Sabtu, Oktober 13, 2007

SELAMAT AIDIL FITRI....maaf zahir batin..





Andaikan Aidilfitri tanpa Badar


Oleh Jimadie Shah Othman

ENAM RATUS DUA PULUH EMPAT tahun sesudah masihi, Islam di persimpangan antara syurga dan neraka. Di medan Badar, tangisan Muhammad menjadi sungguh pilu. Sang nabi memanjangkan doa ke Langit seolah-olah mengugut Tuhannya, "Allah, kalau kami tewas kali ini, nescaya tidak ada manusia lagi yang akan menyembahmu," katanya.

Persahabatan, setiakawan, persaudaraan, prejudis, syak wasangka, ketakutan, kelaparan, kedaifan dan juga, sekali lagi, syurga atau neraka, semuanya menjadi satu. Gerombolan musuh seperti debu-debu pasir menggomol sejumlah 313 mustad'afin itu.

Benar, Muhammad tidak menang mudah. Nabi Arab itu membayar harga yang amat mahal. Sesudah medan itu, umat Islam tidak mengenal lagi apa pun perayaan selain Aidil Fitri dan Aidil Adha. Juga arak, perempuan, hiburan, candu atau ganja. Atau apa pun namanya.Perayaan ini, seperti juga agama kita tidak lepas daripada politik dan 'mata pedang'.

Banyak dasar-dasar agama dibentuk dengan turut mempertimbangkan kecenderungan dan pergolakan politik semasa. Konflik awal di Mekah antara Muhammad lawan "Abu Jahal & co." bukan semata-mata persoalan akidah. Ia juga melibatkan perdagangan berhala dan konflik kuasa suku Quraish yang amat bepengaruh sebagai tuan penjaga kaabah.

Begitu juga dalam kez mazhab, setelah wafatnya 'diktator' yang tidak mampu dipertiaikan, khalifah sesudahnya tidak mempunyai autoriti wahyu, jadi kerakusan politik mulai marak. Mazhab-mazhab seperti Syiah dan Khawarij memang asalnya tiada kena mengena dengan akidah. Ia hanya persoalan politik dalam sebuah sistem tanpa pilihan raya.

Lantas berubah menjadi mata pedang. Pada zaman itu, nyata tidak ada BBC, CNN atau Aljazeera sebagai media mengkontrol nubari manusia. Yang ada cuma syair dan juga, selain mata pedang, adalah penjaan dan kawalan imej umat Islam generasi awal. Maksudnya, Muhammad membentuk sebuah masyarakat yang secara visualnya luhur dan bersih. Justeru mengikatnya dengan menjadikannya "sama di dalam, tapi beda di luar".

Dalam komuniti mereka tetap satu, tanpa beda, melainkan iman. Di luar, kami Islam dan kamu Jahiliah—ini adalah perkataan paling hodoh dalam sejarah Arab. Tentang beda di luar inilah yang membolehkan kita menyambut Aidil Fitri. Maka berbahagia dan bersyukurlah kita pada-Nya. Memmbentuk dan menjanakan perbedaan ini adalah langkah paling simpel dan popular di kalangan umat Islam hingga kini. Kita cuba berbeda melalui pakaian, aktiviti sosial, kebudayaan dan lain-lain. Dan itu menjadikan kita, juga agama ini unik.

Dan sesudah Badar yang membagiakan dan memberi nyawa baru kepada Islam itu, Muhammad melihat umat Islam perlukan identiti yang membedakan mereka dan orang lain kerana perihal ini tidak cukup berlaku dalam hati sebagai iman. Maka wahyu Tuhan membimbingnya menggantikan Aidil Adha dan Aidil Fitri ini dengan dua perayaan besar Arab ketika itu. Dalam period tidak jauh daripada itu juga, kiblat kita berpusing kembali daripada Baitulmaqdis ke masjid yang dibina oleh bapa kita Ibrahim.

Ia bukan sekadar kemenangan moral tetapi juga mempunyai statmen politik yang ketara. Mungkin orang kafir Jahiliah itu tidak pernah menujum bahawa tersirat daripadaitulah yang membawa kepada pembukaan kota Mekah. Andaikan Aidil Fitri tanpa Badar. Andaikan agama tanpa politik. Maka yang tinggal untuk kita hanyalah sejarah Islam yang bosan dan kering. Tetapi 1,400 tahun sesudah Badar, Aidil Fitri bukan lagi sekadar politik, ia juga seni dan ekonomi.

diambil dari blogzine http://republikkata.blogspot.com/ ruangan 'Edtorial, Nota Jimadie'

refer:
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=4119

Tiada ulasan: