Sabtu, April 11, 2009

SEJAUH MANA KITA MEMANFAATKAN MASA..



Allah swt menyebut dalam surah Al-Ash ayat 1-5 yang bermaksud : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Menurut Prof Dr Hamka dalam tafsirnya , para ulama berselisih pandanagn tentang rahsia penggunaan perkataan waktu Asar yang digunakan Allah pada awal surah ini .Muhammad Mutawalli Sya'rawiy berpendapat orang-orang Arab kuno akan mengambil kesempatan berkumpul selepas waktu Asar untuk bersembang-sembang tentang kerja seharian yang telah mereka jalani sepanjang hari itu. Ini disebabkan waktu Asar merupakan waktu yang agak ceria dan teduh berbanding degan sebelumnya .

Namun bagi Hamka Allah swt mengkehendaki di sebalik pemilihan waktu ini adalah untuk menunjukkan kepentingan waktu supaya digunakan sebaik-baiknya oleh manusia . Masyarakat barat yang begitu maju dalam konteks kehidupan amat memahami kepentingan masa . Mereka telahpun merumuskan masa sebagai emas bagi meanmpakkan nilainya . Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna telah berjaya memperbaiki perspektif manusia dalam kurun ke 20 dengan menampilkan idea bahawa masa merupakan kehidupan . Walaupun emas merupakan suatu bahan galian yang cukup mahal tetapi ia tidak akan dapat menandingi nilai usia yang dikurniakan Allah .
Bagi memperjelaskan lagi kedudukan masa yang merupakan sebahagian dari usia yang dianugerahkan , Allah swt berfirman dalam ayat ke 99 -100 surah al-Mukminun , maksdunya :
..Apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) , "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Persoalan yang elok ditimbulkan dalam konteks ini ialah pengurusan masa secara bjaksana yang disebut sebagai quality hours oleh masayarakat barat . Apabila menyebut perkara ini dua perkara utama yang berkaitan ialah peruntukan masa dan pengisiannya . Setiap pasangan selalunya mendakwa sudah memberikan kasih sayang pada anak-anak menerusi peruntukan masa bersama mereka dalam sesuatu tempoh masa . Demikian pula di kalangan para suami , ramai yang mengatakan sudah memperuntukkan sebahagian masa untuk anak dan isteri . Hal yang sama mungkin berlaku pada isteri yang berkarier .
Para pelajar pula mungkin mendakwa bahawa jadual yang mereka lalui saban hari sudahpun menunjukkan mereka berjaya mengisi masa dengan saksama . Adakah setiap individu di atas sudah memenuhi tuntutan pengisian masa secara tepat dan efektif . Menjawab soalan ini yang berhubung rapat dengan kehidupan kita dan kita meyakini bahawa antara perkara yang akan disoal di akhirat ialah pengisian masa , perlulah kita merujuk kepada model masyarakat iaitu Nabi saw . Seerah menunjukkan bahawa nabi saw walaupun sibuk dengan kegiatan harian melibatkan rusan negara dan masyarakat , tetapi ternyata baginda masih ada masa untuk isteri , anak dan cucu baginda . Baginda sentiasa melakukan aktiviti kekeluargaan secara kemas dan teratur . Baginda ada masa untuk para sahabat dan kaum keluarga. Demikian juga dengan para sahabat r.hum yang ternyata berperanan besar dalam pembentukan negara yang kuat di arena antara bangsa . Masyarakat yang kuat tentunya dibina di atas unit-unit keluarga yang kukuh .
Untuk memenuhi kriteria penggunaan masa secara tersusun itu , sebenarnya Allah swt telah memberikan panduan menerusi ayat-ayat dari surah Al-Asr di atas . Syarat yang pertama mestilah iman , diikuti dengan amal dan berpesan dengan kebenaran dan kesabaran . Maksudnya ialah tuntutan mengisi masa secara berkualiti itu bukan terbatas dari sudut peruntukan sahaja , tetapi yang lebih penting dari itu ialah bagaimana mengisinya .
Perkara ini harus difahami sebaik mungkin kerana ramai yang telah memperuntukkan masa untuk melakukan sesuatu aktiviti , tetapi tidak ramai yang berjaya menemui hasil yang baik dari apa yang diperuntukkan itu .

Berdasarkan ayat ini Allah swt telah menjelaskan kerugian yang dialami semua manusia . Cuma segelintir sahaja yang terselamat dari kerugian iaitulah bagi yang menepati empat syarat yang disenaraikan dalam ayat ke 3-5 , iaitu beriman , beramal saleh , berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran . Menurut al-Imam al-Sawiyy , menerusi syarat-syarat yang disenaraikan di atas , kita dapat melihat hubungan dengan manusia juga penting , sabagaimana hubungan dengan Allah swt . Ini kerana beriman dan beramal soleh adalah perkara-perkara yang melibatkan hubungan seseorang dengan Allah seperti solat , puasa , zakat , haji , istighfar , sabar menghadapi ujian , bertaubat dari dosa dan sebagainya . Berpesan dengan kebenaran dan kesabaran pula adalah merujuk pada kepada kerja-kerja dakwah dalam bentuknya yang umum . Ia turut disebut sebagai salah satu aspek hablun minannas iaitulah kerja-kerja yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia .

Dalam sebuah hadith yang sahih riwayat Muslim , Nabi saw mewasiatkan kita agar menjadikan nasihat menasihati sebagai amalan . Nasihat yang dimaksudkan ini melibatkan pelbagai peringkat manusia daripada golongan yang paling rendah hinggalah golongan yang paling tinggi termasuk para pemimpin . Jika dikaitkan dengan peringatan dari surah al-Asr pada ayat yang ke 4 dan ke 5 , jelaslah kepada kita kepentingan kita berperanan untuk mengingatkan umat Islam terhadap tanggungjawab masing-masing . Dalam Islam , pendekatan kerja-kerja al-Amr bil Ma’ruf wa al-Nahyi ‘anil Munkar telah ditetapkan dalam kerangka tanggungjawab setiap individu muslim .

Memandangkan kerja memberi nasihat merupakan kerja yang berkait rapat dengan manusia , dan seseorang itu mungkin perlu mengajak manusia melakukan sesuatu atau meninggalkannya , maka ia memerlukan suatu kemahiran . Manusia yang telah terbiasa dengan tabiat-tabiat yang tertentu akan menentang sesuatu arahan yang tidak secocok dengan tuntutan perasaannya .
Justeru adalah sangat penting bagi golongan beriman dan beramal yang ingin menjalankan kerja-kerja dakwah ini agar menguasai keahiran-kemahiran tertentu yang dapat membantunya dalam komunikasi untuk tujuan ini . Kegagalan memahami tabiat manusia bukan sahaja menyebabkan kegagalan sampainya mesej dakwah malah boleh membahayakan keselamatan diri sendiri . Ini terbukti menerusi kisah seorang yang telah melakukan jenayah pembunuhan 99 nyawa akhirnya membunuh orang yang dirujuknya . Kesalahan orang yang dibunuh menggenapkan 100 itu hanyalah kerana dia mengatakan tiada cara Allah akan mengampunkanmu .

Menurut Syikh Dr ‘Ali Ab Halim Mahmud dalam kitabnya , Fiqh al-Dakwah al-Fardiyyah , seseorang pendakwah haruslah memiliki ciri-ciri berikut iaiatu :
1. Ikhlas kerana Allah
2. Mempertingkatkan ilmu
3. Kena ada jalinan hubungan dengan Allah
4. Kena sealu mebaca kisah-kisah perjuangan orang-orang Islam yang terdahulu di kalangan para Nabi , sahabat, pejang-pejuan Islam dan lain lain
5. Kena selalu berdoa kpd Allah supaya bukakan hati manusia yang terlibat
6. Kena mempraktikkan Islam dalam hidup seblum mengajak orang kepadanya
7. Bergabung dalam jemaah orang-orang Islam
8. Mengembangkan budaya ilmu dalam diri .
9. Mesti ada mentor yang dinamakan beliau sebagai qudwah mithaliyyah yang dapat kita mengambilnya sebagai .

Diperingkat pengajian seseorang penuntut dalam bidang dakwah akan turut didedahkan dengan pendekatan para nabi dan rasul yang pernah berkecimpung dalam medan ini . Bidang komunikasi dan psikologi kemanusiaan juga hendaklah diberikan penekanan untuk mempermudahkan kerja-kerja yang pernah menyebabkan Nabi Muhammad diancam dengan pembunuhan dan pnafian hak .


sumber : http://zahazanmohamed.blogspot.com/2009/04/sejauh-mana-kita-memanfaatkan-masa.html

sihatcergasceria..& the endavour to achieve more's..