Jumaat, September 21, 2007

Fathi dan Awek Felda



artikel dari : khalidjaafar.blogspot.com

Semalam saya ke Felda Gunung Besout. Pernah dengar tempat tu? 40 minit utara Bukit Beruntung.


Masuk Exit Slim River. Mustaqim, penterjemah Fasl al-Maqal, jemput aku dirumah jam 12 tengahari.
Eekmal, Anam, Firdaus naik kereta lain. Amar di Padang Besar.

Tetapi Amar sendiri mengatakan dia di Syracuse! Syracues? Baca riwayat hidup Plato baru boleh faham isyarat Amar.


Dia terjun lubuk politik dan terpilih sebagai naib ketua Angkatan Muda Keadilan bahagian Padang Besar.


Dan bahagiannya mencalonkan Ketua Bahagian Parit Sulong a.k.a Hasmi Hashim sebagai Ketua AMK.


Nah Hasmi juga ke Felda Gunung Besout. Buat apa kami semua mendaki Gunung Besout yang kewujudannya pertama kali kami ketahui? Apa nak buat, kena daki jugak. Fathi sudah jatuh hati dengan awek gunung.


Saya selaku ketua rombongan membuka majlis dengan pantun "dendam semalam", pantun rasmi di majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan bujang-bujang (termasuk yang terlajak) Jalan Telawi:


Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam semalam belumlah sembuh


Sudah berapa lama Fathi bermain dendam dengan awek ini saya kurang pereksa.
Tetapi yang pasti awek felda pun sudah mahal. $6,000. Saya tawar minta kurang. Tak boleh kurang. Isteri saya dari kota kosmopolitan Singapura. Bapanya letak $1,500. Duit Malaysia, bukan Singapura. Tetapi boleh tawar sampai RM1,000.


" Orang Felda juga sudah ada cita rasa selebriti . "


Tarikh keramat pernikahan mereka: 7.7.07.


refer : http://khalidjaafar.blogspot.com/2007_04_01_archive.html


# dalam membelek blog khalid jaafar ..ternampak saudara fathi aris yang pernah saya kenali dan berbual . saya kenali beliau semasa menjual majalah dan buku AHMAD LUFTI OTHMAN di medan idaman ..beliau seorang pengarang majalah " DETIK " yang berdedikasi serta critical thinking ( kalau tak kena cara kita berfikir ..boleh pening tahap giler baban ) dan beliau seorang yang minat matematik . kerjasama saya ngan beliau paling tak dapat dilupai ialah menguruskan pertemuan beliau ngan DATO SYED AHMAD JAMAL ( PELUKIS TERBAIK NEGARA MALAYSIA ) dalam urusan wawancara beliau...last2 dapat hadiah jadi pembekal buku dengan LUFTI dan boleh bayar 30 hari ( hehehehe ) serta dapat gi umah ibubapanya di pasir panjang , kuala terengganu ( belakang umah dia ada kubur tu...penuh syahdu dan nyaman ) dia ajak jadi wartawan majalah dia ngan lufti ..( saya kurang minat ) saya suka berniaga...



# cuma sepanjang saya kenal beliau di medan idaman , gombak ..beliau begitu berdedikasi dan rajin bekerja..walaupun dengan bantuan bala tentera yang terhad ..beliau mampu melahirkan majalah yang hebat...satu masa dulu ( itulah saat hujan emas ..) masa itulah saya mengenali perniagaan buku , majalah , surat khabar dan cenderamata..( saat yang indah ..saya sungguh bangga untuk melakukannya sekali lagi )


maaf jika terlambat nak ucap " SELAMAT PENGANTIN BARU "


-daripada : X - geng jalan pahang & medan idaman .

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih, Irsyad.

Bila boleh minum teh tarik?

Fathi Aris Omar
http://patahbalek.blogspot.com/
http://www.mstar.com.my/