Jumaat, Ogos 31, 2007

PERINGATAN KEPADA YANG SUKA MEMBUAT FITNAH....




Fitnah kepada Presiden PAS - Daily Mirror, UK mohon maaf
Mohd Rashidi Hassan
Thu | Aug 30, 07 | 03:18:02 PM
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Hrkh) - Akhbar ternama di Britain, Daily Mirror memohon maaf kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana menuduh beliau sebagai pemimpin pergerakan al-Qaeda.



Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Siaran pada 1 Mei lalu, Daily Mirror pada muka surat 3, mengeluarkan berita memfitnah Presiden PAS dan mendakwa beliau sebagai pemimpin nombor 3 al-Qaeda yang kini ditahan di Guantanamo Bay, Panama.

Akibat daripada berita fitnah tersebut, Mesyuarat AJK PAS Pusat membuat ketetapan mengambil tindakan mahkamah terhadap akhbar tersebut.

Pada Julai lepas, Ustaz Hadi bersama dengan Pengerusi Lujnah Guaman dan Undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin bergegas ke United Kingdom, untuk mendapatkan khidmat guaman di London.

Firma Carter-Ruck bersetuju mewakili Presiden PAS dan menghantar surat kepada Daily Mirror untuk mengemukakan permohonan maaf dan membayar ganti rugi ke atas fitnah yang dilemparkan kepada Ustaz Hadi.

Peguam juga meminta Daily Mirror membuat permohonan maaf di hadapan hakim mahkamah di London dan membayar kos guaman.

22 Ogos lepas, Daily Mirror membuat permohonan maaf kepada Ustaz Hadi dan menyiarkan berita mengenainya pada muka surat 2 akhbar berkenaan dengan menyatakan;

On 1st May whilst reporting the Bluewater terror plot we printed the above picture of Abdul Hadi Awang and said that he was the Al Qaeda number 3 who had been capture last year and was being held in Guantanamo Bay. This is incorrect and the photograph was published in error.

Our article intended to refer to a completely different person, Abdul Hadi an Iraqi.

Abdul Hadi Awang is President of PAS, a leading democratic political party in Malaysia and he has no connection with Abdul Hadi al-Iraqi.

Mr Awang (Ustaz Hadi), is not and has never been a member of al Qaeda and is oppossed to their acts of terrosim.

Menurut peguam Hanipa, pihak Daily Mirror menyatakan persetujuan untuk membayar ganti rugi dan kos guaman kepada Presiden PAS.

"Bagaimanapun pihak peguam kita di London masih di dalam perbincangan dengan mereka (Daily Mirror) tentang bayaran dan terma-terma lain yang diminta sebelum ini," ujarnya.

Tiada ulasan: