Sabtu, Oktober 31, 2009

menyantuni grup YAYASAN AMAL MALAYSIA di KOTA PARIAMAN , SUMATERA



apabila dr ahmad ( insaf malaysia ) jumpa dr hayati ( amal malaysia )...kemesraan cepat terjalin dikalangan para ikhwan ...alhamdullillah








Ya Allah, muliakanlah kami...
Bismillahir-Rahmanir-Rahiim.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rahmat-Mu meliputi segala sesuatu. Ya Hayyu Ya Qayyum. Engkaulah yang mengeluarkan benda yang hidup daripada benda yang mati, benda yang mati dari benda yang hidup. Segalanya datang dan wujud hanya dari Kudrat-Mu. Ya Allah, Ilmu-Mu meliputi segala sesuatu. Tidak tersembunyi walau satu zarah daripada Penglihatan-Mu. Tidak tersembunyi walau sebiji pasir daripada Pengetahuan-Mu. Segalanya bergantung kepada-Mu, sesungguhnya Engkaulah As-Somad, tempat tumpuan segala makhluk. Tidak ada satu makhluk pun yang terlepas daripada pentadbiran-Mu.


Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu untuk nikmat kehidupan yang masih Engkau izinkan ini. Sesungguhnya, berpagi aku pada hari , dan berpagi seluruh buana pada hari ini, hanya untuk-Mu Tuhan Seru Sekalian Alam. Ya Allah, bersama nikmat kehidupan yang Engkau pinjamkan ini, limpahilah aku dengan hidayah dan taufik-Mu. Bimbinglah aku untuk mengharungi baki-baki umur ini, dengan penuh taat dan cinta kepada-Mu. O Allah, demi cinta-Mu kepada kekasih-Mu, junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., ampunilah segala dosa-dosaku. Janganlah binasakan aku dengan murka-Mu. Ya Allah, jika Kau timpakan kemurkaan-Mu, siapa lagi yang dapat melepaskannya? Maka ya Allah, berbelas kasihan kepadaku, hamba-Mu yang hina ini, baik dalam kehidupan duniaku yang singkat ini, lebih-lebih lagi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Wahai Allah, bantulah aku mencapai Cinta-Mu, mencapai Redha-Mu. Kosongkanlah hati ini, selain daripada-Mu. Penuhkanlah hati ini dengan Kebesaran dan keagungan-Mu. Penuhkanlah hati ini dengan kecintaan kepada Rasul-Mu, Muhammad s.a.w. Ya Allah, pandanganlah aku dan umat hari ini dengan pandangan belas-Mu. Ya Allah, muliakanlah kami dengan kemuliaan hakiki; sebagaimana kemuliaan yang telah Kau berikan kepada para Sahabat dan salafus-soleh yang dulu. Ya Allah, satukanlah hati-hati umat ini. Jadikanlah hati-hati kami menjadi satu, saling menyayangi dan memuliakan antara satu sama lain. hancur dan cabutlah daripada hati kami faham kepuakan, kekabilahan, kepartian, kenegaraan; jadikanlah hati kami bersatu di bawah faham keumatan. Ya Allah, bantulah umat ini, umat kekasih-Mu. Umat yang telah ditebus dengan darah dan pengorbanan oleh kekasih-Mu dan para Sahabat baginda. Ya Allah, muliakanlah kami kembali dengan agama-Mu ini. Ya Allah, dengarlah jeritan hati ini, Ya Allah segerakanlah bantuan-Mu.

Wahai Allah, jika Engkau tidak lagi mahu mengendahkan kami; maka Tuhan mana lagi yang dapat kami seru? Ya Allah, bantulah kami, mencukupi bagi kami Allah sebagai Wakil, Dia-lah sebaik-baik Maula, lagi sebaik-baik Penolong.

Amin.

sumber : http://gunawanaziz.blogspot.com/2008/05/bismillahir-rahmanir-rahiim-ya-allah.html

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

aksi gerakerja operasi " HOLIDAY VILLA SUBANG JAYA " v.2




sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

aksi di persidangan QA , holiday villa . subang jaya








alhamdullillah , dengan usaha gerakerja yang cemerlang oleh semua staff yang terlibat untuk operasi holiday villa , kami ditawarkan melakukan aksi membunuh yang sama di melaka . alhamdullillah..dan insyaallah setiap peluang dan rezeki kurniaan ALLAH TAALA tidak akan dipersia-sia..

staff terlibat dalam operasi holiday villa dan tuan puteri melaka

perhubungan awam @ liasion officer : cik mulia

akaun & dokumentasi : cik herlina

site & event supervisor dan i.t system : encik riduan @ wan

fotografer & i.t system : encik hakim

pembunuh upahan AV & MULTIMEDIA : saudara hashalmidi

pembunuh upahan SOUND SYSTEM & LIGHTING : mr lee

modus operandi operasi " holiday villa " SUBANG JAYA

- perkhidmatan sewa LCD PROJEKTOR ( PROJECTOR )

- menyewa NOTEBOOK & PERALATAN KOMPUTER...

- perkhidmatan sewa LCD TV

- perkhidmatan sewa ( GONG )

- membantu menyusun atur majlis & sistem lampu / suara

- perkhidmatan pengangkutan & telekomunikasi

- perkhidmatan sewa SKRIN BESAR ( 9 X 12 )

- perkhidmatan sewa AV & MULTIMEDIA EQUIPMENT & CABLE

- perkhidmatan bantuan teknikal & tenaga pakar i.t

- perkhidmatan FOTOGRAFI

- perkhidmatan sewa penggunaan " SISTEM MESYUARAT PINTAR MADU3 " atau dalam bahaso omputih
" MADU3 SMART MEETING SYSTEM "

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

let us " MANJA " u....








modus operandi operasi " holiday villa " SUBANG JAYA

- perkhidmatan sewa LCD PROJEKTOR ( PROJECTOR )

- menyewa NOTEBOOK & PERALATAN KOMPUTER...

- perkhidmatan sewa LCD TV

- perkhidmatan sewa ( GONG )

- membantu menyusun atur majlis & sistem lampu / suara

- perkhidmatan pengangkutan & telekomunikasi

- perkhidmatan sewa SKRIN BESAR ( 9 X 12 )

- perkhidmatan sewa AV & MULTIMEDIA EQUIPMENT & CABLE

- perkhidmatan bantuan teknikal & tenaga pakar i.t

- perkhidmatan FOTOGRAFI

- perkhidmatan sewa penggunaan " SISTEM MESYUARAT PINTAR MADU3 " atau dalam bahaso omputih
" MADU3 SMART MEETING SYSTEM "

.................................................................................

Aneka contoh teks pengacara majlis

Email : studioperintis@perintis.com.my

Pengenalan

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.

Jadi, buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang tugas sebenar pengacara majlis. Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian I – Pengacara Majlis
Bahagian II – Teknik Penulisan
Bahagian III – Kesalahan Bahasa
Bahagian IV – Senarai Panggilan Hormat dan Pantang Larang
Bahagian V – Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Bahagian VI – Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis

Kandungan

Pendahuluan

Bahagian 1 - Pengacara Majlis
Pengenalan
1.1 Siapakah pengacara majlis?
1.2 Mengapakah pengacara majlis penting?
1.3 Tip untuk menjadi seorang 'Star Emcee'?

Bahagian 2 - Teknik Penulisan
Pengenalan
2.1 Teknik menulis teks pengacara
2.1.1 Penyediaan teks
2.1.2 Cara menyediakan teks dan kandungan teks
2.2 Teknik menulis pantun dan bahasa berirama
2.2.1 Mencipta pantun
2.2.2 Mencipta bahasa berirama
2.3 Contoh-contoh pantun untuk agenda/atur cara tertentu
2.4 Contoh-contoh bahasa berirama untuk agenda/atur cara tertentu

Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa
Pengenalan
3.1 Kesalahan Bahasa

Bahagian 4 - Senarai Panggilan Hormat & Pantang Larang Pengacara Majlis
Pengenalan
4.1 Panggilan hormat
4.2 Pantang larang

Bahagian 5 - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Pengenalan
5.1 Cara memulakan majlis
5.2 Cara mengakhiri majlis

Bahagian 6 - Aneka Teks Pengacara Majlis
Pengenalan
6.1 Teks Perasmian Dewan
6.2 Teks Hari Anugerah
6.3 Teks Hari Wanita
6.4 Teks Jamuan Perpisahan
6.5 Teks Festival Nasyid
6.6 Teks Makan Malam Syarikat
6.7 Teks Majlis Tadarus Al-Quran
6.8 Teks Amanat Pemimpin
6.9 Teks Pelantikan Pengawas
6.10 Teks Perhimpunan Sahabat PEMADAM
6.11 Teks Hari Anugerah Khidmat Cemerlang
6.12 Teks Sambutan Hari Guru
6.13 Teks Sambutan Bulan Kemerdekaan
6.14 Teks Hari Kokurikulum
6.15 Teks Majlis Perkongsian Ilmu
6.16 Teks Majlis Pecah Tanah
6.17 Teks Pelancaran Buku Baru
6.18 Teks Perkahwinan Anak VIP
6.19 Teks Pelancaran Kempen (sebarang kempen)
6.20 Teks Malam Amal

Penutup

*Petikan daripada Bahagian IV

Pengenalan

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.

Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Pantang Larang

Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

operasi " KLANG - KKM & KPM "..







sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

operasi " tuan puteri melaka "








( amalan yang berguna untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat )






modus operandi operasi " tuan puteri " MELAKA

- menyewa LCD PROJEKTOR ( PROJECTOR )

- menyewa SKRIN BESAR ( 9 X 12 )

- menyewa AV & MULTIMEDIA EQUIPMENT & CABLE

- perkhidmatan bantuan teknikal & tenaga pakar i.t

- menyewa penggunaan " SISTEM MESYUARAT PINTAR MADU3 " atau dalam bahaso omputih
" MADU3 SMART MEETING SYSTEM "
....................................................................................

Ya Allah, muliakanlah kami...Bismillahir-Rahmanir-Rahiim.


Ya Allah, Engkaulah Tuhan. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rahmat-Mu meliputi segala sesuatu. Ya Hayyu Ya Qayyum. Engkaulah yang mengeluarkan benda yang hidup daripada benda yang mati, benda yang mati dari benda yang hidup. Segalanya datang dan wujud hanya dari Kudrat-Mu. Ya Allah, Ilmu-Mu meliputi segala sesuatu. Tidak tersembunyi walau satu zarah daripada Penglihatan-Mu.

Tidak tersembunyi walau sebiji pasir daripada Pengetahuan-Mu. Segalanya bergantung kepada-Mu, sesungguhnya Engkaulah As-Somad, tempat tumpuan segala makhluk. Tidak ada satu makhluk pun yang terlepas daripada pentadbiran-Mu.

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu untuk nikmat kehidupan yang masih Engkau izinkan ini. Sesungguhnya, berpagi aku pada hari , dan berpagi seluruh buana pada hari ini, hanya untuk-Mu Tuhan Seru Sekalian Alam. Ya Allah, bersama nikmat kehidupan yang Engkau pinjamkan ini, limpahilah aku dengan hidayah dan taufik-Mu.

Bimbinglah aku untuk mengharungi baki-baki umur ini, dengan penuh taat dan cinta kepada-Mu. O Allah, demi cinta-Mu kepada kekasih-Mu, junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., ampunilah segala dosa-dosaku. Janganlah binasakan aku dengan murka-Mu. Ya Allah, jika Kau timpakan kemurkaan-Mu, siapa lagi yang dapat melepaskannya? Maka ya Allah, berbelas kasihan kepadaku, hamba-Mu yang hina ini, baik dalam kehidupan duniaku yang singkat ini, lebih-lebih lagi kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Wahai Allah, bantulah aku mencapai Cinta-Mu, mencapai Redha-Mu. Kosongkanlah hati ini, selain daripada-Mu.

Penuhkanlah hati ini dengan Kebesaran dan keagungan-Mu. Penuhkanlah hati ini dengan kecintaan kepada Rasul-Mu, Muhammad s.a.w. Ya Allah, pandanganlah aku dan umat hari ini dengan pandangan belas-Mu. Ya Allah, muliakanlah kami dengan kemuliaan hakiki; sebagaimana kemuliaan yang telah Kau berikan kepada para Sahabat dan salafus-soleh yang dulu. Ya Allah, satukanlah hati-hati umat ini. Jadikanlah hati-hati kami menjadi satu, saling menyayangi dan memuliakan antara satu sama lain. hancur dan cabutlah daripada hati kami faham kepuakan, kekabilahan, kepartian, kenegaraan; jadikanlah hati kami bersatu di bawah faham keumatan.

Ya Allah, bantulah umat ini, umat kekasih-Mu. Umat yang telah ditebus dengan darah dan pengorbanan oleh kekasih-Mu dan para Sahabat baginda. Ya Allah, muliakanlah kami kembali dengan agama-Mu ini. Ya Allah, dengarlah jeritan hati ini, Ya Allah segerakanlah bantuan-Mu.
Wahai Allah, jika Engkau tidak lagi mahu mengendahkan kami; maka Tuhan mana lagi yang dapat kami seru? Ya Allah, bantulah kami, mencukupi bagi kami Allah sebagai Wakil, Dia-lah sebaik-baik Maula, lagi sebaik-baik Penolong.

Amin.

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

operasi " tuan puteri melaka " v.2






sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

membekal SANYO LCD PROJECTOR di PUTRAJAYA



sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

perkhidmatan VIDEOGRAFI & menyantuni USTAZ NASHARUDIN MAT ISA di MASJID KOTA DAMANSARA





misi membunuh untuk VIDEOGRAFI dilakukan oleh saudara DI'WAN

* USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA mengajar tentang sirah nabawiyah di masjid kota damansara , kl .

* kalau nak tahu jadual mengajar kena tanya pengurusan masjid , insyaallah banyak lagi kuliah selepas ini..KERAMAT - MADU3 akan mengambil video dan gambar nya..


............................................................................


Kaya Harta Dan Kaya Ilmu
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (al-Bukhari)


Huraian:
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya." Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

http://dakwah2u.blogspot.com/2008/06/kaya-harta-dan-kaya-ilmu.html

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

aksi tempur operasi " MARITIM "




modus operandi operasi " MARITIM "

* KERAMAT - MADU3 menyediakan TENAGA PENGAJAR dalam bidang kecergasan dan seni beladiri untuk bahagian penguatkuasa MARITIM , PUTRAJAYA

* pembunuh upahan @ kontraktor untuk misi ini adalah : CIKGU AZLAN GHANIE


..................................................................

Sungguh, orang yang dicintai Alloh, pasti Dia uji:

‘Sabarlah menghadapi kengerian berhari-hari, kelak akan

tampak hasilnya, Sabar hanya dimiliki orang-orang yang mulia

Sebentar lagi Alloh kan bukakan setelah kesabaran itu

Ketenangan-ketenangan setelah kele-lahan untuk orang sabar seperti-mu

Sayyid Quthb rh. berkata, “Sesungguhnya iman bukan sekedar kata-kata yang diucapkan. Iman adalah kenyataan yang penuh beban berat, amanah yang melelahkan, jihad yang membutuhkan kesabaran, kesunggu-han yang menuntut daya tahan me-nanggung beban. Tidak cukup orang mengatakan, “Kami beriman,” lantas mereka dibiarkan begitu saja melon-tarkan pengakuan ini; sebelum ia menghadapi ujian lalu ia teguh meng-hadapinya. Setelah itu, barulah ia ke-luar dalam keadaan steril unsur-unsur dalam jiwanya, dan bersih hatinya. Sama seperti api yang membakar emas untuk memisahkan unsur-unsur tak berguna yang terikut di sana. Dan inilah asal kata iman dari sisi bahasa. Lain lagi dengan makna, cakupan dan petunjuknya.

Fitnah ujian juga diberikan kepada hati. Ujian terhadap iman adalah perkara baku dan sunnah yang pasti berjalan di dalam timbangan Alloh SWT.
“Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan kelak Alloh akan tahu siapakah orang-orang yang jujur dan orang-orang yang dusta.” (QS. Al-Ankabut [29]: 3)

http://www.abujibriel.com/ajib/2009/07/jihad-ujian/

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Ahlan Wa'salan saudara FARID @ aperintis dari PERAK DARUL RIDZUAN




kumpulan kami mengalu-alukan kedatangan pelajar GIAT MARA dari PERAK DARUL RIDZUAN untuk menjadi PELATIH syarikat kami .


sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

ricky operasi " bunga raya " di subang jaya









sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...