Ahad, September 23, 2007

KOPERASI ANAK GAYONG MELAYU MILLENIUM BERHAD ( KAGOM )





" PERAK DIPAKAI ,
SUASA DIBELA ,
GERAK DAH SAMPAI ,
MASA DAH TIBA "


" BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG ,
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT "


" KALAU RIBUT RUNDUKLAH PADI ,
PADI CUPAK DATUK TEMENGGUNG ,
KALAU HIDUP TIDAK BERBUDI ,
SEPERTI TEGAK BERDIRI CONDONG "
" PISAU RAUT SI BONGKOK HULU ,
BENTANG TILAM TENGAH HALAMAN ,
PASIR DAN LAUT MENJADI GURU ,
ALAM TERBENTANG MENJADI PEDOMAN "
ALHAMDULLILLAH , dengan izin ALLAH TAALA tercetus idea penubuhan KOGAM oleh GURU UTAMA ( CIKGU TAHIR SAIDON ) dan mendapat sokongan dari PENASIHAT UTAMA ( CIKGU SANI MORNI ) serta mendapat sokongan ahli lama dan baru persatuan seni silat gayong malaysia cawangan MBS SENTUL , KUALA LUMPUR .
tertubuhnya koperasi yang diteraju oleh anak bangsa yang berwawasan , berdisplin dan yakin rezeki ALLAH TAALA yang maha luas , koperasi kecil ini yang meletakan sikap persahabatan dan setiakawan yang tinggi akan mengorak langkah nya ......insyaallah akan mencipta namanya..semoga usaha murni kami diberkati oleh ALLAH TAALA dan mendapat sokongan rakan perniagaan , hartawan , dermawan , jutawan ,sahabat-sahabat , ahli keluarga dan isteri-isteri dan kerajaan .
usaha murni melahirkan manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara akan dicapai...insyaallah
# tercapailah cita-cita guru kami ALLAHYARHAM CIKGU ROSLAN HAMID melihat anak murid dan guru-guru GAYONG bersatu memajukan ekonomi dan menguatkan siratul- rahim sesama kami .semoga ALLAH TAALA mengampunkan beliau dan meletakan rohnya dikalangan para solehin..amin
markas utama : LOT 114 , KG CHUBADAK SENTUL 51000 KUALA LUMPUR .
" BERJUANG SEHINGGA MENCAPAI KEJAYAAN ATAU MATI MULIA "

Tiada ulasan: