Ahad, Jun 07, 2009

aksi-aksi lawatan SERI PADUKA BAGINDA PEMAISURI AGONG di HOSPITAL PUTRAJAYA






Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda baginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)




Permaisuri Agong lawat Hospital Putrajaya
Tuanku Nur Zahirah bermesra dengan kanak-kanak, Mohd. Zainul Hazren Mohd. Zain yang sedang dirawat di Wad Pediatrik semasa baginda melawat Hospital Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 7 Jun - Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini berkenan melawat Hospital Putrajaya di sini sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam.

Ketibaan baginda pada pukul 10 pagi disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan isteri, Datin Seri Lee Sun Loo.

Baginda kemudian berkenan mendengar taklimat daripada Tiong Lai berhubung sejarah, struktur dan operasi hospital itu sejak ia dibina pada tahun 1998.

Selepas itu baginda turut melawat wad pediatrik sebelum berangkat ke majlis santapan dan seterusnya memberi kurnia kepada hospital berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Mohd. Nasir Mohd Ashraf dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. - BERNAMA

sumber berita : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
















ALHAMDULLILLAH , bersyukur sebanyak-banyaknya kepada ALLAH TAALA dimana semua gerakerja majlis berjalan dengan lancar dan semua kakitangan serta pembunuh upahan melakukan tugas dengan cemerlang .

staff terlibat : saudara redzuan ( video ) & saudara hakiem ( fotografer )

pembunuh upahan fotografer : saudara suhardi & saudara idzwan farid

operasi " BIDADARI PUTRAJAYA " ini adalah satu gerak-kerja dan kerjasama erat kumpulan KERAMAT-MADU3 , kakitangan hospital dan semua jabatan terlibat , saya berterima-kasih kepada pihak hospital memberi syarikat kami peluang untuk mencari pengalaman berguna untuk aktiviti syarikat dan kakitangan . semoga hospital putrajaya sentiasa sihatcergasceria , insyaallah .

* barulah saya faham kenapa sultan & pemaisuri negeri terengganu ini begitu disayangi oleh keluarga saya di kampung tok dir , bukit payong dan seluruh rakyat terengganu ...terutama baginda pemaisuri.., beliau ada .." sentuhan ibu yang ikhlas wajahnya..." atau dalam bahasa omputih .." she have a mother touch..u can see depth in the eye's "...

PUTRAJAYA 7 Jun - Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini berkenan melawat Hospital Putrajaya di sini sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam.

* kepada ahli parlimen , menteri besar & kecil , adun negeri dan semua pemimpin masyarakat ..sudahkah kamu menziarahi masyarakat yang sakit dan susah ( perlu dibantu segera ) atau nak tunggu pilihanraya dan start berlakon baik serta buat muka tak malu berlagak nak mampos ( ego tinggi.., ada tu duduk dalam kereta saje tak keluar langsung dan tengok umah buruk dan busuk ...menjauhkan diri..adakah ini nama pemimpin masyarakat tetapi mereka cekap dalam menjahanamkan duit dan harta rakyat ) .., benarlah kata para semut apabila nabi sulaiman bertanya kenapa u simpan bekalan makanan 2 kali lebih banyak dari biasa...semut menjawab jika kebiasaannya ALLAH TAALA berjanji dan menjaga rezeki kami .., kami yakin dan percaya..tetapi jika manusia , kami perlu berhati-hati dan siap sedia..kerana mereka hamba yang lemah dan terlupa lagi cuai .

moral of the story : hendaklah kita rajin belajar menambah ilmu , bertaqwa , berusaha bersungguh-sungguh ( itqan )segala gerak-kerja , berani , amanah dan ikhlas , berdikari dan yakin tinggi janji ALLAH TAALA sesungguhnya : JODOH ( KAHWIN BANYAK ) , MAUT , PERTEMUAN DAN REZEKI adalah dibawah kekuasaannya...insyaallah kita berjaya didunia dan akhirat .amin

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...