Khamis, Jun 05, 2008

sila berubah....( mari jadi cherodik....)



# seronok...dengar bahasa ...ceria , spontan dan berisi..( hehehehehe )



Nizar : Sikap kita merugikan sendiri

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Mohammad, sewaktu memberikan responnya terhadap penguasaan bukan Melayu dalam bidang 'hardware' dimana para pengusaha Melayu yang mendapat projek terpaksa bergantung kepada mereka untuk membekalkan bahan-bahan binaan ; menyebabkan jurang keuntungan yang amat ketara dimana kontraktor Melayu puratanya hanya mendapat keuntungan antara 5 hingga 10 % berbanding pembekal bahan binaan yang membuat 30% keuntungan; Nizar berkata:

"Persoalan Melayu dan bukan Melayu tidak timbul dalam hal tersebut.Yang menjadi masalahnya ialah sikap orang Melayu sendiri yang tidak mengikut ajaran dan kehendak Islam sendiri dalam urusan perniagaan."

Nizar berkata, beliau juga turut menerima beberapa aduan daripada pembekal-pembekal bahan binaan yang merungut kerana kontraktor Melayu sering gagal untuk melunaskan kredit pada masa yang dijanjikan walaupun setelah mendapat pembayaran.

"Kita sering tidak menepati janji kita terhadap para pembekal bila membuat pembayaran.Kita gunakan wang yang kita dapat itu ke lain - beli kereta baru, rumah baru dan kadangkala isteri pun baru!" kata Nizar yang mencuit hati yang hadir.

"Setelah mengambil barang bernilai RM40 ribu , kemudian tidak mahu bayar bila sudah dapat duit , itu bukan ajaran Islam." Tegas Nizar lagi.

Nizar menyeru supaya para usahawan berpaksikan ajaran Islam dalam melaksanakan kegiatan perniagaan mereka supaya berjaya, "Biarpun untungnya sedikit, tetapi memberikan berkat," kata Nizar.

Kepada persoalan pembalakan, beliau berkata perkara tersebut amat sensitif sekali. Beliau mendedahkan telah menerima banyak permohonan termasuk daripada kalangan orang-orang kita sendiri namun buat masa kini, kerajaan Pakatan Rakyat mahu membekukannya hingga kesuatu masa nanti.

refer : http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan: