disuruhnya saya menambat seekor kambing hitam dalam masjid kemudian kambing itu lepaskan berkeliaran. Bila ada seorang teman lain mencelah; bukan kah itu syirik namanya. Lalu beliau berkata ; "tak mengapa la syirik pun sekejap je... Idea itu saya tolak. sejak itu jika ada orang menyentuh kelemahan An-Nuur, beliau cepat-cepat menokok tambah.
9. Ada teman mesra dan berhubung baik dengan kita. Namun jika ada musuh yang menyerang kita, ucapan musuh itu dijadikannya pula senjata untuk menyerang kita. Jauh sekali untuk dia membela kita. Bahkan dipanjang-panjangkannya ucapan musuh itu dimana-mana. Selesai memanjangkan perkataan musuh, dia akan berkata; "saya tak tahu, tapi itulah yang orang cakap".
Demikian saya paparkan sebahagian dari sekian banyak wajah sahabat-sahabat dalam kehidupan kita ini. Pembaca semua mungkin ada pengalaman yang lebih aneh dalam pergaulan ini. Apa yang ingin saya kongsikan ialah, jika sifat-sifat seumpama itu kita benci jika seorang sahabat lakukan kepada kita, maka jangan sekali-kali kita bersifat demikian terhadap sahabat-sahabat kita.
Jarang sekali ada sahabat yang jujur bersahabat dengan kita. Gembira jika kita dilimpahi nikmat, bersedih dengan sepenuh hatinya jika kita ditimpa malang. Membela kita jika kita dikhianati, memberikan dorongan agar kita terus maju. Memberikan nasihat dan motivasi jika dilihatnya kita lemah. Mengambil peluang menjalinkan kehangatan persahabatan dengan kita dengan selalu ziarah menziarahi. Hasilnya "sukar" benar mencari "sahabat" dalam ikatan dunia yang serapuh ini. Jika ada...jalinkan lah persahabatan itu sekukuhnya.
Alhamdulillah..Allah kurniakan saya sahabat-sahabat yang baik. Tenaga-tenaga pengajar yang setia dan tekun, Ajk Tabungan Amal yang sedia berkorban, Ajk KIAN yang tidak mengenal lelah membantu saya, Peserta Kuliah Hikam yang sentiasa menyokong dan menghulurkan bantuan, Teman-teman diserata tanahair yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan. Merekalah pendokong cita-cita saya, dan saya sentiasa mendokong cita-cita suci mereka. Berdoalah agar kita menjadi sahabat yang baik kepada sahabat-sahabat kita.
Alhamdulillah Ya Allah..eratkan persahabatan kami dan Berkatilah mereka semua Ya Allah.
refer : http://ustazmokhtar.blogspot.com/2009/08/erti-sebuah-persahabatan-respon-tulisan.html
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
AL-FATIHAH untuk ALLAHYARHAM ASRI , RABBANI dan WS Rendra
AL FATIHAH :
Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
..............................................................................
Rajawali
Sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri
Rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti
Langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara
Rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya
Hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat matamorgana
Rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka
betul, kemerdekaan yg perlu di raih sekarang yaitu merdeka dari kemiskinan dan kemelaratan.
* KUMPULAN KERAMAT-MADU3 mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga ALLAHYARHAM serta mendoakan semoga roh-roh mereka yang berjuang dan berdakwah ini dicucuri rahmat serta diletakan dikalangan orang2 soleh..insyaallah
Innalillah wainna ilaihi rojiun
Selamat jalan wahai jiwa merdeka
Pulangmu bertemu Pencipta mu
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
ricky persiapan perang " OPERASI IHSR - PPM " di BANGSAR..
.................................................................................
' Kisah2 Teladan' RASULULLAH S.A.W. DAN UANG 8 DIRHAM Jul 15, '07 1:10 PM
for everyone
Suatu hari Rasulullah SAW bermaksud belanja. Dengan bekal uang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Beliau sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah ? Perempuan itu menyampaikan bahwa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan uang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak." Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Beliau tak jadi memakai baju baru.
Dengan langkah ringan beliau hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi beliau harus bersabar. Kali ini beliau menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahwa ia takut pulang. Ia khawatir akan dihukum oleh majikannya karena terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati beliau antarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, beliau ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Beliau mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut karena takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah in penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah. Karena secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka karena Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan uang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata, "Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."
Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hanba-Nya, selama ia menolong saudaranya."
refer : http://hilabiyus.multiply.com/journal/item/212
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Langgan:
Catatan (Atom)