Jumaat, Disember 01, 2006
antara NAFSU dan RESTU.........fikir-fikirkan.....saudara & saudari
abiumar menulis "Semalam ustazmuda ditegur oleh dua orang sahabat melalui YM ustazmuda. Katanya tertarik dengan beberapa artikel ustazmuda. Alhamdulillah. Syukur... kalau artikel ustazmuda dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi. Dalam borak-borak ni banyak cerita yang timbul dan kebetulan pada keduanya isu yang sama. Cerita tentang kahwin.... cerita tentang restu... cerita tentang nafsu... Ingin bersama dia tapi halangan keluarga. Yang seorang dah kerja yang satu lagi masih belajar nun jauh di luar negara... Hubugan sudah terlalu rapat hingga tidak tertahan gelojak rasa. Namun... syukur padaNya kerana masih belum terlalu jauh terlanjur.Rasanya dengan intro di atas mungkin sahabat telahpun paham duduk cerita. Terus terang aja... kisah ingin berumahtangga tapi halangan keluarga. Tiada restu ibubapa. Bukan kisah dongengan tapi cerita berzaman dengan pelbagai alasan. Mungkin juga cerita antara dua darjat... kalau takpun ibu mertuaku bak kata P. Ramlee.Apa yang ustazmuda katakan ni, pasti akan menimbulkan polimek pandangan pro dan kontra setuju atau tidak. Apapun ustazmuda gembira kiranya artikel ini sekurangnya dapat membuka minda kita betapa bejatnya gejala di luar sana. Betapa kritikalnya anak muda kita tersepit antara menjaga iman dan kehendak nafsu bermaharajalela. Nafsu yang didorong sepenuhnya oleh massa. Massa yang disokong sepenuhnya oleh mereka yang bergelar penguasa.Argh... Rasanya persoalan ini seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Mampu atau tidak berdasarkan kebijaksanaan kita berperanan. Bagaimana kita menarik rambut tersebut agar tepung itu tetap diam membisu tanpa serakan yang bisa menggoyahkan keadaan. Putus atau tidak berdasarkan cara kita menarik. Kitalah yang berperanan... ustazmuda paham perasaan anakmuda. Gelojak rasanya tidak terkawal. Bahananya menikam ke seluruh jiwa. Berat tanggungannya. Andai tersilap punah segala.Ingin bersama... tapi tiada restu!!! Hanya kerana masih bergelar seorang pelajar. Hanya kerana masih belum berkerja. Berkerja dalam ertikata kepahaman kita, keluar pagi pulangnya malam dan hasil dituai di hujung bulan. Itulah kerja yang sinonim dengan kita. Berseluar slack berpakaian kemas bertali leher membimbit briefcase... selagi itu belum tercapai usah pikir pasal kahwin??? Keras bunyinya tegahan keluarga. Salahkah mereka??? Mana mungkin keluarga tidak ingin melihat anaknya bahagia bukan???Pada sahabat yang dalam dilema seperti ini, cubalah sedaya mungkin, carilah pilihan yang terbaik. Mujahadahlah diri mendekatkan diri pada Allah... Ingat akan pesan baginda Rasul 'perbanyakkan berpuasa'. Sabda baginda sesuatu yang pasti. Pasti puasa akan melemahkan segala nafsu syahwat untuk bergerak bebas... Mungkin mengungkapnya terlalu mudah... pahit bagi sahabat menerimanya, namun yang pahit selalunya penawar mujarab. Belajarlah menerima sesutu ujian dengan redha dan penuh penyerahan pada Yang Esa. Insyaallah pasti akan dibantuNya.Munajatlah padanya siang dan malam... terbaik dipertiga malam. Pohonlah moga dilembutkan hati pada semua lantas dipermudahkan segala urusan. Jangan terlalu gelojoh dalam membuat keputusan... Ya, sahabat pernah perkatakan segala hanya kerana menyelamatkan diri dari terjerumus lebih jauh dalam sangkar noda dan dosa. Ingatlah sahabat akan apa yang diperkatakan baginda Rasul " Sesungguhnya Redha Allah pada keredhaan kedua ibubapa..." Maaf, kalau mungkin semalam dikala kita berbicara berdua... ustazmuda seolah mengiyakan pilihan terakhir sahabat untuk meneruskannya jauh dari keluarga atau apa yang kita katakan sebagai kawin lari... tapi hari ini berat sungguh hati ustazmuda mengiyakan. Mungkin itu bukan satu keputusan tepat sekadar menurut kata hati muda sahabat. Sungguh!!! hati terlalu berat walau sebagai pilihan terakhir. Usahakanlah agar peristiwa itu tidak akan berlaku. Usahakan... Ingat, usahlah kita bergembira dikala ada mereka yang menangis keciwa. Apatah lagi mereka yang pernah bersusah payah membawa kita kehulu ke hilir berbulan lamanya. Betapa berat tanggungan itu... tak mungkin untuk kita membalasnya walau dengan apa cara sekalipun... argh untuk mengeluarkan kita ke dunia inipun bagaikan satu peperangan dengan maut. Antara hidup dan mati. Ya, mereka terlalu kuat dan kita lahir kedunia kerana kekuatan itu. Kekuatan yang hanya ada pada seorang yang bernama ibu.Ingatlah, perkahwinan bukanlah kebahagiaan kita berdua... tetapi perkahwinan penyatuan dua keluarga. Kegembiraan bersama... Perkahwinan adalah kerana kehambaan padaNya, bukanlah sesuatu yang berasaskan nafsu semata. Ya, kita lari dari maksiat dan nafsu serakah yang haram pada kehambaan kepadaNya... maniskah kehambaan itu dengan melukakan mereka yang pernah memberikan kita sebuah kehidupan??? Maniskah...Ya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kalaupun pilihan itu berlaku juga... bersegeralah mengadap pada kedua... pohonlah keampunan pada mereka dan pohonlah restu keduanya. Pohonlah. Diam membisulah atas segala leterannya... kuncikan mulut dari mengatakan walau sepatah kata... sabar dan tabah dengan segala apa yang diperkatakan... akur akan kesilapan yang telah dilakukan. Insyaallah pasti mereka akan terbuka menerima kembali. Pasti... Tunjukkan sikap yang terbaik, sebagai anak yang masih mampu memberikan perkhidmatan terbaik walaupun telah menerima tanggungjawab yang besar... sebagai anak yang taat detia pada keluarganya. Sahabat mampu...Pada sahabat yang punya anak muda remaja... ustazmuda ingin memberi pesanan, walaupun mungkin ustazmuda bukanlah orang yang tepat memberi pesanan kepada meraka yang lebih dulu makan garam dari ustazmuda. Pada mereka yang bergelar ibu dan bapa... zaman kita dan zaman mereka berbeza. Ya, untuk menyebut kalimah kahwin itu sendiripun kita malu. Bahkan untuk menemui seorang perempuan pun agak sukar. Anak-anak dara tika itu setia di dalam rumah. Mengenali suami hanya pada saat diijabkabulkan... Mungkin itu suasana kita. Tidak kini. Perubahan masa menjadikan budaya kita jauh berubah... anak-anak kita lepas bebas. Perempuan dan lelaki. Saling mengenali bercampur mesra... itulah realitinya.Sesungguhnya pada ibubapa yang anaknya nun di luar sana... di negeri yang tidak pernah kenal sempadan lelaki dan perempuan. Di negeri yang sesiapapun tidak peduli dengan siapa anak kita tinggal... tidak ada yang menjeling kalaupun mereka bercampur tanpa sempadan. Yang ada hanya segenggam iman yang memisahkan antara hak dan batil... itulah kekuatanNya. Sewajarnya kita bersyukur tunduk dan gembira andai anak kita masih punya pegangan untuk hidup dalam suasana halal yang diredhai olehNya. Bantulah mereka dalam usaha menyelamatkan keimanan. Mogakan terselamat dari rencam dunia yang penuh kemaksiatan. Inginkah kita melihat mereka bergelumang dalam dosa dan noda yang tidak berkesudahan??? Pilihan di tangan kita... Insyaallah dengan ilmu yang ada mereka mampu untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Mereka mampu... yakinlah.Ingatlah, diluar sana mereka boleh berbuat apa sahaja tanpa pengetahuan kita, mereka bebas sebebasnya, namun kerana sekelumit iman yang ada masih mampu untuk mereka pertahankan. Bangun dan bantulah mereka agar tidak rebah dalam pelukan dunia yang menghimpit. Bersyukurlah kerana punya anak yang masih tahu menilai kaca dan permata... Ya!!! mungkin kita mengharapkan sesuatu atas pelaburan yang telah kita keluarkan, atas kejayaan anak tercinta. Pada ustazmuda, kalau harapan itulah yang kita letakkan... sesuatu yang kita inginkan sebagai imbuhan dari satu amanah Allah. Kita perlu bermuhasabah... Ingatlah, membesar dan memberi ilmu pada anak-anak merupakan kewajipan dan amanah yang ditetapkan olehNya... Amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di sana nanti. Cukuplah dengan hasil yang akan kita tuai di sana nanti.Usah dirisaukan, pastinya... anak-anak yang terdidik dengan amanah ilmu akan sedar dengan sendiri kewajipan itu. Pastinya mereka akan kenang pengorbanan orang tua tanpa dipinta. Merkeka membantu tanpa diminta... Pasrahlah pada ketentuanNya.Jom lepak rumah ustaz : http://ustazmuda.blogspot.com/"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan