Sabtu, Ogos 09, 2008

BULAN....



BULAN

bersendiriku
ku duduk ku dongak ke langit
cahaya bulan menerangi

limpahan cahaya nya
sentuhan cahaya nya
membalut tubuh ku
rasa satu keinginan
disatukan....
aku dan dia....

harapan tinggi padanya
mengharap terbukanya
pintu kasih perlahan-lahan

bersama
ku luahkan perasaan ini
padanya diantara sedar...

atas keredhaan maha esa
insan sesama insan
pada laluan fitrah di tuntut

harap dia menyedari
centusan ini hendaknya
tidaklah sia-sia
ku mendongak...

RAJA AZHAR IDRIS
GHAFAR OSMAN

kuala lumpur , mei 2008


- dalam " menunggu bulan jatuh ke riba " dia bersedia untuk bersolat dengan tapak tangan terbuka berdoa . ketidak-kenaan antara pribahasa dan imej amat ketara . kita tidak meminta bulan mengkabulkan doa. dan kita tidak duduk dihujung tikar sembahyang untuk menjujung doa. pandang punya pandang , renung punya renung rupanya Raja Azhar bukan bersembahyang . tikar sembahyang pula bukan tikar sembahyang tetapi cahaya bulan jatuh ke tingkap . dalam siri ini Raja Azhar menempa cecair besi derita itu menjadi rupa seni yang hebat.

oleh : PROFESOR DR ZAKARIA ALI . UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Tiada ulasan: