Khamis, Disember 20, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL'ADHA..









ISLAM berasaskan kasih mesra sesama manusia kerana kita adalah anak cucu nabi Adam as. Isteri baginda, Hawa orang yang pertama dikenali ibu. Melalui merekalah kita wujud di dunia. Oleh itu asas hidup kita ditegakkan di atas lima perkara, di mana Islam meletakkan asas bermula dengan dua kalimah syahadah.

Kita wajib mengenal Allah dan berusaha untuk mencapai keredhaan-Nya. Apabila kita kenal Allah, kita terasa hendak balas budi melalui ubudiyyah (perhambaan diri).

Sebab itulah perkara pertama yang diperintahkan Allah ialah solat. Selepas itu baru timbul pengorbanan harta benda untuk membolehkan manusia berbaik sesama manusia. Dan puasa merupakan pengorbanan meninggalkan makan minum untuk buktikan penciptaan kita kepada Allah sebagaimana ibu sanggup berlapar untuk menjaga anaknya. Puasa adalah tanda kasih sayang kita kepada Allah.

Dan Haji pula merupakan lawatan kita ke rumah Allah. Kita diminta bertawaf mengelilingi Kaabah, mencari-cari keredaan Allah. Tawaf itu umpama berpusing-pusing apabila kita menziarahi rumah orang lain untuk menemui tuannya.

Berpusing-pusing mengeliling Kaabah itu sebab semasa tawaf ada zikir-zikir yang perlu dibaca, sebagaimana kita sampai ke rumah kawan kita sebut nama anak dan ibu bapanya. Itulah fikrah manusia.

Sebab itu Islam tidak perlu dipaksa-paksa, hanya perlukan kepada dakwah. Dan orang yang sudah faham Islam diwajib memperkenalkannya kepada orang ramai, sebab telah jelaslah petunjuk Islam daripada kesesatan kufur.

Wukuf (di Padang Arafah) tidak ada satu acara dalam falsafah hidup manusia yang meminta kita menetapkan masa khusus berhenti melakukan urusan dunia selain daripada Islam iaitu wukuf. Di mana kita tidak boleh melakukan sebarang gangguan termasuk mencabut rumput, menebang pokok atau membunuh binatang dengan berburu.

Ketika itu tindak-tanduk kita hanya khusus kepada Allah dengan melakukan amalan zikir, tasbih dan membaca al-Quran. Bagaimanapun bagi mereka yang tinggal jauh dari Makkah dikehendaki wukuf lima kali sehari semalam (solat).

Wukuf (solat) lima kali sehari mesti dikhususkan untuk Allah. Ini kerana manusia seluruh dunia hanya tahu sayang kepada harta benda, pangkat, kuasa dan sebagainya tetapi tidak sayang pula kepada Allah sebagai tuan yang memberi segala nikmat kepada manusia. Ini punca fikiran manusia menjadi celaru.- tajdid

Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS

Tiada ulasan: