Rabu, Mei 28, 2008

operasi " masak lomak cili api "





# modus operandi : mencari idea untuk wall mural photo & image ( seremban )
# maaf terpaksa pakai abang din sebagai model sebab FREE..( hehehe )

Ahad, Mei 25, 2008

selamat pengantin baru kepada anak DR YAHYA BABA , I.K.U BANGSAR





# majlis berlansung di TAMAN PERUMAHAN HAROMNI MORIB , BANTING SELANGOR

# tahniah kepada saudara OMAR FAROUK pengantin lelaki anak DR YAHYA BABA .
" WELCOME TO THE CLUB "

# saya mula mengenali DR YAHYA BABA semasa beliau menjadi pengarah operasi MESYUARAT MENTERI-MENTERI ASEAN + 3 ( KESIHATAN ) DI HOTEL GOLDEN HORSE PALACE , 2003.
ALHAMDULLILLAH pihak syarikat kami telah terpilih untuk menyediakan perkhidmatan komputer , multimedia dan penyewaan peralatan pejabat.

pihak kami mendoakan semoga anak beliau dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak yang ramai.

- masakan dan servis catering sangat baik dan tak sangka pulak SAUDARA AZLAN JAN ( tokey PERCETAKAN ANGKATAN EDARAN ) boss dia .no hp beliau : 019 214 7343

- jumpa sekali dr norai sekeluarga.

Ahad, Mei 18, 2008

memberi idea , merekabentuk dan mencetak BILLBOARD KEMPEN KESIHATAN ...di SEREMBAN v.2








# ALHAMDULLILLAH , semuanya telah terpilih dan akan dicetak dan dipasang pada minggu hadapan , insyaallah .

terima kasih kepada team designer : AMIR , ART DAN AMIN

pameran I.T di KLCC



- jalan-jalan dengan khairul @ danjie nak survey produk2 baru..CAMERA , IT dan NETWORK .

projek I.D di SURUHANJAYA SEKURITI







- kerja-kerja mengecat badminton court sedang dilakukan oleh saudara KHAIRUL @ DANJIE bersama anak buah yang lain.

selamat pengantin baru SAUDARA IDZWAN FARID...






# terima kasih atas undangan ini , saya doakan selamat sejahtera dunia akhirat .semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak yang ramai.insyaallah..

- saudara IDZWAN FARID adalah bekas pekerja team KERAMAT ( 2006 ).

Jumaat, Mei 16, 2008

bahasa terindah....

‘Apa ilmu kamu pakai’ ..




Oleh Haneeyzah Bariah Baharin
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Suami kami berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Kami bahagia dan mengizinkan dia berkahwin lagi kerana mereka sudah suka sama suka.

“Jika tidak dibenarkan, bimbang pula berlaku perkara tidak baik. Jadi, baik benarkan mereka bernikah,” demikian kata seorang wanita, Noraini Daud, 40, yang hadir bersama dua lagi madu menemani suaminya, Mohamed Nor Awang, 57, yang memohon kebenaran bernikah kali keempat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Noraini yang juga isteri ketiga Mohamed Nor, berkata dia dan dua lagi madunya, Wan Rukiah Mat Yusoff, 52, dan Kalthum Dollah, 39, hidup bahagia bersama suami dan anak masing-masing.

“Justeru, kami berpakat membenarkan suami berkahwin lagi bagi mengelak berlaku maksiat atau kahwin lari berikutan kedua-dua pihak saling menyukai antara satu sama lain,” katanya.


Semalam, tiga wanita berkenaan hadir di mahkamah menemani suami mereka memohon kebenaran mengahwini seorang kerani, Suzi Sulong, 34, sebagai isteri keempat pada majlis yang dijadualkan di sini, 23 Mei ini.


Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Shaikh Ahmad Ismail meminta Mohamed Nor mengemukakan alasan kukuh sebelum permohonannya dipertimbangkan walaupun dipersetujui tiga isterinya.

Menurut Shaikh Ahmad, mahkamah tidak boleh meluluskan permohonan Mohamed Nor yang mempunyai 18 anak berkahwin empat kerana tidak mengemukakan alasan kukuh selain berpendapatan rendah yang dibimbangi tidak mampu menyara keluarga serta berlaku adil.

Selain itu, beliau mengarahkan pemohon mengemukakan afidavit tambahan dengan alasan munasabah untuk berkahwin lagi, buku bank serta membawa wali dan bakal isteri ke mahkamah, Ahad ini, sebelum membuat keputusan sama ada permohonan itu dibenarkan atau sebaliknya.

Katanya, beliau juga pelik kerana ketiga-tiga isteri pemohon bersungguh-sungguh membantu suami membuat permohonan itu, malah memberi persetujuan tanpa syarat untuk suami mereka berkahwin walaupun pendapatan Mohamed Nor sebagai pemandu lori hanya RM1,500 sebulan.

“Pada pandangan syarak, mahkamah tidak boleh membenarkan permohonan itu kerana pemohon tidak berkemampuan dari segi kewangan selain usia lanjut.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga isteri memberi izin dan meminta mahkamah membenarkan permohonan itu.

“Oleh itu, mahkamah memberi peluang dan mengarahkan pemohon mengemukakan alasan kukuh, membawa buku bank sebagai bukti memiliki simpanan mencukupi untuk kegunaan kecemasan dan membawa wali bersama bakal isteri untuk dipastikan persetujuannya sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau tidak.

“Sepanjang saya bekerja (sebagai hakim syariah), ini kali pertama saya berdepan kes tiga isteri bersetuju tanpa syarat membenarkan permohonan suami berkahwin satu lagi, Malah, isteri pula yang bersungguh-sungguh memohon kebenaran mahkamah untuk suami berkahwin empat.

“Mungkinkah Mohamed Nor mengamalkan ilmu tertentu? Saya tidak dapat meluluskan permohonan itu hari ini kerana memerlukan afidavit tambahan dengan alasan munasabah mengapa perlu berkahwin lagi sedangkan sudah ada tiga isteri dan 18 anak yang memerlukan tanggungjawab dan tanggungan besar,” katanya.

Terdahulu, pada awal prosiding, Shaikh Ahmad turut mempertikaikan jumlah perbelanjaan bulanan yang diagihkan pemohon kepada ketiga-tiga isteri yang masing-masing mempunyai sembilan anak (isteri pertama), isteri kedua (empat anak) dan isteri ketiga (lima anak) yang disifatkan tidak adil berikutan isteri kedua dan ketiga bekerja.

Difahamkan, bakal isteri pemohon kenalan kepada tiga isterinya dan beberapa kali putus cinta sebelum menerima lamaran pemohon.

Mahkamah menetapkan Ahad ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan itu.

-

# moral of the story : JODOH , MAUT , PERTEMUAN & REZEKI adalah milik ALLAH TAALA..hendaklah kita sentiasa yakin , rajin dan berusaha bersungguh-sungguh..insyaallah dipermudahkan hajat dihati..


" ALWAYS BE OPTIMISTIC EVEN IN THE EYES OF A STORM "


- teringat pernah ada anak muda berkata ..boleh ke gaji 1500 kahwin anak orang...?
nak bagi makan pasirr.....( disini kita diperlihatkan jawapan nya )

fikir-fikirkanlah.......( senyum lagiiiiiiiii )

ahli MADU3 terbaru dari JOHOR .... SAUDARA KHAIRUL @ danjie




# insyaallah kita akan menjalankan hubungan perniagaan yang baik dan berkekalan...

# saudara KHAIRUL @ DANJIE mahir dalam kerja-kerja pembinaan , I.D dan kejuteraan .

TERIMA KASIH kepada saudara AZMI & ZUL





# ini adalah majlis jamuan penghargaan syarikat KERAMAT-MADU3 kepada pelatih industri
dari INSTITUT KEMAHIRAN MARA yang telah tamat latihan .mereka telah memperlihatkan displin dan mutu kerja yang baik.kami amat berbangga dengan sikap dan kerjasama yang diberikan . semoga mereka berjaya didalam kerjaya mereka dan cabaran kehidupan yang mendatang . semoga ALLAH TAALA MEMURAHKAN REZEKI DAN MEMPERMUDAHKAN PERJALANAN HIDUP MEREKA.INSYAALLAH ...

" BELAJAR , BEKERJA DAN BERJUANG HINGGA MENCAPAI KEJAYAAN ATAU MATI MULIA ....."
dan
" THE ENDAVOUR TO ACHIEVE MORE..."

display panel SEREMBAN v.1




# melakukan pemeriksaan kualiti dan hasil kerja , sebelum kerja2 pemasangan akan dilakukan minggu depan.

# ALHAMDULLILLAH SEMUA BERJALAN LANCAR .

Khamis, Mei 15, 2008

PRA- SYARAT KEMENANGAN

PRA- SYARAT KEMENANGAN ISLAM

( SUATU RENUNGAN BUAT YANG MENGAKU PEJUANG ISLAM )

Malam itu, ia berdiri berceramah. Bicaranya berapi-api tentang mimpinya selama ini, yaqni tegaknya syariat agama di bumi Malaysia ini. Ia begitu bersemangat menguraikan cita-cita untuk menyaksikan syariat Allah memimpin peradaban di seluruh alam semesta. Dia menghentam pihak-pihak yang menolak sistem islam, mendedahkan kemungkaran pemimpin-pemimpin yang disifatkan bersifat fasik dan munafik kerana menjadi penganjur kemungkaran. Dia bertanya kepada hadirin :

Mengapa umat Islam mengalami kemunduran ?

Mengapa mereka mengikuti konsep hidup umat lain ?

Mengapa mereka merendahkan nilai agama mereka sendiri ?

Mengapa mereka menjadikan musuh-musuh Islam sebagai pemimpin ?

Mengapa …….? Mengapa ……………? Mengapa…………?

Puluhan pertanyaan semisal terlontar dalam ceramahnya dengan sangat memukau. Ia melemparkan “beban berat” itu di atas pundak para hadirin yang mengikuti ceramahnya. Lalu ia memaparkan pandangannya dengan panjang lebar, bak memberi dogma. Kemudian setelah mengemukakan solusi dan kesimpulan, ia mengakhiri ceramahnya.

Selang sehari setelah itu, saya mencari sang penceramah itu di antara saf-saf jemaah solat subuh. Heran, saya tidak melihatnya. Saya bergumam dalam hati, “Mungkin penceramah itu berhalangan atau ada urusan mendadak.” Saya pun beranjak pulang.

Hari berikutnya, di waktu yang sama, saya mencuba mencarinya kembali di antara deretan-deretan saf-saf jemaah Solat Subuh, dengan harapan bisa menemukannya di sana. Namun, saya kembali kecewa. Lagi-lagi saya tidak menemukannya di antara saf-saf jemaah Solat Subuh. Saya mulai khuatir, aduhai apa yang terjadi padanya. Ingin rasanya saya mengetahui khabarnya. Saya khuatir, jangan-jangan ia ditimpa musibah.

Saya putuskan untuk mencari tahu di mana penceramah itu. Hingga pada suatu kesempatan dapat bertemu dengannya. Lalu saya bertanya: “Apa yang terjadi? Mudah-mudahan yang menjadi penghalang anda adalah sesuatu yang baik. Saya kehilangan anda di waktu Solat Subuh.

Dengan ringan ia menjawab tanpa rasa malu :

“ Maafkan saya. Semoga Allah mengampuni saya dan mengampuni anda. Keadaan saya sangat sulit. Pagi-pagi saya sudah mulai kerja, sementara saya tidur agak terlambat. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Saya terdiam dan bingung mendengar jawapannya. Benar-benar saya bingung. Saya bertanya dalam hati, “Bagaimana mungkin agama Allah akan tegak berdiri di atas muka bumi ini di tangan orang-orang yang melalaikan kewajibannya kepada Allah?”

Hati saya bergelojak, jiwa terasa sempit, dan tenggorokan terasa tersumbat. Saya ingin melakukan sesuatu; apa saja. Akhirnya saya menulis, dan hasilnya adalah tulisan dalam buku ini.

Saya memohon kepada Allah untuk memberikan petunjukNya pada saya, juga kepadanya dan bagi seluruh umat Islam. Saya juga memohon kepadaNya kejayaan dan kekokohan agama ini. Sungguh, Dia Maha Kuasa atas yang demikian.

Dr.Raghib As-Sirjani ( Buku Misteri Solat Subuh )

Labels: Tarbiyah diri

REFER : http://www.keampunanallah.blogspot.com/

Ahad, Mei 11, 2008

MIHAS...2008 , KL





# bangga melihat semangat pakcik-pakcik dan makcik-makcik kita yang jadi usahawan makanan & herba ..mereka memiliki semangat " THE ENDAVOUR TO ACHIEVE MORE....."

perkhidmatan menyewa NOTEBOOK dan peralatan komputer di KKM , PUTRAJAYA

Selasa, Mei 06, 2008

bengkel kereta di GOMBAK ..( ahli MADU3 )





person in charge : moloni , rosman dan abang din

tel : 012 260 8508

kisah teladan....Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.

Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.

Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.

"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."

"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)

"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)

Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)

Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:

"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14329&Itemid=91

membekal peralatan komputer untuk UNIVERSITI MALAYA



# ni kira order tahap urgent gabannya..1 jam sebelum majlis nak start , alhamdullillah supplier dapat membantu...