Ahad, Januari 11, 2009

Wajib Baca : Bala dan sikap orang mukmin





Wajib Baca : Bala dan sikap orang mukmin
Dikirim pada November 11, 2008 oleh HermanSamsudeen

Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

Allah ini suka menguji. Orang miskin pun Dia datangkan bala. Orang kaya pun Dia datangkan bala. Negeri dan negara pun sama. Orang baik pun kena. Orang jahat pun kena.

Sebelum kita membicarakan persoalan bala dan ujian dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama teliti terlebih dahulu pengertian Ayat Allah SWT seperti di bawah:

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” - (Surah Al-Anbiya: 35)

Ertinya di sini, apa saja yang buruk atau baik adalah bala dan ujian yang datang ditentukan oleh Allah SWT.

Malang sedikit, dalam kamus kehidupan orang Melayu, bala cuma dirujuk kepada kesusahan. Sebut saja bala, ia hanya dikaitkan dengan malapetaka dan musibah. Mari kita lihat apa yang disebut di dalam buku-buku kamus Melayu.

Bala bermakna kejadian buruk yang menimpa diri seseorang (seperti kemalangan dan sebagainya) atau sesuatu tempat (seperti gempa bumi, banjir besar, kemarau dan sebagainya), bencana, malapetaka. ? di petik dari Kamus Dewan Edisi Keempat muka surat 113.

Dari segi Islam, bala ini bererti ujian, bukan kemusnahan. Ia satu tajuk besar. Dalam rezeki yang semakin bertambah dan pangkat yang semakin naik pun ada bala dan ujian.

Dalam kaya, miskin, sakit, sembuh, berjaya atau gagal dalam peperiksaan - semuanya adalah ujian. Ia bertujuan untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang. Tahap ilmu dan istiqamah seseorang itu boleh diukur melalui pelbagai sikapnya ketika diuji oleh bala Allah SWT.

Bagi orang kaya, bala kekayaan itu disusuli dengan membayar hutang atau mengeluarkan zakat ataupun tidak. Bagi orang miskin, bala kemiskinan itu akan menyebabkan dia mencuri atau merompak ataupun tidak?

Untuk memperkayakan dimensi kefahaman kita mengenai bala, mari kita renung erti bala atau lebih tepat, ujian seperti yang dipandu oleh Al-Quran dalam ayat-ayat yang lain:

i) Orang kaya diturunkan bala (diuji) dengan orang miskin:

“Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: “Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka?” (Allah berfirman): “Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?” - (Surah Al An’am: 53)

ii) Bala (diuji) bagi orang yang ingin masuk Syurga:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” - (Surah Al Baqarah: 214)

iii) Kaya dan miskin sebagai bala yakni ujian:

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: ‘Tuhanku telah memuliakanku.’ Adapun bila Tuhannya mengujinya dengan cara membatasi rezekinya maka dia berkata: ‘Tuhanku menghinakanku.’ Sesekali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. (ertinya kalah dalam ujian).” - (Surah Al Fajr: 15?17)

Dari beberapa petikan Ayat Al-Quran seperti di atas, Insya Allah, kita akan menjadi semakin jelas hakikat bala yang sebenarnya. Ia lebih bersifat ujian.

Bagi si kaya, bagaimana dia boleh menangani bala apabila rezeki perniagaannya semakin melimpah. Benar-benar sedarkah dia bahawa dia sedang diuji oleh Allah SWT. Bagi si miskin, bagaimana dia dapat sabar menangani bala apabila dia diuji dengan keadaan hidup semakin sempit. Atau bagaimana pula keadaannya apabila si kaya tadi ditimpa bala (yakni ujian sebenarnya) apabila dengan tiba-tiba misalnya perniagaannya tiba-tiba jatuh bankrap?

Begitu juga dengan kemelesetan ekonomi dunia yang sedang melanda semua negara kini. Saham jatuh. Inflasi melambung. Nilai mata wang merudum. Dengan tiba-tiba pula pengeluaran makanan berkurangan. Harga bahan api yang tidak menentu. Kepanasan global dan krisis moral yang cukup kritikal. Ini semua bala yang menguji keimanan dan kesabaran.

Inilah yang saya selalu tekankan tentang kepentingan takwa. Ia satu jenis brek yang dapat mewaraskan setiap manusia. Baik dicuba dalam waktu aman atau krisis, orang beriman yang sentiasa dipupuk oleh kesedaran takwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan miskin dia tidak akan menipu, mencuri atau merompak.

Atau dalam keadaan yang (katakan) dia menjadi kaya, dia juga akan mengeluarkan zakat, membantu orang miskin, menubuhkan tabung-tabung dan yayasan-yayasan kebajikan segera. Orang yang memiliki takwa tidak akan terganggu dengan bala yang ditakdirkan ke atas diri dan keluarganya.

Bagi sesebuah negara pula, selain dari bersabar dan memahami punca dan fenomena bala, negara itu sendiri perlu menjalani proses muhasabah. Muhasabah boleh jadi wajar dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan ringkas seperti berikut:

i) Tidak ada kena mengenakah negara ini dengan Allah SWT, selaku Tuhan yang menjadikan dan memiliki kerajaan langit dan bumi? Mustahil kita semua ini tidak ada kena-mengena dengan Allah SWT.

ii) Benarkah amalan negara ini yang memisah agama dari pemerintahan? Bila negara membuang agama dari pemerintahan, maka Islam yang telah dibuang itu mahu diganti dengan apa? Dengan isme ciptaan manusia? Dengan nafsu? Dengan agama lain?

iii) Tidakkah segala nikmat di atas langit yang diturunkan, disediakan di atas, di permukaan bumi dan di dalam perut bumi itu adalah dari anugerah Allah SWT?

iv) Tidakkah Dia yang mampu memberi akan juga turut mampu mengehad, menyekat atau merampasnya?

v) Apakah sekadar ikhtiar berupa meminjam duit KWSP untuk disuntik ke dalam pasaran saham dan hal-hal yang seumpamanya sahaja yang perlu dilakukan?

Jika saya menyebut tentang takwa sebagai ‘brek’ di peringkat individu, maka takwa jugalah jawapannya untuk negara. Di atas nama takwa, negara harus elakkan kerja-kerja membazirkan wang rakyat kerana membazir itu “saudara kepada syaitan”.

Hentikan salah guna wang rakyat. Lepaskan tahanan-tahanan yang dizalimi di bawah ISA. Hentikan serta merta amalan rasuah, tumbuk rusuk, dan pemberian tender yang tidak didasarkan kepada merit.

Beri tempat yang sewajarnya kepada hukum dan peraturan Allah SWT. Perbanyakkan majlis-majlis yang menyuburkan maaruf, majlis-majlis ilmu, tazkirah dan tazkiyah. Jangan ditaja kerja-kerja mungkar.

Yakinlah kepada kandungan ayat al-Quran yang bermaksud: “Sebanyak mana benda halal, semuanya akan mendatangkan guna kepada manusia. (Sebaliknya) tiap-tiap benda haram, ia akan memudaratkan manusia”.

Inilah saja jalan penyelesaian yang boleh mengeluarkan individu atau negara daripada kegelapan kejahilan. Jika tidak, bala akan hanya menjadi kita semakin hanyut.

Tanpa mengambil iktibar dari panduan ayat-ayat Allah, kita dikhuatiri menjadi kebingungan. Lebih malang apabila kita tidak dapat memanfaatkan ujian dan bala daripada Allah itu secara orang yang berfikir.

Ini mungkin “kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada”. - (Surah Al-Hajj: 46)

Akhirnya orang yang malang ini akan terperangkap dalam penyakit “penafian” (denial syndrome). Setiap yang dilakukan oleh orang lain akan dipandang sebagai tidak betul. Nau’zubillah minta dijauhkan Allah.- tajdid

refer : http://syukran.wordpress.com/2008/11/11/wajib-baca-bala-dan-sikap-orang-mukmin/#more-1158
sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

tahniah DR FAIZOL , NCD KKM PUTRAJAYA....sebagai PENGANTIN BARU



- nak jumpa encik jumari ambil kunci untuk kerja-kerja ncd datacenter di seremban ..tiba-tiba tengok banyak orang di masjid putrajaya dan terjumpa dr nor azzah ( ceria ) , dato hassan dan kawan-kawan ncd yang lain. barulah tahu dr faizol dah nak jadi pengantin baru . tahniah semoga mendapat anak ramai dan sihatceriacergas

sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..h

Jumaat, Januari 09, 2009

kerja-kerja membaiki PAIP AIR UTAMA di klinik kesihatan PUCHONG , SELANGOR

sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

perkhidmatan pendawaian ELEKTRIKAL , NETWORK dan TELEFON PABX di NCD DATA CENTER , SEREMBAN



gi ricky dulu...


sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

Khamis, Januari 08, 2009

lawatan di pusat perikanan KUALA BESUT , BESUT















sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

membekal SAFETY SHOE di SHAH ALAM .

sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

bersama sahabat dan kawan baru di KUALA TERENGGANU







- TERJUMPA SAUDARA HATTAN ( insyaallah kami cuba merundingkan ngan ketua program methadone negeri sembilan untuk memasukan lagu yang sesuai dimasukan dalam video methadone TAMPIN ) , DJ DAVE DAN TUAN SYED ( PRESIDEN MTUC ) DI AIRPORT .

................................................................................
lagu: Tam
Lirik: Bob Lokman
vokal: HATTAN
dari album Hattan-Palestin 2002


JIKA MAMPU BUNUHLAH AKU
PASTIKAN BANGKIT SEMANGAT YANG SATU
JIKA MAHU RAMPAS BUMIKU
KORBAN SATU KAN GANTI SERIBU

HIDUP DAN MATI BUKAN HUKUMAN
ENGKAU BUKAN SANDARAN
PERANG INI SATU KETENTUAN
ADA YANG WAJIB DIPERTAHAN

MASA TIDAK MENUNGGU KITA
PINTU MAUT SENTIASA TERBUKA
DOA USAHA DAN BERTAWAKKAL
TIADA JALAN KE BELAKANG
TIADA SIMPANG DI HADAPAN


sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

Selasa, Januari 06, 2009

kuliah di PEMAISURI , BESUT . TERENGGANU






tolong jadi driver dan teman berbual dan disamping tu dapat juga bertanya dan minta sebanyak ilmu ngan tok guru . alhamdullillah jiwa ini gembira dan tenang selama berada di bumi kelantan dan terangganu ini .



sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

dipagi yang indah di KUALA TERENGGANU...






- bersama saudara USTAZ IDRIS , USTAZ FAIRUZ , ABDULLAH ( POK SU )
melihat penamaan calon untuk pilihanraya kecil parlimen kuala terengganu . yang buat saya terkejut dan terkagum ialah ketinggian budi bahasa pasukan polis yang mesra dan rajin bagi salam pada kami walaupun muka mereka penuh ngan kegarangan. pastu banyak old-timer dan penyokong yang datang dari KEDAH , PERAK , PAHANG dan seluruh negara . cuaca yang tenang dan damai serta kesibukan yang melampau berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan kedai makan , hotel dan kedai runcit . laku betul keropok lekor pasni. tetapi perlu ingat pesan orang tua-tua terengganu .." DUDOK ( DUDUK ) MOLEK ADO'R SKE'T " ( sila bersopan , jaga tingkah-laku dan duduk molek sikit ). jika kita ni pandai dan hormat tuan rumah , mereka segan dan memandang tingi diri tetamu mereka..dan jika kamu berkasar dan kianat...... semangat perang dan jiwa pahlawan ALLAHYARHAM TUAN GURU DATUK ABDUL RAHMAN LIMBONG , DATO BAHAMAM ..akan meletus tanpa disangka-sangka......

* banyak dan bersemangat betul cik-cik adik , orang muda2 gaya gedebe ,makcik-makcik dan old-tie's muka macam bekas tentera dan polis yang mengikut program bersama tok-tok guru ( alhamdullillah ...semoga hati dan akhlak mereka sentiasa disimbahi ilmu dan menjadi manusia yang baik dan bersedia berkhidmat untuk agama akibat kelebihan berdamping dan berkhidmat ngan tuan-tuan guru dan ahli ilmu cendiakawan...amin

* semoga negara tercinta ini sentiasa aman damai dan mendapat rahmat ALLAH TAALA..


sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..

Isnin, Januari 05, 2009

menyantuni warga PONDOK MADRASHAH FALAHIAH ADINIYAH , KG DALAM HUMA , PASIR PUTIH , KELANTAN




.....................................................................................
kuliah di kampung dalam pasir putih.











sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..