Sabtu, Ogos 09, 2008

pameran lukisan Ahmad Zakii Anwar di galeri PETRONAS , KLCC










# ALHAMDULLILLAH.. di pagi yang tenang , apa bila dapat melihat satu seni lukisan yang hebat dan dihayati dari lubuk matahati...penat yang seminggu itu hilang jadinya.....( visual therapy concept : kata orang rombau' )...hebat ..., bersyukurlah kita semua pada ALLAH TAALA sebanyak-banyaknya....yang mencipta keindahan dunia dan isi-isinya.

# mula jumpa encik Ahmad Zakii Anwar masa saya jadi despatch rider ( part time )untuk ARTCASE GALLERIES SDN BHD , CITY SQUARE ...1998 . masa tu hati saya dah terpikat tapi apakan daya masa itu harganya satu unit : 5 angka masa tu....( yang pelik laku pulak ) insyaallah jika saya dimurahkan rezeki ini adalah antara pelukis pilihan hati . lukisannya halus , tenang dan penuh ketelitian .

layarilah web beliau : www.ahmadzakiianwar.com

Khamis, Ogos 07, 2008

Pantun Kerendahan Hati Kepada Harta & Ilmu

biar orang menebar pukat
kita menebar jala berbungkal
biarlah orang mengejar pangkat
kita mengejar kerja nan halal


kalau orang menumbuk benta
kita menumbuk padi di peti
kalau orang kemaruk harta
kita kemaruk budi pekerti




semakin banyak tebu dicabut
makin terasa tumbuhnya semak
semakin banyak ilmu dituntut
makin terasa bodohnya awak

walau sedikit kayu berdahan
berlebih juga dari jerami
walau sedikit ilmumu Tuan
berlebih juga daripada kami


Elok kayu karena berbuah
elok buah rasanya sedap
elok melayu karena bertuah
elok tuah bertanggung jawab

mengujilari dan mentauliah sistem VISION 9 di klinik kesihatan KUALA PILAH dan SEREMBAN .

di KLINIK KESIHATAN KUALA PILAH






- di KLINIK KESIHATAN SEREMBAN



ricky kerja-kerja SISTEM PENAHAN KILAT untuk bangunan di AMPANGAN







- operasi ini diketuai oleh SAUDARA AZMI dan KHAIRUL AZAM

Rabu, Ogos 06, 2008

sila beri perhatian..Harga kertas naik 50 peratus

22 Jun 2008
Harga kertas naik 50 peratus
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

PETALING JAYA 21 Jun - Harga kertas, alat tulis, percetakan dan pembungkusan dijangka terus naik sehingga mencecah 50 peratus tahun ini.

Presiden Persatuan Pedagang Kertas Malaysia (MaPMA), Alvin Goh Kheng Jiu berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan lain ketika ini.

''Kenaikan harga kertas cetak kini mencecah AS$1,050 (RM3,412) bagi setiap tan metrik bakal menjejaskan kos operasi syarikat penerbitan dan percetakan.

''Dua tahun lepas, satu tan metrik kertas putih saiz A4 boleh dibeli dengan harga AS$800 (RM2,600) sahaja,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MaPMA yang dihadiri oleh para pengedar dan pembekal kertas, alat tulis dan mesin cetak di sini hari ini.

Beliau membuat kenyataan mewakili tiga lagi persatuan iaitu Persatuan Percetakan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor (SFTCPPA), Persatuan Mesin-mesin Cetak Malaysia (MPA) dan Persatuan Penerbit Buku dan Alat Tulis Kuala Lumpur dan Selangor (SKLSBA).

sumber : utusan online

perkhidmatan membersih kawasan..di JALAN KLANG LAMA










- kami menyediakan segala peralatan mesin , kenderaan dan pekerja . operasi dikawasan seluas 12 ekar ini akan diuruskan oleh SAUDARA NIZAM & KHAIRUL

- jika ada dikalangan ahli kumpulan madu3 nak robohkan rumah lama dan membina yang baru..kami sedia berkhidmat dengan bangganya...insyaallah harga berpatutan.

membekal PERALATAN PERUBATAN ..( URINE STRIP & STRIP HOLDER )


Jumaat, Ogos 01, 2008

SELAMAT HARI PAHLAWAN...

Al-Mulk ( PERKASA )
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;


(1) Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);


refer : http://www.quranexplorer.com/Quran/




baik budi , perangai pun elok
fikiran panjang , akal tak suntuk
melawan musuh pantanglah tunduk
tegap berdiri , sempurna duduk

daripada ke hulu perahu bergalah
eloklah berhenti memasang lukah
daripada malu mengaku kalah
eloklah mati berkalang tanah

kita tidak mencari suluh
suluh datang diberi api
kita tidak mencari musuh
musuh datang kita nanti

urat kencang bertali-tali
belum diraba belumkan layu
kuat orang jangan perduli
belum dicoba belum kan tahu


rupa gagah hati berani
hati pukal percaya diri
kokoh berdiri di kaki sendiri
menghadapi musuh berpantang lari

Taat setia memegang adat
iman teguh beramal kuat
nama terpuji , beramal kuat
sampai mati orang mengingat



* salah seorang PAHLAWAN negara ...AS-SYAHID TOK JANGGUT .( kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada beliau dan semua pahlawan yang lahir dibumi yang bertuah ini ) .

* semoga ALLAH TAALA mencucuri RAHMAT keatas ROH nya , dihimpunkan bersama para syuhada dan muslimin .

"THE ENDAVOUR TO ACHIEVE MORE....."
&
BERJUANG BERSUNGGUH-SUNGGUH HINGGA MENCAPAI KEJAYAAN ATAU MATI MULIA"