Ahad, Disember 09, 2007

majlis AKAD NIKAH pembunuh upahan SAUDARA HAIRULNIZAM @ cyrptoromero di MASJID AL'AZIM , PANDAN INDAH ..











Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa!Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu
Segalanya, Untuk Kami

Pada Mu Allah !



(Nota Penting: Nasyid ini adalah Hakcipta Terpelihara Kumpulan Rabbani & EMI Music, disiarkan disini sebagai contoh sahaja. Oleh itu belilah CD yang original Semoga Diberkati Oleh Allah SWT )

Tiada ulasan: