Jumaat, April 03, 2009
program " membeli sambil menderma " di MASJID SUBANG AIRPORT ..
modus operandi program ini adalah pihak kumpulan syarikat keramat-madu3 menyumbangkan stok air mineral dan barang-barang yang boleh dijual dimana selepas jualan segala keuntungan akan diinfaqkan ke sekolah pondok AL-FATEH , PERLIS & MADRASHAH AD'DINIYAH AL'FALAHIAH , PASIR PUTIH KELANTAN....insyaallah ini adalah sebahagian program SETIA-KASIH kumpulan KERAMAT-MADU3 bersama rakyat malaysia .
# TERIMAKASIH , kumpulan KERAMAT-MADU3 UCAPKAN KEPADA PARA SAHABAT , PEMBUNUH UPAHAN , RAKAN NIAGA dan rakan blog yang menderma untuk menjayakan program kebajikan ini .semoga ALLAH TAALA memurahkan rezeki-rezeki anda semua dan keluarga masing-masing.
------------------------------------------------------------------------------------
BACALAH.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada sidang pembaca yang budiman . moga tulisan ini boleh mengundang manfaat yang besar untuk kita didunia dan akhirat.
semua mengetahui dan menyedari hidup kita ini cuma sementara , namun selepas ini kita akan MATI . Cumanya sering kita lupa tentang KEMATIAN itu . Namun yang pastinya " setiap yang hidup pasti merasai MATI "
Dalam riwayat yang dimuatkan dalam kitab himpunan kisah-kisah malaikat ada menceritakan bahawa " ketika mayat sudah diletakan ditepi kubur , maka ia akan diseru dengan 3 panggilan .
1. Wahai Anak Adam , Apakah persiapan engkau di dunia untuk rumah yang sempit ini ?
2. Wahai Anak Adam , Apakah kekayaan yang engkau persiapkan untuk kefaqiran ( kemiskinan ) ini ?
3. Wahai Anak Adam , Cahaya apakah yang engkau persiapkan untuk menghadapi tempat yang gelap ini ?
Dengan merenung kepada situasi di saat ini , semestinya kita insaf dengan sungguh-sungguh keinsafan . marilah sama-sama kita menyuburkan rasa amat terpanggil untuk membuat dan mengumpul bekalan serta persiapan untuk hari yang PASTI datang itu.
...................................................................................
PERINGATAN DARI ALLAH S.W.T DAN RASUL S.A.W
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud " katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya , maka sesungguhnya kematian akan menemui kamu , kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH S.W.T yang mengetahui yang ghaib dan nyata . dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." ( al-jumu'ah:8 )
Hadis Nabi yang bermaksud : perbanyakanlah mengingat-ingat sesuatu yang akan melenyapkan segala macam kelazatan ( kematian ) . ( hadis riwayat tirmizi )
Moga ayat dan hadis ini menyedarkan kita , sekaligus memberangsang kita untuk berusaha mengumpul bekalan akhirat sebanyak-banyaknya disamping memperbanyakan berzikir kepada ALLAH S.W.T kerana :
" Zikir bagi hati ibarat air bagi ikan , bagaimana jika ikan terpisah dari air..??? " ( ibnu tamiyyah )
Moga tazkirah ringkas ini benar-benar memberi kesan dan pengaruh dalam diri saya sendiri begitu juga kepada sidang pembaca yang budiman sekalian . sama-samalah kita mendoakan kepada ALLAH S.W.T agar kita semua dianugerahkan kebahagian didunia dan juga akhirat .
dari USTAZ HJ. SUBRI BIN HJ.MD ARSHAD
441 , padang menora
13310 tasek gelugor
S.P.U PULAU PINANG
* sumbangan untuk kerja-kerja da'wah bolehlah disalurkan melalui akaun MA'HAD AD-DA'WAH AL-ISLAMIYYAH ( BANK ISLAM NO : 07-016-02-034277-3 )
# saya mengulang-taip semula dari kertas yang saya dapat selepas solat jumaat kat masjid subang airport , jika salah mohon maaf dan jika ingin menderma sila pastikan no akaun bank itu adalah MA'HAD AD-DA'WAH AL-ISLAMIYAH...sekian wasalam
sihatcergasceria..& the endavour to achieve more's..