Khamis, Disember 18, 2008

Jangan sombong dengan gelaran Profesional atau Pakar



Jangan sombong dengan gelaran Profesional atau Pakar
Dilulus terbit pada Thursday, December 18 @ 10:12:51 MYT oleh TokPenghulu

Oleh hermansamsudeen

Tersenyum seketika bila baca laporan akhbar Utusan tentang seorang Pakar Cegah Penculikan AS yang diculik di Mexico. Felix Batista, 55 yang merupakan seorang pakar konsultan bagi mencegah penculikkan akhirnya jatuh ke tangan penculik yang ternyata lebih hebat darinya.
Bagaimanakah beliau akan membebaskan dirinya? hanya Allah yang tahu.

Pengajaran dari kisah ini;

Jangan sombong dengan gelaran Profesional dan Pakar (termasuklah spt IR., Dr., AR. pakar silap mata, pakar urut dan yang seerti dengannya) kerana ada orang lain yang lebih bijak dan hebat dari anda.

Walaupun anda seorang yang pakar, namun tetap ada kelemahan yang mana Allah jualah Tuhan yang tiada kelemahan.
Hebat mana sekalipun ilmu kita, pasti ada orang lain yang boleh mencabarnya kerana ilmu yang kita ada ini terlalu sedikit berbanding ilmu Allah.
Bersyukurlah kerana Allah telah beri ilmu kepada anda, kerana tidak semua orang berpeluang mendapatnya.
Gunakanlah ilmu itu untuk berbakti kepada manusia kerana Allah dan bukannya kerana wang, pangkat atau kemahsyuran.
Kepada insan lain yang tiada gelaran Profesional, jangan bimbang. Sesungguhnya anda juga seorang yang pakar. Pastinya anda juga mempunyai kelebihan yang unik atau kemampuan yang boleh dibanggakan.

Mungkin anda bukan seorang pakar perubatan, tetapi dengan senyuman yang ikhlas insyaAllah, anda adalah orang yang pakar dalam membahagiakan hidup anda dan menyembuhkan penyakit dengki orang lain melalui senyuman itu.

Mungkin Anda juga bukan seorang jurutera yang mampu bina bangunan tertinggi dunia, tapi yang pasti, anda adalah jurutera yang mampu membina diri dan roh anda untuk kebaikkan dunia akhirat. Anda juga mungkin jurutera rumahtangga yang mampu bahagiakan isteri dan anak untuk lebih mencintai Allah.

Anda mungkin tidak berpeluang menjadi peguam dalam hidup ini, tapi janganlah risau. Berkat amal baik anda didunia, InsyaAllah anda akan menjadi peguam yang hebat bila berhadapan dengan Allah kelak. Pastinya segala amalan baik itu akan menjadi bukti penguat hujah anda.

Sesungguhnya menjadi pakar itu banyak cara, terpulang pada kita untuk menjadi pakar yang bagaimana.

—————–>

Pakar cegah penculikan AS diculik di Mexico

MEXICO CITY 16 Dis, Utusan Malaysia. - Seorang pakar pencegah penculikan dari Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah diculik dan dijadikan tebusan oleh sekumpulan lelaki bersenjata di utara Mexico, minggu lepas.

Insiden itu membayangkan bahawa kumpulan penculik di negara ini sudah menjadi begitu berani dan semakin bermaharajalela.

Konsultan keselamatan AS, Felix Batista, berada di Saltillo, negeri Coahuila untuk menawarkan nasihat mengenai langkah menghadapi ancaman culik apabila beliau sendiri diculik, kata pihak berkuasa tempatan.

Batista, 55, konsultan firma keselamatan ASI Global LLC di Houston, Texas sebelum ini mendakwa telah membantu menyelesaikan hampir 100 kes penculikan dan tuntutan wang tebusan.

Sekumpulan penculik yang tidak dikenali telah menahannya pada 10 Disember lalu, kata Presiden ASI Global LLC, Charlie LeBlanc semalam.

“Kami sudah memaklumkan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) serta pihak berkuasa Mexico, dan mereka sedang menyiasat kes ini,” kata LeBlanc.

Presiden itu menjelaskan, Batista mempunyai syarikat keselamatannya sendiri dan “beliau berada di Mexico untuk urusan perniagaan yang tidak ada kaitan dengan firma kami.”

Batista disebut sebagai seorang pakar antipenculikan pada persidangan dan dalam laporan media tetapi beliau kini berada dalam tangan penculik.

refer : http://syukran.wordpress.com/

# bila baca cerita diatas , saya terkenang kisah lama yang agak sama seperti diatas apabila kita yang kurang ilmu dan skill dipermainkan dan diperkecil-kecilkan..serta dilihat tidak layak untuk joint group mereka yang ada kepakaran , pengalaman dan sekolah tinggi ada degree , master dan phd ( kononnya ).

ALHAMDULLILLAH ..pengajaran besar yang saya belajar dari kejadian yang menimpa dan pesanan ibubapa , ustaz , guru2 , sahabat dan rakan-rakan perniagaan adalah kita wajib & rajin menuntut ilmu , bertanya & belajar teknikal skill , beramal jariah , bersahabat seramai orang , berlaku amanah ( berkata benar walaupun pahit ) , ringan tulang ( perihatin ) , berdisplin , berani mencuba kearah positif , berfikiran optimistik dan yakin rezeki , jodoh , pertemuan dan mati ditangan ALLAH TAALA .., cuma bila habis ingatan tersebut ...senyuman muncul.dibibir..( hehehe ) seperti kata orang tua-tua ( old-timer )
" what goes around , come around..."


# semoga mereka yang pernah berasa diri tersebut hebat .....berubahlah kearah kebaikan untuk melahirkan generasi yang berjaya dunia akhirat . INSYAALLAH..saya doakan kepada ALLAH TAALA , semuanya berjaya dunia akhrat .amin

Benarlah firman Allah swt:

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

(an Nasr: 1-3)