Khamis, Ogos 09, 2007
majlis kesyukuran 20 TAHUN dan perjumpaan ... pertubuhan seni silat GAYONG MALAYSIA cawangan MBS , SENTUL
dengan lafaz ,
SYUKUR ALHAMDULILLAH kepada ALLAH TAALA YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA PENGASIH semoga diberkati dan dipermudahkan majlis kami pada 17 - 19 august 2007
di sekolah menenggah METHODIST BOY SCHOOL ( MBS SENTUL )
# diadakan juga majlis tahlil untuk ALLAHYARHAM CIKGU ROSLAN HAMID .
( YA ' ALLAH YA TUHAN KAMI ..AMPUNILAH GURU KAMI , CUCURILAH RAHMAT SERTA SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG MUKMIN )
khazanah puisi nasihat dan AMANAT Allahyarham Dato' Meor Abd. Rahman,
Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia ;
Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.
berita selingan:
Pertabalan DATO SERI ANWAR IBRAHIM sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia
Sudah sekian lama Wakil Adat dan Guru Khalifah Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia mempelawa saya untuk menerima tugas tersebut (selaku Khalifah Besar), saya akhirnya akur. Alasan Cikgu Majid Isa, Setiausaha Agung Persatuan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia dengan restu Puan Siti Fadhilah Dato’ Meor Abd Rahman ialah bahawa perlantikan tersebut adalah di atas wasiat allahyarham Dato’ Meor dan muafakat semua ketua adat. Jawatan tersebut belum terisi sejak peninggalan allahyarham Dato Harun Idris.
# DALAM HELAH PENCAK PENDEKAR
TAKAN TERGUGAT PAHLAWAN SEJATI
LEBIH LANJUT LAWATI http://anwaribrahimblog.com/?p=917#more-917
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan