Isnin, Januari 05, 2009

ricky kerja membekal PERALATAN KOMPUTER di MAJLIS DAERAH JELEBU , N.SEMBILAN



alhamdullillah..semua berjalan lancar ..misi pemasangan dan penghantaran dilakukan leh saudara RIZUAN @ WAN

sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

Ahad, Januari 04, 2009

operasi cik siti wan kembang , kota bahru....












cantik design di airport subang ni ...sempoi dan ada lampu special macam tengok bintang2 kelip-kelip ....

- kat kota bahru ada restoren MANISNYA MADU ( HEHEHEHEHE )


sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

kerja-kerja signage di klinik kesihatan SHAH ALAM , SEK 7

sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

Sabtu, Januari 03, 2009

HUDUD...bagi manusia yang berakal...., kalau bukan ( manusia yang berakal )..sila baca dan fikir-fikirkan..



Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.~ Malaysiakini

Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara. Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang. Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam.


Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan

Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain. Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Maklumat dalam rajah 1 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf


Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda

Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku. Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Maklumat rajah 2 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf

Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju


Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur.

Kebaikkan seterusnya akan bersambung .......

KESIMPULANNYA MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD ?

~Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

Artikel berkaitan

Buliten Online : Amaran Kepada UMNO/Barisan Nasional - Usah Bermain Politik Dengan Isu Hudud dan Qisas

Harakahdaily : Amaran pada Umno:Usah 'permain' Hudud, Qisas

Ahmad Sabki Yusof : Hudud - Bukan Islam Tidak Perlu Risau

Ustaz Nasrudin Tantawi : HUDUD Keperluan Rakyat dan Negara .

refer : http://pemudabesut.blogspot.com/2008/12/kesan-perlaksanaan-hukum-hudud-kepada.html

sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

ricky kerja-kerja merekabentuk dan membina PYLON SIGNAGE di JKNNS


- contoh sigange yang berkualiti seperti shell , petronas dan kfc .




sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

ricky kerja-kerja membekal , memasang WORKSTATION , PARTITION , KABINET untuk BILIK GERAKAN WABAK di PKDP & JKNNS







ini contoh kelengkapan peralatan untuk " operasi " di pejabat lama ( kami perlu datang dengan rekabentuk yang menarik dan terkini untuk pejabat baru ) , ...menguruskan masalah rakyat yang akan menguji kesabaran dan ketensionan kerja tahap gaban...insyaallah dengan kesabaran , peralatan perang yang baik , suasana yang konduisif ala-ala konsep visual terapi ( hehehe )..maka semuanya SIHATCERGASCERIA...



sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

ricky kerja-kerja ELEKTRIKAL dan membuat SPOTLIGHT pada SIGNAGE






sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

Jumaat, Januari 02, 2009

Bekerja...





AHLAN WA'SAHLAN...SAUDARA MOHD RIZUAN @ WAN kedalam kumpulan KERAMAT - MADU3..

..................................................................................
Sirah : Bekerja...
Thursday, January 1, 2009

Semasa Nabi Muhammad SAW berumur enam tahun, ibunya Aminah meninggal dunia. Oleh itu, baginda kemudian dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib, ketua Mekah. Walaupun Abdul Muttalib ketua Mekah tetapi hidupnya miskin kerana hartanya dihabiskan untuk memberi khidmat dan melayan tetamu-tetamu Kaabah.

Sejak daripada itu, boleh dikatakan sejak kecil Nabi Muhammad belajar kehidupan sebagai seorang fakir miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak. Nabi juga menjadi orang yang benar-benar tahu bagaimana kehidupan fakir miskin. Nabi sentiasa menemani datuknya Abdul Muttalib dalam majlis-majlisnya. Selama dua tahun baginda menghadiri semua majlis-majlis Abdul Muttalib yang sentiasa menerima kunjungan dariapada pembesar-pembesar Arab.

Apabila Nabi Muhammad berusia lapan tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Muhammad kemudian dibela pula oleh bapa saudaranya Abu Talib yang juga ketua Mekah, menggantikan ayahnya Abdul Muttalib. Abu Talib lebih miskin daripada Abdul Muttalib. Anak-anaknya semua bekerja membantu kerja-kerja Abu Talib. Dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Abu Talib, maka Nabi Muhammad turut mula bekerja dengan sepupunya membantu meringankan tanggungan Abu Talib. Muhammad bekerja sebagai penggembala kambing bagi ahli keluarga dan penduduk Mekah. Oleh yang demikian, Nabi Muhammad selalu berada di padang pasir, di luar daripada kesibukan kota Mekah. Kadang-kadang berhari-hari dan bermalam-malam Nabi tidak balik ke Mekah.

Tempoh Nabi Muhammad bekerja sebagai gembala kambing agak lama iaitu daripada usia lapan tahun hingga baginda berusia dua puluh satu tahun. Rasulullah SAW pernah menyebut tentang dirinya, “Aku dahulu menggembala kambing penduduk Mekah dengan upah beberapa qirath. Dalam hadis lain ada menyebut, “Tidak ada nabi, melainkan semuanya pernah menggembala kambing”.

Kita melihat bahawa Rasulullah sudah mula bekerja sedari usianya masih muda iaitu ketika di alam remaja lagi. Terdapat beberapa pelajaran bagi kita tentang usaha Rasulullah SAW ini yang boleh dijadikan sautu motivasi bermakna bagi diri kita.

Pertama, selera tinggi dan perasaan halus yang dengan kedua-duanya ini Allah “memperindah” keperibadian Nabi-Nya, Muhammad SAW. Bapa saudaranya Abu Talib mengasuh dengan penuh kasih sayang sebagai seorang bapa. Namun begitu, dengan sifat Rasulullah dan merasakan kemampuan untuk bekerja, baginda segera melakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk meringankan sebahagian beban nafkah bapa saudaranya. Walaupun hasil yang diperolehi daripada hasil pekerjaan yang dipilih Allah tersebut tidak begitu banyak dan penting bagi Abu Talib, namun ia merupakan akhlak yang mengungkapkan rasa syukur, kecerdasan watak dan kebaikan perilaku.

Kedua, berkaitan dengan penjelasan tentang bentuk kehidupan yang diredhai Allah untuk para hamba-Nya yang soleh di dunia ini. Sangatlah mudah bagi Allah mempersiapkan Nabi SAW sejak awal kehidupannya dengan segala sarana kehidupan dan kemewahan yang dapat mencukupi, sehingga tidak perlu lagi memeras keringat menggembala kambing.

Tetapi, hikmah Ilahi menghendaki agar kita mengetahui bahawa harta manusia yang terbaik adalah harta yang diperoleh daripada usaha sendiri, dan memberi manfaat kepada masyarakat dan saudaranya. Sebaliknya harta yang terburuk ialah harta yang diperolehi seseorang tanpa bersusah payah atau tanpa memberi kemanfaatan kepada masyarakat.

Ketiga, hidup di padang pasir jauh daripada kesibukan orang ramai. Ia juga adalah satu proses pendidikan. Dengan itu baginda Nabi SAW belajar mengasihi binatang-binatang ternakan.

Keempat, merujuk kepada hadis “Tidak ada nabi, melainkan semuanya pernah menggembala kambing”, para ulama mencungkil kelebihan-kelebihannya. Mereka berkata, “Orang yang menggembala kambing selalu berada di padang pasir. Ini menyebabkan dia selalu bersendirian. Orang yang selalu bersendirian mempunyai banyak masa berfikir, meneliti dan melihat kebesaran Tuhan pada langit, matahari, bulan, bintang, awan dan alam sekelilingnya. Mereka juga akan dapat menilai diri atau muhasabah dirinya. Keadaan ini menjadikan jiwanya bersih dan jernih. Tetapi bagi orang yang hidup di bandar yang sibuk, kehidupan yang begitu sibuk itu tidak memberi ruang kepadanya berfikir, meneliti dan mengkaji apa lagi untuk selalu memuhasabah diri”.

Kelima, para aktivis dakwah (dakwah apa saja), dakwahnya tidak akan dihargai orang bila mana mereka menjadikan dakwah sebagai sumber rezekinya, atau hidup daripada mengharapkan pemberian dan sedekah orang.

Oleh itu, para aktivis dakwah Islam merupakan orang yang paling patut untuk mencari ma’isyah (nafkah)-nya melalui usaha sendiri atau sumber yang mulia yang tidak mengandungi unsur meminta-minta, agar mereka tidak “berhutang budi” kepada seorang pun yang menghalanginya daripada menyatakan kebenaran di hadapan “investor budi”.

Hakikat ini, kendatipun belum terlintas dalam fikiran Rasulullah SAW pada masa itu kerana baginda belum mengetahui bahawa dirinya akan memikul urusan dakwah dan risalah ilahi, tetapi manhaj yang ditetapkan Allah untuk itu telah mengandung tujuan ini. Ini juga menjelaskan bahawa Allah menghendaki agar tidak ada sesuatu pun daripada kehidupan Rasulullah SAW sebelum bi’tsah yang menghalangi jalan dakwahnya, atau menimbulkan pengaruh negatif terhadap dakwahnya seseudah bi’tsah.

Daripada sirah yang tersebut ini jelas kepada kita bahawa Rasulullah SAW sendiri sejak dari usia yang masih muda telah berusaha sendiri untuk menampung kehidupan. Apa yang pasti manusia dijadikan untuk beribadah kepada Tuhannya, Allah. Konteks beribadah bukan sekadar perintah-perintah wajib Allah sahaja dalam beramal ibadah tetapi ia juga melibatkan bagaimana manusia mengurus kehidupan itu sendiri. Di dalam Al-Quran Allah berfirman bahawa bekerja adalah aktiviti yang mulia dan sangat penting bagi kehidupan manusia.

“Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan” ( Q. An-Naba’ (78):11) Dalam firman Allah yang lain, “Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari ‘Arafat, berzikirlah kepada Allah di Masy’aril Haram. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat”. (Q. Al-Baqarah (2):198)

Dalam kitab Minhaj Al-Qashidin disebutkan, “Ketahuilah, Allah SWT dengan kelembutan dan kebijakan-Nya telah menjadikan dunia ini sebagai tempat kehidupan dan kematian. Manusia sebagai pelakunya dituntut untuk mengharungi dengan penuh aktif dan penuh berhati-hati. Ini kerana esensi kehidupan ini adalah sebuah ujian untuk menentukan yang terbaik di antara mereka dalam bekerja, beramal, dan berinteraksi dengan sesamanya dan Tuhannya. Oleh itu Islam mendorong manusia untuk bekerja dengan sebaik-baiknya”.

Bekerja dengan sebaik-baiknya boleh diertikan sebagai bekerja dengan penuh ketekunan, dengan titik peluh sendiri dan mencari rezeki yang halal. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Nu’aim menyebut “mencari rezeki yang halal adalah jihad” dan sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Thabrani “Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bekerja”. Sabda Rasulullah lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari,

“Tiada makanan paling baik yang dimakan oleh seseorang melebihi hasil kerja tangannya sendiri, dan sesungguhnya Nabi SAW Daud telah makan dari hasil usaha tangannya”.

Ibnu Abbas RA berkata, “Nabi Adam AS adalah pembajak tanah, Nabi Nuh AS adalah tukang kayu, Nabi Idris adalah tukang jahit, Nabi Ibrahim dan Nabi Luth AS adalah petani, Nabi Soleh AS adalah pedagang, Nabi Daud AS adalah tukang besi, manakala Nabi Musa AS, Nabi Syu’aib dan Nabi Muhammad SAW adalah penggembala kambing”.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya, “Apa pendapat anda tentang orang yangs selalu duduk-duduk di rumah atau di masjid, lalu berkata, “Aku tidak mahu bekerja hingga rezekiku datang sendiri?” Imam Ahmad menjawab, “Mereka adalah orang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan. Apakah mereka tidak pernah mendengar sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya Allah telah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang tombakku?”

Beberapa saat kemudian baginda berkata, “Burung terbang pada pagi hari dengan perut yang kosong dan pulang pada petang hari dengan perut yang kenyang”.

Daripada kata-kata Rasulullah ini jelas bahawa rezeki tidak akan datang bergolek tanpa kita berusaha untuk mendapatkannya. Dan seharusnya cara untuk mendapatkannya perlu dengan cara yang benar dan halal di sisi Islam.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa salah satu ciri 10 muwasofat memenuhi keperibadian muslim adalah mengurus dan bekerja sendiri. Imam Hasan Al-Banna ada menyebut tentang tuntutan seorang muslim bahwa setiap muslim harus mampu berusaha dan tidak perlu bercita-cita untuk bekerja kerajaan. Bahkan ia harus menyukai pekerjaan mandiri yang produktif. Kerana itu Imam Hasan Al-Banna berusaha keras mendirikan badan-badan usaha perekonomian yang berhubung dengan kegiatan jamaah untuk mengaktifkan metode Islam dalam berekonomi jauh dari riba dan transaksi haram yang lain serta mendukung harakah Islamiyah.

Justeru, bagaimana kita sebagai “khairu ummah” dan penerus sunnah Rasulullah meletakkan diri kita sebagai umatnya? “Ketuk kepala tanyalah iman di dada!”

refer : http://jihadtegakislam.blogspot.com/

sihatcergasceria..& the endaovour to achieve more's..

Khamis, Januari 01, 2009

kerja-kerja baik pulih ( renovation ) di KK SHAH ALAM




.....................................................................................

ini gambar ricky tempohari..




sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

Bagaimana Bahasa Inggeris Menumpulkan Kreativiti


Bagaimana Bahasa Inggeris Menumpulkan Kreativiti Jurutera IT Bangsa India

India has become the world's front office, handling customer service calls, and its back office, helping to process payments and run accounting and other computer systems. But it has not yet become the head office — making major new products, pioneering marketing techniques or helping to shape corporate strategy.

Rather than drowning American technology firms or work forces with a vast supply of cheap engineering talent, as some had feared, India — and Bangalore, its Silicon Valley — have continued to largely serve as the information economy's version of manual labor.

Baca lagi di sini. http://www.iht.com/articles/2008/12/04/business/04rupee.php

Jika benar bahasa Inggeris adalah senjata bagi mencapai kemajuan bidang teknologi, tentulah kota Bangalore, yang disamakan dengan Silicone Valley, sudah menjadi buktinya. Namun puluhan ribu jurutera IT di Bangalore tidak berupaya mencipta teknologi.

Dengan menggunakan bahasa Inggeris, jurutera IT India di Bangalore setakat berfungsi sebagai buruh kasar versi ekonomi maklumat. Padahal bahasa programming adalah dalam bahasa Inggeris.

Nota: Jurutera IT Jepun yang tidak pandai bahasa Inggeris menghasilkan pelbagai teknologi canggih.

- refer : http://universitipts.com/

* sesungguhnya menuntut ilmu itu amalan yang mengundang kebaikan dan jalan ke syurga . tetapi akibat terlalu mengagungkan bahasa asing daan budaya yang terlampau , maka lahirlah sikap yang diluarbatasan norma bangsa dan agama sendiri . bila pandai bahasa asing mula angkuh ..memandang rendah orang lain dan mempelajari budaya asing yang melampau dan keterbukaan teknologi maklumat & bahan video dan gambar yang banyak menyebabkan perubahan sikap , akhlak dan saksiah berlaku .

contoh terbaik berlaku depan maata -

contoh-contoh ( kisah benar )

- mula pandai buat maksiat ..tak malu nak berpegang tangan dan berdakap walaupun nama keluarga orang baik2..alasan dah bertunang ..pasni nak kahwin pergh jawapan yang pantas dan mengkagumkan macam universiti tempatan yang pantas mengeluarkan siswazahnya.main internet sampai pagi biji mata sampai lebam hitam bukan buat penyelidikan kerja tapi berchit-chat ngan awekzz sampai solat tak jaga dan dapat gaji habis bersuka-ria ( mak-baapak sampai telefon kita tanya masalah anak : ingat dah besar akil baligh ni bijak mengurus tapi rupanya diperbodoh dan berjaya digoda ngan maksiat sampai keluarga yang susah dilupakan....)

- belajar universiti undang-undang ( syariah )dalam negara dan luar negara tapi langgar undang-undang hingga membuat sesuatu macam takde peraturan . mungkin sangkaan syarikat ni kecil dan tak ambil kisaah . sukahati nak gunakan kenderaan syarikat buat maksiat ( malah saampai eksiden ..kereta total lost ..orangnya masuk ccu dan ada yang taakde lesen bawak balik kampung sambil sempat bermanja2 ngan kekasih didalam nya . nak gunakan telefon untuk berkasih macam harta makbaapaak sendiri ...( buat bodoh )pastu hari raya haantar mesej dan email mohon maaf..begitu mudah caranya..itulah kelebihan teknologi dan pengaruh bahasa dan bangsa asing " no hard feelings "....tetapi ingat sesungguhnya..kami mendoakan supaya anda selamat dunia akhirat dan ALLAH TAALA maha melihat ...jika anda yang t masih tak ubah sikap maka lihatlah dalam keadaan yang sukar hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya ..insyaallah ..( pinjam kata2 encik kahirul@ danjie ) ..YANG TERBAIK....

- orang yang terasa bijak pandai dalam ilmu komputer , marketing , network , sistem , undang-undang , pentadbiran , pentadbiran , perubatan , penasihat ekonomi , jual insuran , penternak , pengankutan , penerbit filem , tokey kedai komputer & kedai buku , tokey kedai makan & runcit dan ( apa jua kerja )yang canggih-canggih , orang yang hebat akan sentiasa merendah diri dan suka berkawan . jangan ingat orang bergantung hidup ngan kita...manusia yang berakal hanya bergantung hidup ngan ALLAH TAALA . malah motto orang berjaya adalah " berusaha , belajar dan beramal bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan atau MATI MULIA.."

* disini bukan bertujuan mengaibkan atau bergaduh cuma peringatan kerana kita sering lalai dan cepat merasa baangga ( marah kalau orang tegur ..dan kembang hidung dan merah pipi kalau dipuji )rajinlah membaca surah wal-asri semoga anda faham ...( bagi yang berakal )....yang baik dari ALLAH TAALA dan silap dan buruk dari diri kita sendiri....AMIN

- kepada yang sudah jaadi ibu dan bapa fikirkan yang terbaik untuk anak-anak anda , jagalah mereka dan jadikan mereka lebih baik dari kita..semoga bila kita mati mereka akan menjadi manusia yang berakhlak , beramal , rajin membantu mayarakat dan kasih pada ALLAH TAALA....( jangan sampai kita dibuang dan diletakan dirumah orang tua akibat kita terlalu memanjaakan dan lupa amalaan agama ) dan paling teruk lagi kalau mereka kencing dikubur kita akibat kebodohan kita dalam merancang pembangunan insan mereka hingga mereka jadi bangsa merempat dan hamba dibumi bertuah ini....( NAAHUZUBILLAH...)

sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..