Jumaat, Januari 30, 2009

umat Islam perlu bersatu dan gunakan kuasa penggunaan kita untuk mengembalikan hak dan maruah kita bersama..




Saya telah ke Jusco AU 2 pada hari Ahad 25hb Januari untuk berjumpa rakan di sana. Ketika itu, jam lebih kurang pukul 2, saya melalui Starbucks dan mendapati kedai itu kosong. Hanya kakitanganya sahaja di dalam kedai tersebut sedangkan kedai-kedai bersebelahan dilanggani ramai pelanggan.

Apa yang nak saya kongsikan di sini adalah ini merupakan satu petanda yang agak baik juga kepada kempen yang dijalankan. Jika kempen ini dapat diteruskan maka saya yakin isyarat yang jelas dapat dihantar kepada mereka atau syarikat yang tidak beretika dan yang membantu keganasan dan pembunuhan boleh disedarkan agar tidak melakukan kejahatan atau membantu melakukan kejahatan. Yang penting umat Islam bersatu dan gunakan kuasa penggunaan kita untuk mengembalikan hak dan maruah kita bersama….

refer : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.668.2

sihatcergasceria..& the endavour to achieve more's..

* semasa gi masjid kuala lumpur solat jumaat dan bertemu sahabat perniagaan terlihat banner yang menarik dan sesuai kita ulang cetak dan tampal dimana-mana , sekurang-kurangnya dapat membantu industri perniagaan tempatan dan utamakan keluaran negara kita tanpa bergantung bahan import..insyaallah kita boleh berjaya...