Sabtu, Oktober 31, 2009

kerjasama perniagaan antara UNIKEB dan KUMPULAN KERAMAT-MADU3



Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah s.w.t dan seisi keluarga baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah syukur, ke hadrat Allah s.w.t , Tuhan mentadbir sekelian alam di atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada semua warga Koperasi UNIKEB Berhad sehingga berjayanya membangun sebagai satu jentera masyarakat yang anggotanya faham dan mengerti tuntutan bermasyarakat “ berat sama di pikul, ringan sama dijinjing” sejak penubuhannya pada 13 September 1973 (tiga puluh lima tahun yang lalu).

Kita kini menuju ambang usia ke-empat-puluh bersama UKM mengharungi arus pengungkapan falsafah UKM “Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanafaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu,proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti” untuk dinikmati semua dan untuk mensejahterakan masyarakat.

Saya bagi pihak Koperasi UNIKEB Berhad berasa syukur di atas setiap hasilan dan pencapaian yang diusahakan sehingga membuahkan hasil kejayaan sepertimana yang kita kecapi sekarang. Kejayaan yang melonjakkan ukhuwah Islamiah amat dirasakan. Kejayaan yang disukat dengan penunjuk ekonomi dan keberkesanan urusniaga boleh dimantapkan lagi. Mulai hari ini , suatu penyusunan semula jentera menyeluruh Koperasi , kegiatan urusniaga, kebajikan anggota, kekerapan majlis bersama anggota dan aturcara mesyuarat agong tahunan akan dilaksanakan . Insyaalah. Saya berdoa agar setiap laluan kearah kejayaan sama-samalah kita tegur menegur, sentiasa bermusyawarah dan bertolak ansur selaras dengan perkembangan zaman yang terus menuntut kita untuk bersepadu, bersepakatan dan berakhlak mulia . Had dan sempadan dalam perhubungan sesama kita yang sudah jelas perlu kita sama-sama hayati.

Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah dilaksanakan oleh Koperasi UNIKEB Berhad untuk perkongsian maklumat, pengalaman dan kepakaran melalui ruang maya, iaitu http://www.unikeb.koperasi.coop . Dengan wujudnya laman ini, ianya diharap dapat membantu anggota UNIKEB khususnya dan masyarakat luar umumnya untuk mengenali dan menghayati aktiviti Koperasi UNIKEB Berhad dengan lebih aktif dan santun. Semua pandangan dan buah fikiran anggota akan diperhalusi dalam mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan Ahli Lembaga Kerja. Untuk melaksanakan hasrat ini , seorang pegawai akan ditugaskan untuk menghimpun segara teguran.

Selain daripada itu, melalui http://www.unikeb.koperasi.coop ini pengurusan Koperasi akan menghebahkan segala kegiatan dan perkhidmatan kepada anggota. Semua kakitangan Universiti Kebangsan Malaysia di Bangi, PPUKM, Cheras dan Kampus Kuala Lumpur khususnya dan masyarakat umum tidak kira di mana mereka berada baik didalam negeri mahupun luar negeri berada dalam cakupan tanggungjawab kami. Kami merasa terhormat memikul tanggungjawab yang diperturunkan dan dengan ini kami mohon restu doa-doa semua anggota untuk kita berganding bahu terus sederap memakmurkan koperasi kita.

Saya bagi pihak Anggota Lembaga Pengarah Koperasi UNIKEB Berhad ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua anggota pengurusan UNIKEB. Kepada keseluruhan anggota ,kami tidak akan jemu memohon bantuan dan kerjasama. Salam hormat dan terima kasih kami tujukan kepada pucuk pimpinan UKM atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan. Marilah kita bersama-sama berpadu tenaga memajukan koperasi kita. Kalau tidak kita siapa lagi. “USAHA NIKMAT BERSAMA”. Demikianlah warqat pertemuan buat kali pertama, saya sebagai Pengerusi. Saya iringi dengan doa untuk mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. jua.

Wassalam.

PROF DR HJ WAN MOHTAR BIN WAN YUSOFF
Pengerusi
Koperasi UNIKEB Berhad

...............................................................................

- insyaallah jika berjalan lancar kumpulan kami akan mengadakan kerjasama perniagaan dengan UNIKEB . saya dihubungi PROF DR WAN MOKHTAR pada 2 hari lepas , UNIKEB mengatakan mereka boleh membekalkan minuman berbotol dan barang2 keperluan lain dengan harga yang berpatutan..insyaallah jika semua berjalan lancar..kumpulan kami amat berbangga untuk bekerjasama jangka panjang dengan UNIKEB

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...