Khamis, Disember 25, 2008

BERANI MENENTANG KEMUNGKARAN dan PEMECAH-BELAH...



Nik Aziz pertahan wartawan Iraq baling kasut ke arah Bush

KOTA BHARU, 23 Dis : - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar.

"Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.

"Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam. ?

Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu.

Ekoran insiden itu wartawan terbabit ditahan pihak berkuasa Iraq. Bagaimanapun tindakan beraninya mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh dunia.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan membaling kasut ke arah Presiden Amerika merupakan tanda penentangan terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang dilakukannya terhadap masyarakat dunia.

"Langkah yang diambil wartawan terbabit adalah jelas mewakili masyarakat Iraq yang telah ditindas penjajahan Amerika Syarikat dan ia merupakan satu tindakan bijak," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat.

"JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.

"Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mohamad dilaporkan berkata, JKKP akan ditubuh bagi merancang projek kerajaan persekutuan di setiap mukim.

http://www.harakahdaily.net
Diposkan oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 07:41:00

refer : http://idhamlim.blogspot.com/2008/12/nik-aziz-pertahan-wartawan-iraq-baling.html
.................................................................................



* anda perlu tengok video ini dan berubah dengan segera menjadi " orang asing & strangers & ghuraba' "

- anda ada branneeeeeeeeeee menentang kemungkaran , kemaksiatan dan kezaliman..?..fikir-fikirkan ..pihak yang lebih kuat , jahat , zalim tetapi bijak merancang akan menewaskan orang yang baik tetapi malas tahap gaban untuk berfikir , menyusun strategi dan berusaha bersungguh-sungguh ( itqan ) untuk berjaya atau tidak mempunyai jiwa..ingin MATI MULIA dalam diri mereka ...( penakut : takut putus rezeki , takut tak makan , takut mak/pak metua marah atau cakap gila , takut anak-anak susah , takut dicerca musuh masyarakat dan lain-lain lagi yang buruk sahaja . orang penakut melampau ini telah dididik dan dimanjakan jiwa serta fizikal mereka sehinggakan bertuhankan kepada manusia dan tidak rasa gementar apabila nama ALLAH dan peraturan-peraturannya diperlekeh dan ditanam keraguan tentang kejayaan pelaksanaannya......akhirnya apabila berlaku GEMPA BUMI , TSUNAMI , BANJIR , PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ( bosnia , kosovo ).....dan kena semua ini pada diri sendiri ...barulah tahu..adakah manusia mampu mengawal manusia..seumpama binatang mengawal binatang....adakah kita ini binatang kawan-kawan.?...fikirkanlah.