Jumaat, Ogos 31, 2007

PERINGATAN KEPADA YANG SUKA MEMBUAT FITNAH....




Fitnah kepada Presiden PAS - Daily Mirror, UK mohon maaf
Mohd Rashidi Hassan
Thu | Aug 30, 07 | 03:18:02 PM
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Hrkh) - Akhbar ternama di Britain, Daily Mirror memohon maaf kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana menuduh beliau sebagai pemimpin pergerakan al-Qaeda.



Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Siaran pada 1 Mei lalu, Daily Mirror pada muka surat 3, mengeluarkan berita memfitnah Presiden PAS dan mendakwa beliau sebagai pemimpin nombor 3 al-Qaeda yang kini ditahan di Guantanamo Bay, Panama.

Akibat daripada berita fitnah tersebut, Mesyuarat AJK PAS Pusat membuat ketetapan mengambil tindakan mahkamah terhadap akhbar tersebut.

Pada Julai lepas, Ustaz Hadi bersama dengan Pengerusi Lujnah Guaman dan Undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin bergegas ke United Kingdom, untuk mendapatkan khidmat guaman di London.

Firma Carter-Ruck bersetuju mewakili Presiden PAS dan menghantar surat kepada Daily Mirror untuk mengemukakan permohonan maaf dan membayar ganti rugi ke atas fitnah yang dilemparkan kepada Ustaz Hadi.

Peguam juga meminta Daily Mirror membuat permohonan maaf di hadapan hakim mahkamah di London dan membayar kos guaman.

22 Ogos lepas, Daily Mirror membuat permohonan maaf kepada Ustaz Hadi dan menyiarkan berita mengenainya pada muka surat 2 akhbar berkenaan dengan menyatakan;

On 1st May whilst reporting the Bluewater terror plot we printed the above picture of Abdul Hadi Awang and said that he was the Al Qaeda number 3 who had been capture last year and was being held in Guantanamo Bay. This is incorrect and the photograph was published in error.

Our article intended to refer to a completely different person, Abdul Hadi an Iraqi.

Abdul Hadi Awang is President of PAS, a leading democratic political party in Malaysia and he has no connection with Abdul Hadi al-Iraqi.

Mr Awang (Ustaz Hadi), is not and has never been a member of al Qaeda and is oppossed to their acts of terrosim.

Menurut peguam Hanipa, pihak Daily Mirror menyatakan persetujuan untuk membayar ganti rugi dan kos guaman kepada Presiden PAS.

"Bagaimanapun pihak peguam kita di London masih di dalam perbincangan dengan mereka (Daily Mirror) tentang bayaran dan terma-terma lain yang diminta sebelum ini," ujarnya.

operasi cenderamata dan bunting MERDEKA KEKKWA













# gambar agak blur dan shaky sikit sebab camera kecik dan photografer pulak gementar sebab pertama kali .haraf maaf

membekal MRI FILM untuk HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN , KUANTAN PAHANG

Khamis, Ogos 30, 2007

ALHAMDULLILLAH ....

IN THE NAME OF ALLAH , THE MERCIFUL , THE COMPASSIONATE



INSYAALLAH 1.9.2007 SEHINGGA 15.9.2007 SAYA AKAN MENUNAIKAN UMRAH KE TANAH SUCI , JIKA ADA TERSALAH KATA DAN MENGURIS HATI .. SAYA MEMOHON MAAF DENGAN RASA RENDAH DIRI DAN BERTANGGUNG JAWAB .

JIKA ADA YANG BERHUTANG ATAU SAYA ADA HUTANG TERTUNGGAK SILA HUBUNGI AKAUNTAN SAYA : CIK HERLINA 019 372 0849 / 016 315 4960 ( SILA BAWA RESIT / NOTA TEMPAHAN ATAU SEGALA SURAT BERKAITAN ) JIKA TIDAK PERMINTAAN ANDA TIDAK DILAYAN.

SEKIAN ..WASALAM

# SEKIRANYA TIDAK BERJUMPA LAGI ...SAYA BERASA BERSYUKUR KEPADA ALLAH TAALA , GEMBIRA , TERHARU DAN SANGAT BANGGA DENGGAN SEMUA STAFF AHLI KUMPULAN KERAMAT - MADU3 , X-STAFF , PEMBUNUH-PEMBUNUH UPAHAN , RAKAN-RAKAN PERNIAGAAN DAN SAHABAT YANG MENGENALI SAYA . SEMOGA ALLAH TAALA MEMBERKATI ANDA SEMUA , DIMURAHKAN REZEKI DAN KAHWIN BANYAK LAGI ( HEHEHEHE ) " NICE TO KNOW U "

- " IF YOU TAKE RISK FOR THE SAKE OF AN HONORABLE OBJECTIVE , DO NOT CONTENT WITH ANYTHING LESS THAN THE STARS " .

perkhidmatan menyalin DVD-R untuk unit DIEBETES ( PROGRAM VIDEO DIEBETES KEBANGSAAN ) & PACK AND DELIVER seluruh MALAYSIA

Kenyatan al Ustaz Mahdi Akif Mursyid Ikhwan Muslimin Mesir , KEMESTIAN DAN KEWAJIBAN MENENTANG AGENDA JAHAT AMERIKA


Sudah menjadi kelaziman takdir Allah mengujudkan situasi saling bertentangan dalam dunia ini. Manusia mempunyai daya berfikir dan keyakinan yang berbagai dan berbeza. Mereka juga berbeza dalam menentukan skala keutamaan dan keperihatinan. Berbeza dalam matlamat dan kepentingan.

Kepelbagaian yang bertentangan ini tidak jarang menghasilkan pergeseran, pertentangan dan krisis antara individu, kumpulan, bangsa dan kerajaan. Dalam kaadaan seperti ini masing-masing mahu melaksanakan tuntutan dan matlamat mereka. Seandainya kekuatan mereka setara atau hampir setara maka akan wujudlan kesimbangan; di mana kepentingan kedua belah pihak tercapai secara seimbang.

Akan tetapi seandainya segolongan yang mempunyai kekuatan dan kuasa yang semakin besar ini terdiri daripada pemilik kuasa yang tidak peduli kepentingan dan maruah orang lain. Golongan yang tidak mengakui hak orang lain atau mengindahkan kepentingan orang lain maka gejala anarchy akan bermaharajalela. Kekacaun akan merebak melindas semua pihak. Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah S.W.T.

﴿وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الأَرْضُ﴾ (البقرة: من الآية 251

Kalaulah tidak kerana Allah mempertentangkan (kekuatan) segolongan manusia dengan segolongan yang lain nescaya hancur binasalah bumi ini.

Senario seperti ini lah yang tertera sekarang di persada dunia ini. Teori Kominis menemui kegagalan dan perang dingin sudah berakhir. Sistem Kominis di Soviet Union runtuh. Block timur berkecai menjadi beberapa buah negara kecil yang lemah dan mundur. Pakatan WARSAW terbarai kerana kehilangan subtence kehadirannya. Akhirnya yang terus kekal ialah Block Barat yang diketuai oleh Amerika . Amerika dapat menghimpunkan semua persyaratan kekuatan satu kutub ; baik teknologi, ekonomi, politik mahupun ketenteraan. Iaitu suatu kuasa , kudrat dan kekuatan yang tidak dimiliki oleh mana mana negara dalam sejarah zaman moden kini.

Ironinya Negara kuasa besar Amerika ini kini dihinggapi oleh rasa bangga diri, bongkak, suka bermerajalela, chauvinistic dan apportunis. Kuasa penjajah Amerika ini telah mendedahkan keserakahannya serta matlamat politiknya dalam agenda khusus yang akan dan sedang dilaksanakan kalau perlu dengan kekerasan dan tanpa segan silu. Dalam konteks itu mereka akan gunakan mana mana negara Barat yang mereka ada pertalian, kepentingan , pakatan; meskipun atas dasar kezaliman dan permusuhan. Inilah yang lumrah dikenali kini sebagai orde baru dunia.

Matlamat Agenda Amerika dan Keutamaannya

Skop agenda Amerika itu begitu luas dan merata. Ia hampir meliputi seluruh dunia. Namun agenda berkenaan meletakkan keutamaan kepada beberapa kawasan dan rantau tertentu yang kadangkala berdasarkan pertimbangan ketenteraan dan keamanan; kadang-kadang kerana pertimbangan kepentingan sumber minyak dan ekonomi atau malah laluan meritim. Apapun rantu Arab dan Islam adalah merupakan rantau yang menempati puncak keutamaan dalam agenda Amerika tersebut. Khasnya pasca 11 September ( iaitu peristiwa yang dijadikan alasan oleh Amerika untuk melancarkan suatu perang global terhadap apa yang mereka namakan secara rambang dan kabur sebagai terrorism) Amerika mengharapkan dengan agenda berkenaan untuk mencapai beberapa matlamat strategik seperti berikut.:

• Memusnhakan gerakan Islam (yang disifatkan oleh Amerika sebagai kumpulan fundamentalist atau terrorist yang menjadi kilang pembenih dan pengeluar anasir extremist dan pengganas) , meruntuhkan prasarana asasnya, memburu - dengan alasan keamanan negara - khalayak anggotanya, mengering dan menyekat sumber dana dan kewangannya. Membekukan akaun harta gerakan Islam tersebut dalam bank, melumpuh dan memusnahkan insititusi atau syarikat kepunyaannya; baik di Amerika mahupun dalam negara-negara yang menjadi pak turut atau terpaksa tunduk kepada kemahuan Amerika ; demi melaksanakan agenda jahatnya.

• Menguasai komposisi dan kawasan stratigik di rantau Arab dan Islam. Merampas sumber reserve minyak dunia untuk memiliki kuasa utama dalam membuat keputusan ekonomi dan seterusnya kuasa politik di pentas dunia.

• Memusuhi mana-mana pemerintah negara lain yang cuba bersifat mandiri dan mempunyai pendirian berbeza atau bercanggah dengan Amerika. Bergerak untuk menentang kepentingan nasional negara berkenaan; samaada dengan mengisytihar perang terhadap negara berkenaan. Atau menghantar ketumbukan bala tentera ganas untuk menggulingkannya dan melantik pemerintah lain yang berkerjasama dengan Amerika sepertimana yang berlaku di Afghanistan dan Iraq. Atau dengan melancarkan sekatan berbagai bentuk dan menggesa negara negara lain agar memusuhinya sepertimana yang berlaku terhadap syria dan Iran.

• Mempertahankan serta memperkukuh pertahanan negara penjajah Zionist dari sudut ketenteraan , politik, ekonomi di samping membuat aku janji atau perakuan akan terus memastikan keunggulan negera berkenaan mengatasi seluruh negara jiran Arab di sekelilingnya. Dengan demikian negara Zionist itu akan terus menjadi duri dalam daging di tengah tengah rantau Arab yang mampu mengancam keselamatan dan kesetabilan negara Arab-Islam dan menghalang kesatuan , perpaduan dan kemajuan mereka.

Kaedah Perlaksanaan Agenda Amerika

Dalam konteks melaksanakan matlamat ini pihak pentadbir Negara Amerika tidak segan silu untuk menggunakan sebarang bentuk tipudaya jahat dan tidak bermoral malah tidak berperikamnusiaan . Antara kaedah tersebut ialah:

• Menggunakan apa yang dipanggil sebagai Soft Power dalam erti kata merubah set mental , budaya dan social para warga negara sasaran. Ini dilakukan melalui berbagai wahana berpengaruh seperti media massa, program kegiatan budaya, kesenian hiburan dan sebagainya. Dalam konteks ini warga negara dan generasi muda di negara berkenaan akan didedahkan dengan bentuk gaya hidup ala Amerika yang dinobatkan sebagai gaya hidup dan budaya yang paling utama dan unggul. Dari semasa ke semasa akan lahirlah generasi yang meniru, mengguna-pakai malah sebati dengan gaya hidup tersebut sehingga mereka tidak lagi menghargai warisan budaya dan jatidiri yang diwarisi daripada para leluhur mereka; sebaliknya kumpulan itu akan bangun menentang dan mengikis nilai warisan dan jatidiri tersebut.

• Mencetuskan suasana porakperanda umum dan kaedah ini lebih dahsyat daripada dasar sebelumnya. Ia bertujuaan untuk mengkucarkan negara berkenaan dan menimbulkan suasa tegang, kekeliruan sehingga negara berkenaan tidak stabil, tidak dapat meneruskan pemerintahan dan dengan itu ia boleh dipecahbelah dan dirobek serta disusun semula menurut agenda jahat musuh demi kepentingan mereka.

• Dikobarkan secara berterusan konflik sectarian, perbedaan mazhab dan semangat perkauman demi mencambahkan fitnah dan suasana tidak stabil dalam masyarakat.

• Menghulurkan sokongan material dan moral kepada kumpulan elit secular dan liberal, menobatkan kedudukan mereka di tempat-tempat yang berpengaruh samada di peringkat pemikiran, penyiaran, budaya, sastera mahupun kesenian .

• Menyorotkan perhatian dan ruang siaran khusus terhadap elit politik tertentu khasnya yang berpotesi untuk melaksanakan peranan utama dan penting dalam agenda mereka atau menempatkan mereka menjadi para pegawai penting yang berkedudukan tinggi.

• Mendokong dan menyokong setiap regim pemerintah yang mengisytiharkan kesetiaannya kepada Amerika , menurut dasar politik Amerika, bersedia melaksanakan agendanya tanpa memperdulikan kezaliman regim berkenaan, korupsi yang dilakukannya atau keujudan keabsahannya atau tidak di kalangan rakyat.

• Memaksakan globlisasi ekonomi melalui penganjuran persidangan atau perjanjian antarabangsa. Menarik dan membentuk polarisasi golongan elit ekonomi kita dan mengikat mereka dengan konglemerat asing khasnya syarikat dan konglemerat milik Amerika dan Zionist.

• Mengeksploit program bantuan , scholarship dan grant-grant ekonomi demi mengeluarkan arahan, perintah dan memaksakan syarat syarat tertentu . Ini disamping berusaha untuk mendekati dan menerbus di sector rakyat bawahan melalui sogokan kewangan terhadap rancangan industeri kecil atau perdagangan ekonomi sector rakyat bawahan.

• Mengancam dengan pertuduhan menceroboh (hak asasi manusia ) atau memperkosa (kebebasan beragama golongan minority) terhadap mana-mana kerajaan negara (Arab dan Islam) secara berpilih-pilih dan double standard untuk menggugat pemerintah negara berkenaan, di samping memeras-ugut mereka ;demi meraih kepentingan politik semaksima yang mungkin.

Faktor Dalaman Yang Membantu

Demikianlah kerangka agenda Amerika yang menjengul dengan wajah hodohnya .Ini juga mendedahkan matlamat jahat mereka dan kaedah perlaksanaannya yang kotor. Namun agenda ini tidak mungkin terlaksana kalau tidak kerana wujudnya situasi bobrok yang membantu perancangan tersebut dalam negara dan rantau kita. Antara rancangn jahat tersebut ialah:

• Wujudnya segelintir golongan elit budaya yang beranggapan bahawa masa depan mereka terjamin hanya dengan menurut kehendak musuh luar negara dan menjadi perkakas mereka.

• Bercambahnya dalam masyarakat golongan yang rela menjadi perkakas dan pengintip rahsia musuh yang mengkhianati umat dan menjual agama , maruah diri, keluarga dan negara mereka dengan beberapa habuan duniawi yang murah

• Termakannya beberapa kumpulan dalaman kita (warga kita )dengan racun yang dosogokkan oleh musuh sehingga mereka tergamak menyokong seruan memecahbelahkan umat, terjebak dalam jerat fitnah musuh dan bersedia pula mengambil orang luar atau musuh untuk menjadi (instrumen) pembantu mengalahkan lawan politik yang terdiri dari anak watan mereka sendiri.

• Persekongkolan tengik dan celaka antara penjajah dan golongan pemerintah tirani (zalim). Ini merupakan faktor yang paling berbahaya , serius dan sangat penting. Pemerintah tirani - daripada dalam - mencekik umat dengan dasar pemerintahan kuku besi, mereka membolot kuasa dan bermaharajalela dengan kuasa politik tersebut. Mereka meragut hak rakyat untuk ikut serta menentukan masa depan umat dan negara. Kehendak dan kemahuan rakyat dipalsukan , kebebasan mereka disita. Hak mereka diperkosa. Kepentingan mereka disia-siakan.

Regim pemerintahan seperti ini terus mendapat sokongan dan bantuan daripada kuasa penjajah demi memboloskan jarum kelindannya dan melaksanakan agenda jahatnya tanpa memperdulikan prinsip luhur dan nilai yang menjadi pegangannya. Tindakan tersebut juga bertentangan dengan dakwaan mereka selama ini untuk melakukan reformasi, membela kebebasan rakyat dan hak asasi manusia. Di sebalik persekongkolan jahat itu semua umat menjadi semakin lemah, mereka semakin mundur dari sudut ekonomi, sains dan teknologi.

Langkah-Langkah Menghadapinya

Meskipun kita sedar betapa gelapnya gambaran masa depan umat, betapa bahaya dan sukarnya cabaran yang kita hadapi, namun itu semua tidak seharusnya melemahkan semangat dan keazaman kita. Kita tidak boleh berputus asa. Justeru di hadapan kita – al hamdulillah- terbentang beberapa pilihan dan alternative untuk menghadapi cabaran tersebut .Kita boleh mengagalkannya dengan instrumen yang lebih jitu dan mujarrab. Antara lain ialah dengan:

• Memulih dan menggembeling kesedaran umat.
Kita yakin konspirasi dan agenda musuh ini hanya berjaya dengan kejahilan dan kealpaan umat itu sendiri. Oleh itu proses mengembalikan kesedaran mereka wajar dilaksanakan . Mereka perlu disiapsiagakan dengan kecelikan dan kesedaran yang total dan berterusan.

• Memperkasa rasa bangga dengan jatidiri dan budaya Islam.
Islam adalah teras utama budaya kita. Ia pembentuk identiti dan teras keperibadian kita. Islam adalah rujukan asas akidah, akhlak dan kelakuan kita. Ia faktur pemersatu yang melangsungkan survival, kesepaduan, keutuhan dan kekuatan umat seluruhnya. Justeru itu Islam menentang sikap menjadi pak turut yang naif kepada dasar keliru atau sikap hanyut dan larut dalam kancah budaya asing.

• Mementingkan dan mengutamakan perpaduan dan kesatuan
Andaikata negara penjajah dan kuasa besar lumrah dengan sifat mereka yang begitu ghairah dan bersungguh-sungguh untuk mencetuskan pertentangan dan perkelahian antara sesama umat atau bangsa maka mengapa tidak bangsa dan umat itu sendiri lebih ghairah dan bersungguh sungguh pula untuk menyatukan barisan mereka, mengukuh persatuan dan mengikat persaudaraan sesama mereka demi menggagalkan perancangan jahat musuh?. Dengan demikian mereka dapat membina tembok pertahanan dalaman yang padu serta tidak dapat ditembusi oleh tipudaya dan kerakusan musuh berkenaan .

• Berpadu dalam usaha memperkasa perjuangan membebaskan tanah air.
Perjuangan untuk pembebasan tanah air adalah senjata utama dan penting umat yang dihadapkan ke dada musuh; dalam konteks pertarungan dan perjuangan menghadapi musuh agar mereka tumpas dan berundur dengan hina dina. Umat seluruhnya mesti tampil mempertahan dan mengukuhkan agenda perjuangan. Mereka mesti menyebarluaskan kefahaman dan semangat perjuang. Mereka wajib mendokong dan menyokong figure dan mujahid pejuang , menghargai pengorbanan dan menjulang nama mereka . Umat wajar memanjatkan doa restu Allah untuk para mujahid tersebut, Mereka wajar berjihad dengan harta, membersihkan khalayak pejuang daripadi anasir subersiv musuh , memurnikan barisan mereka dari anasir perosak yang termakan dengan seruan musuh agar menyerahkalah dan berlindung di bawah ketiak musuh. Mereka perlu meminggirkan anasir pembelot dan golongan yang putus asa daripada perjuangan pembebasan tanahair.

• Melaksanakan dengan serius dan jujur seluruh agenda reformasi dalam berbagai lapangan hidup; baik pendidikan, budaya, ilmu pengetahuan, politik, ekonomi mahupun sosial atas dasar keinsafan bahawa inilah satu-satunya cara memulih dan membangun umat, merealisasi kekuatan dan mengembalikan semula maruah dan martabatnya.

• Menobatkan kebebasan dan kemerdekaan umat. Ini adalah senjata utama yang paling ampuh dan berkesan dalam menghadapi musuh. Kebebasan dan keperibadian manusia yang bebas memungkinkan seseorang meledakkan keupayaannya yang perkasa dan terpendam. Hal ini akan menampilkan berbagai bentuk pencapaian yang menakjubkan dan luar biasa. Tidakkah kalian teringat kisah kepahlawanan ’Antarah Bin Syaddad yang enggan berjuang bersama kabilah ’Abas menentang kabilah Tai’ kerana ia masih terbelenggu dengan perhambaan. Beliau menempelak ayahnya yang terus menerus mendesaknya supaya ikut berperang membela maruah kaumnya yang diinjak-injak oleh kabilah lawan. Beliau berkata : ”Golongan hamba abdi tidak pandai berperang. Mereka hanya pandai memerah dan mengumpul susu” (binatang ternak).

Mendengar tempelakan tersebut ayahnya lantas membuka rantai perhambaan daripada lehernya dan mengaku semula bahawa beliau adalah benar-benar anaknya . Setelah pembebasan dan perisytiharan itu ’ ’Antarah lantas laksana singa turun menggempur dan memerangi musuh, menetak dan melumpuhkan lawan. Pada hari itu beliau seorang pun sudah dapat menempa kemenangan, menebus kembali maruah kabilahnya.

Demikianlah sifat bebas dan kebebasan menampilkan sesuatu yang menakjubkan. Adakah sesiapa dan mana mana bangsa yang mahu menuntut kembali kebebasan mereka yang hilang . Atau adakah mereka bersedia memikul bebanan, dan membayar harganya (yang mahal)? . Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada kita semua .

al Ustaz Mahdi Akif

# petikan dari : http://www.shura-asia.org/shura/modules.php?name=News&file=article&sid=219

Rabu, Ogos 29, 2007

operasi merekabentuk , mencetak dan memasang " WALL POSTER " with signage PKWPPJ







penyewaan peralatan telekomunikasi untuk operasi " KEKKWA MERDEKA "







LOKASI : MARKAS BKL/MADU3 ( SENTUL )

di markas ini kami juga ada perkhidmatan sewa kanopi , membuat grill , kerja-kerja besi , kejuruteraan , pendawaian elektrik , sub-station , plumbing dan pembinaan.

sesiapa berminat nak buat grill untuk umah baru atau umah bakal BINI NO .2 , 3 DAN 4 boleh hubungi pengurus besar : encik hasmaddy hashim 019 382 8949

# insyaallah sesiapa nak pakai catering ,sewa canopy , cenderamata dan segala-galanya termasuk tok kadi pun boleh diuruskan ( hehehehe ).kami siap sedia berkhidmat 24/7

operasi " WALL POSTER WITH SIGNAGE " LEMBAGA AMALAN PERUBATAN

operasi " CHARLIE " TUDM , SUBANG










alhamdullillah dapek jumpa orang kampung ROMBAU ...mula2 kenal cetak kad kahwin dan supply sticker leftenan semalam jumpa kat monterez golf club dah naik jadi mejar pulak . ini adalah WAREIGH ( DALAM BAHSO ROMBAU : WARIS & SAHABAT )dan insyaallah bakal jadi ahli kumpulan MADU 3 dalam UNIT KAPAL TERBANG & LOGISTIC DAN PENYEWAAN HELIKOPTER .

# semalam dapek hadiah baju PILOT tu....( hehehehe siap berposing pagi2 tu ).

operasi " PUCUK REBUNG " TELEKOM , LEMBAH PANTAI

operasi " BIS " NCD / KKM putrajaya






INSYAALLAH BAKAL AHLI KUMPULAN MADU 3 DALAM UNIT I .T , BELIAU ADALAH VICE PRESIDENT SALAH SATU ANAK SYARIKAT KUMPULAN KOMPAKAR.

ricky operasi KL SENTRAL



abang Y.M RAJA AZHAR IDRIS bin Y.M RAJA LOP IDRIS







ALHAMDULLILLAH dipertemukan ngan seorang yang gila-gila serta terlebih semangat tetapi memiliki jiwa seni , kasih sayang dan sikap membantu yang tinggi.beliau adalah orang yang pertama melabur dalam perniagaan kumpulan KERAMAT - MADU 3.

THE MAN WHO THEACH ME THE MEANING OF " FREINDSHIP " BETWEEN GOOD FREIND....

Ahad, Ogos 26, 2007

ABANG AZLAN BIN ARSHAD AYUB






ALHAMDULLILLAH DAN SYUKUR KEPADA ALLAH TAALA ...dipertemukan dengan seorang hamba ALLAH TAALA yang mempunyai sifat :

" suka membantu dan menasihati dikala kita kesusahan dan sering menegur dan mengajar dikala kita dilambung kejayaan tetapi lalai serta cuai..."

INSYAALLAH semoga dimurahkan rezeki yang melimpah ruas , diberi kesihatan yang baik , dibalasi jasa baik yang tak terhingga serta dirahmati oleh ALLAH TAALA .