misi ini dijalankan oleh saudara ZUL & KHALIS
Khamis, Ogos 14, 2008
Rabu, Ogos 13, 2008
kursus FOTOGRAFI dan perkenalkan produk LEICA CAMERA di UNIVERSITI DARUL IMAN , TERENGGANU
# misi ini dijalankan oleh saudara ABAS HASSAN dan MR WOO ( leica )
Selasa, Ogos 12, 2008
lagu untuk yang tersayang......
# lagu ini adalah lagu kesayangan saya..( khas untuk bakal isteri-isteri dan anak2 ahli kumpulan MADU3 )
SOALAN DARI ISTER AHLI MADU3 KEPADA SUAMINYA...
Mengapa AYANG ( ANJE') selalu nampak ... Abang ( abe') selalu tersenyum.. walaupun pulang malam dengan penuh keletihan..dan masih mampu tersenyum..?
jawapannya :
Hanya dengan mengukir senyuman, sudah cukup menyentap emosi musuh yang mahu membunuh karakter anda sebelum terbunuh jasadnya. Hanya dengan mengukir senyuman, manifetasi kekukuhan iman dan ketenangan di dada menghadapi makar jahat musuh.Hanya dengan mengukir senyuman, sudah cukup membunuh psikologi musuh yang mahu menimbulkan keresahan anda dan krisis keyakinan pada diri anda . Senyuman adalah setajam-tajam "counter-attack" sang daie...
"Jadilah kamu (dai'e) bersama manusia bagaimana sebatang pokok. Mereka melemparimu dengan batu, kamu melempari mereka dengan buah." - hukama'
Isnin, Ogos 11, 2008
Sabtu, Ogos 09, 2008
BULAN....
BULAN
bersendiriku
ku duduk ku dongak ke langit
cahaya bulan menerangi
limpahan cahaya nya
sentuhan cahaya nya
membalut tubuh ku
rasa satu keinginan
disatukan....
aku dan dia....
harapan tinggi padanya
mengharap terbukanya
pintu kasih perlahan-lahan
bersama
ku luahkan perasaan ini
padanya diantara sedar...
atas keredhaan maha esa
insan sesama insan
pada laluan fitrah di tuntut
harap dia menyedari
centusan ini hendaknya
tidaklah sia-sia
ku mendongak...
RAJA AZHAR IDRIS
GHAFAR OSMAN
kuala lumpur , mei 2008
- dalam " menunggu bulan jatuh ke riba " dia bersedia untuk bersolat dengan tapak tangan terbuka berdoa . ketidak-kenaan antara pribahasa dan imej amat ketara . kita tidak meminta bulan mengkabulkan doa. dan kita tidak duduk dihujung tikar sembahyang untuk menjujung doa. pandang punya pandang , renung punya renung rupanya Raja Azhar bukan bersembahyang . tikar sembahyang pula bukan tikar sembahyang tetapi cahaya bulan jatuh ke tingkap . dalam siri ini Raja Azhar menempa cecair besi derita itu menjadi rupa seni yang hebat.
oleh : PROFESOR DR ZAKARIA ALI . UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
mari membaca.....dengan fikiran tenang dan terbuka..
# buku FAISAL TEHRANI bagus isinya . tajuk dia pun bagus " TUNGGU TEDUH DULU " macam faham2 je masalah gawat.dan ekonomi tak stabil ( banyak ribut taufan dan banjir besar ) ., ada ahli madu3 terpaksa menundakan hasrat "salam tok kadi" terutama ahli cawangan PUNCAK ALAM .( hehehehe )
# buku saudara KASSIM AHMAD antara paling kritikal .
( baca dengan jiwa yang tenang dan berjiwa besar , yakinlah setiap manusia akan dipertanggungjawab depan ALLAH TAALA atas segala perbuatan dan gerakkerjanya )..
# buku USMAN AWANG tu Y.M RAJA bagi pinjam...sesuai dibaca oleh peniaga atau orang yang berjiwa kecil yang bercita-cita tinggi ..." rumah kecil tiang seribu , rumah besar tiang sebatang , dari kecil ditimang ibu , sudah besar ditimang gelombang "
menyantuni dan menziarahi " BAKAL PENGANTIN BARU " insyaallaah...
- memandangkan Y.M RAJA AZHAR IDRIS baru balik umrah dan bakal memetik bunga ditaman ( insyaallah 15.8.2008 ) bertunang . orang empunya diri tengah berser-seri wajahnya dan kata-katanya indah belaka . senyum selalu , sihat cergas dan ceria . Beliau gi umrah ngan pakcik KHALIL IBRAHIM ( pelukis terbaik watercolor negara malaysia ). Kalau ada call je datang atau handphone nyer dengan gambar orang sana keluar ...bukan main sukanya hati ...TAHNIAH..
( baling ngan batu pun senyum - kata yanto @ pembantu beliau )
# sebelum gi umrah Y.M RAJA AZHAR ada buat show lukisan bertajuk : HARU BIRU , saya dijemput tapi tak hadir sebab disebalik semua lukisan itu ada maksud tersirat dan ada kena mengena dengan sejarah kehidupan dan bekas isteri beliau .
# saya amat terhutang budi dan berterima-kasih dengan bekas isteri beliau PUAN SHAHIMAH @ CHARMAINE WINFRED IDRIS kerana mengajar saya bahasa inggeris dan suka bagi motivasi tentang " survival perniagaan " . Hidup , mati , jodoh dan pertemuan adalah dibawah kekuasaan dan ketentuan ALLAH TAALA ...mungkin ada hikmah dan maksud tersirat disebalik kejadian itu ...semoga puan shahimah berjaya menempuh kehidupan beliau di AUSTRALIA ..
( always be optimistic even in the eye of the storms "
# TAKBIR dan tahniah sekali lagi , KUMPULAN PERNIAGAAN MADU3 mendoakan semoga majlis dan perancangan ( memetik bunga ditaman dan ditanam di bukit antarabangsa ) berjalan lancar serta berjaya ...INSYAALLAH
BULAN SUDAH JATUH KE RIBA ...( hehehehe )
Langgan:
Catatan (Atom)

