Rabu, Ogos 20, 2008

majlis meraikan SYEIKH ALI , LONDON dan USTAZ RAOF , PONDOK TAMPIN & tetamu yang lain ...









SYEIKH ALI daripada http://www.alamiyahinstitute.org/home.html dan USTAZ RAOF daripada http://pondoktampin.blogspot.com/ datang menziarahi MADRASHAH FALAHIAH AL-DINIAH PASIR PUTIH .

Selasa, Ogos 19, 2008

menyantuni ahli keluarga & saudara-saudara di TERENGGANU..



- cuba tengok gambar ini adakah patut tokey kedai tulis perkataan " belian maut " . naik gerun saya nak membeli..try masuk dalam tengok kaum ibu dan anak dara membeli-belah dengan seronok tahap gabannyer.......

# saya ingat sape beli dalam tu ..MAUT lah dia....( hehehe ) khas pada ahli2 pompuan nak raya ni jimatkan duit suami dan membeli-belah jangan sampai MATI....pulak.



menyambut kedatangan TETAMU DARI LONDON di MADRASHAH FALAHIAH , PASIR PUTIH , KELANTAN.











Isnin, Ogos 18, 2008

contoh gambar animasi untuk JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN..


membuka gerai menjual CENDERAMATA dan melukis KARTUN di ZOO NEGARA












# jemputlah datang beramai-ramai , harga berpatutan , ahli MADU3 kena pakai baju kumpulan untuk dapat diskaun ....50% .promosi sehingga 24.8.08

perkhidmatan pengambaran VIDEO dan merekabentuk MULTIMEDIA KORPORAT untuk KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ..

Malaysia kekurangan 10,000 tenaga sokongan kesihatan

23-08-2008 02:07:45 PM
KOTA BHARU: Kualiti perkhidmatan kesihatan terhadap rakyat dipastikan di tahap terbaik sungguhpun negara kini kekurangan kirakira 10,000 kakitangan sokongan dalam bidang kesihatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kualiti kerja kakitangan kesihatan walaupun sedar wujud tekanan kerja bagi kakitangan sedia ada yang saban hari terpaksa berdepan dengan jumlah pesakit yang ramai.

"Bagaimanapun kerajaan tidak menerima sebarang aduan daripada pesakit membabitkan kakitangan yang didakwa bekerja sambil lewa.

"Kalau adapun dakwaan (membabitkan) tempoh mendapatkan rawatan yang lama dan kurangnya layanan sewaktu mendapatkan rawatan dan itu mungkin disebabkan tekanan kerja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan diploma kepada graduan pertama Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di sini, hari ini.

Seramai 263 graduan dalam Kursus Diploma Kejururawatan, Diploma Pembantu Perubatan, Diploma In Diagnostic Radiography, Diploma Pengurusan Syariah dan Diploma Psikologi menerima diploma masingmasing pada majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Penasihat KIST, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Dr Abdul Latiff berkata jika kekurangan kakitangan sokongan kesihatan itu tidak diatasi segera ,dikhuatiri akan menyebabkan nisbah kakitangan sedia ada dengan jumlah penduduk semakin tidak seimbang.

Untuk itu, katanya kementerian menggalakkan pihak swasta menyambut seruan kerajaan untuk menubuhkan sebanyak mungkin kolej perubatan berkualiti.

Katanya setiap tahun kerajaan dengan kerjasama beberapa kolej swasta berjaya melahirkan kirakira 7,000 graduan dalam bidang sokongan sains kesihatan tetapi hanya 4,000 daripadanya sahaja yang terbabit secara langsung dalam bidang kesihatan.

"3,000 lagi mungkin berkhidmat dalam bidang lain dan sebagai contoh hanya kirakira 100 atau 200 jururawat sahaja yang dapat dilahirkan dalam setahun sedangkan ia memerlukan lebih daripada itu," katanya.

Dr Abdul Latiff juga gembira kerana semua graduan KIST telah ditawarkan berkhidmat di hospital seluruh negara dan membuktikan bidang itu amat diperlukan di negara ini. BERNAMA

# OPERASI INI DINAMAKAN " si tuan puteri "

Jumaat, Ogos 15, 2008

TUAN GURU BUYA' HAMKA .....



Prof Hamka yang memetik pepatah ini menyebutkan:

”Anak laki-laki tidak boleh dihirau panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalauperahunya telah dikayuhnya ke tengah, dia tak boleh surut palang, meskibagaimana besar gelombang. Biar kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebihmulia daripada berbalik haluan pulang”2. Ibarat kata pepatah ”Daripada hidupbercerminkan bangkai biar mati bergalang tanah.”




" Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan.."

" Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap buat menjadi sahabat orang.."

" Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.."

" Kesenangan hidpmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran.."

" Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya..."





" Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang.."

" Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah.."

" Jika engkau memeberikan sesuatu kepada sahabatmu, bererti memeberikan kepada dirimu sendiri.."

" Pengubat jerih hidup manusia adalah dua, pertama; Iman kepada Allah, kedua; percaya kepada sahabat.."

" Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.."

" Teman yang ’ berudang di balik batu’ terhadap engkau adalah seumpama anjing di tepi jalan, yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu.."

" Cemburu perempuan kepada perempuan, memutuskan tali persahabatan.."

" Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, alamat bahawa umurmu telah lepas dari zaman bercinta..."




- fikir-fikirkan wahai saudara-saudariku dan semua pembunuh upahan..@ rakan perniagaan

" THE ENDAVOUR TO ACHIEVE MORE..."

refer :http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Abdul_Malik_Karim_Amrullah

http://mundarmandir2.blogspot.com/2007/02/beberapa-kata-kata-hikmah-tentang.html

# BUYA HAMKA adalah antara putera istimewa kelahiran RANAH MINANGKABAU ( tanah tumpah kelahiran ku ) dan berjasa dalam mengembangkan ilmu agama dan politik diDUNIA ISLAM . suatu kurniaan kepada negara INDONESIA DAN DUNIA ISLAM dari ALLAH TAALA yang hebat kepada manusia yang berjiwa pejuang , pendakwah , ketua masyarakat , ahli politik dan mencintai ilmu ....

kursus PERISIAN KOMPUTER DAN VISI 9 , JKNNS













# begitu bersemangat dan ceria semua staf dan doktor daerah dari unit bahagian kawalan penyakit tidak berjangkit , jabatan kesihatan negeri sembilan mempelajari cara2 membuat video dan multimedia presentation ( package visi 9 ) teori dan praktikal .

- ALHAMDULLILLAH PAKEJ FASA 1 VISI 9 BERJALAN LANCAR . MEMBEKAL , MEMASANG , MENGUJILARI HARDWARE , SOFTWARE DAN TRAINING SELAMAT DIADAKAN .