Jumaat, Mei 29, 2009

rickie kerja-kerja CONFRENCING SYSTEM & PERALATAN AUDIO VISUAL di PUTRAJAYA







- semasa di lokasi pertempuran terjumpa pulak seorang ahli madu3 , saudara SAFERI
( naib presiden , kumpulan kompakar )...sangat ceria dan berseri-seri dilokasi pertempuran sehingga ada pula yang berminat pada seorang tuan puteri manis orangnya..hehehehe ( bahaya bawak orang lom kahwin , banyak dugaan..betul )

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Khamis, Mei 28, 2009

Barcelona beat Man United 2-0 in Champions League final




* pernah masa zaman piala dunia , saya gi umah kawan saya tengok bola ramai-ramai ( jiwa tengah remajamuda ) seronok giler , siap ada air bergas , kacang , cekedes , kuaci serta segala maknenek makanan...dah hampir kul 5 pagi...tiba-tiba wan ( nenek dalam bahasa rembau )...korang sumo' kalau tengok bola macam tak sodar diri.., jangan tak solat subuh pulak nak harap solat tahajud jauh sekali , nanti kau mati masuk kubur kena sepak macam bola tu.......( terasa lagi kata-kata hikmah seorang pompuan tua ( wan rombau ) sampai ke hari ni...)..adusssssss menusuk hati..betul

* moral of the story : diminta kawan-kawan & pembunuh upahan , semua ahli madu3 tunaikan tanggungjawab dengan ALLAH TAALA dahulu , pastu buatlah apa kita nak buat jangan sampai melanggar undang2 agama , negara , bangsa dan masyarakat .

...............................................................................
kuliah ilmu .



Lukman nasihat jangan tinggal solat, bersabar


PERKARA kelapan yang ditegaskan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah menjaga solat. Lukman menyuruh anaknya supaya menunaikan solat kerana ia difardukan-Nya melalui utusan di bumi (dari kalangan nabi dan rasul).

Solat adalah tiang agama, dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi, jalan mendekatkan diri kepada-Nya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan menyucikan diri.

Perkara ini diterangkan melalui ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Hai anakku! Dirikanlah solat.”

Permasalahan kesembilan, amar makruf, nahi mungkar. Lukman menyuruh anaknya berbuat yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran daripada 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada agama Islam sejak dulu lagi.

Inilah diterangkan melalui ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk.”

Permasalahan ke-10, sabar. Lukman menasihatkan anaknya supaya bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri sama ada musibah itu datang daripada Ilahi menguji diri, harta, suami isteri dan anak.

Dimulakan wasiat dengan arahan solat dan diakhiri dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar adalah asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.

Secara jelas dapat difahami bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat daripada tahap keazaman.

Firman Allah dalam ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh.”

Permasalahan ke-11, tidak sombong, tidak takbur. Lukman menasihati anaknya supaya jangan takbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongan dan ketinggian diri di depan manusia.

Lukman berpesan supaya jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerana ia menunjukkan sifat takbur dan menghina (merendah-rendahkan seseorang).

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18, surah Lukman bermaksud: “Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan.”

Permasalahan ke-12, tidak berlebih-lebihan. Lukman menasihati anaknya supaya tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat.

Perkara ini disebut lagi dalam ayat 18, surah Lukman bermaksud: “Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri.”

Permasalahan ke-13, bersederhana. Lukman menasihati anaknya supaya bersederhana ketika berjalan, tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan atau terlalu lambat konon-kononnya ingin dikatakan zuhud.

Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap gopoh, tidak cermat, tidak prihatin serta tidak peduli kepada suasana sekeliling. Sikap sederhana dan pertengahan lambang seseorang itu tenang, berakal dan sihat.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19, surah Lukman bermaksud: “Dan bersederhana dalam berjalan.”

Akhir sekali, adab bercakap dan bersuara. Lukman menasihati anaknya supaya merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar.

Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan yang diterangkan dalam wasiat ini, bahawa mengangkat suara tanpa keperluan adalah perkara yang dikutuk dan tidak disukai.

Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara keldai kerana ia awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak.

Perkara ini dijelaskan lagi dalam ayat 19, surah Lukman bermaksud: “Dan lembutkan suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar.”

sumber : http://jendelahikmah05.blogspot.com/2006/06/lukman-nasihat-jangan-tinggal-solat.html

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Rabu, Mei 27, 2009

kerja-kerja PERCETAKAN..





sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Muhammad al-Fatih & wajah-wajah mandiri di indonesia ( kalau mati , dengan berani ; kalau hidup dengan berani )





" kalau mati , dengan berani ; kalau hidup dengan berani .kalau keberanian tidak ada-itulah sebabnya setiap bangsa asing bisa jajah kita..."

Pramoedya Ananta Toer .

Do not give me the drink of life in humiliation,
Rather give me the drink of nobility in a glass of bitter colocynth.



" pekerjaan apa pun mulia . bahkan kuli sekalipun. kerana mereka tidak menyakiti orang , bahkan membantu orang . dia lakukan kewajibannya dengan sadar , betapa pun berat pekerjaannya..."



" banyak orang yang jadi dokter atau meester , hanya kerana orangtuanya mampu membiayai , atau dia diongkosi oleh orang lain .itu tidak mengagumkan .hanya orang kuasa mengangkat dirinya sendiri jadi doktor, atau meester , atau insiyur dengan tenaga dan kekuatannya sendiri , itulah yang patut mendapat pujian..."




* apa dah jadi kepada ekonomi negara tercinta kita pada tahun 2009 ini , .GDP bawah -1 persen , indonesia yang sering dituduh rasuah kini ekonominya antara terbaik di asia . GDP 4.6 - 5 persen ( singapura pun kalah )

refer http://www.thejakartapost.com/news/2009/05/23/asian-economic-recovery-may-boost-ri.html

* negara korea utara yang barat tuduh makan rumput ( kira miskin tahap gaban )boleh lancar peluru perpandu nuklear....mana maruah kita yang rakyatnya mampu makan daging kambing tapi.....malu tahap gaban betul lah..fikir-fikirkan




* dengan pembangunan senjata dan teknologi terkini serba kekurangan tetapi dengan jiwa besar dan merdeka , mereka berdikari dan membuktikan kejayaan mereka mencipta sesuatu..( negara jiran , korea selatan hanya membeli senjata tidak mecipta kerana mereka terlalu sibuk cari harta dan berfoya-foya hingga terlalu bergantung ngan negara asing.....adakah kita pun begitu ..tidak ada jiwa mencipta dan hanya membeli dan diperkotak-katikan sahaja mengikut acuan pembekal dan pencipta barang..fikir-fikirkanlah saudar-saudari ku


sumber gambar : http://madu3.blogspot.com/2007/12/operasi-jakarta.html

.................................................................................




" jika takut kepada ALLAH TAALA , kamu tidak akan takut pada manusia.., sedangkan jika kamu takut kepada manusia mereka tidak akan menyelamatkan kamu dari azab ALLAH ...( sufyan tsauri ) "

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Dato' Husam Musa
Wed | May 27, 09 | 2:57:19 pm MYT

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini. Iklan
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - mr_

sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020957&Itemid=85

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

menyantuni HASHIM MAMAN ( tuan punya @ c.e.o ) restoren wong solo di malaysia



menyantuni tuan punya restoren wong solo . saudara hashim maman bekas pemain bola sepak kuala lumpur masa saya sekolah rendah zaman kl ada fandi ahmad .
semangat perang dan keyakinannya terhadap bidang perniagaan sangat tinggi serta yakin janji Allah taala bahawasanya : hidup , mati , jodoh ( kahwin banyak )serta pertemuan adalah ditangannya..cuma persoalannya kawan-kawan setinggi mana keyakinan kita pada janji ALLAH TAALA .." dari duduk bertimpuh , baik rebah merempuh "

- saya pernah gi makan kat restoren wong solo , kg baru ..kat situ ada poster istimewa tajuknya " banyak isteri , banyak redjeki ( rezeki ).." lalu saya tanya nape encik hashim tak pasang di cawangan bangi , selangor..beliau tersenyum panjang je..( banyak kontrovesi ..( hehehehe )...mesti ada bangkangan dari ahli mesyuarat tingkap agaknya...)

menu paling power : air poligami ..., kalau suami agak2 nak ushar dan tambah line ( berbini baru ) rajin2 lah bawak bini minum air tu.., agak2 habis order lagi berkali-2pastu pandailah pasang ayat...
" untung batu ..timbul , untung niaga kahwin lagi satu.." ..hahahaha ( jangan marah )
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

berseri-seri bandar rembau , n9





gambar pemandangan dan bunga ini diambil oleh saudara hakeim @ akim , beliau berasal dari ulu gadong , rembau .peralatan perang untuk ambil gambar ni ialah : camera nikon d50 stadard len 18- 55 dan 70 - 300 telephoto len. sesiapa berminat nak ambil gambar kahwin baru dan tambah bini , hubungilah saya , insyaalah harga leh runding..










modus operandi : memberi taklimat kepada pegawai kesihatan daerah
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...tentang RFI & RFP sistem penahan petir serta telah diberi tugas baru ( hehehe..misi ini dirahsiakan sehingga kerja selesai )..insyaallah kami akan memberi perkhidmatan yang baik

alhamdullillah....







modus operandi bisnes hari ini : membekal perisian anti virus

* pada setiap bala & musibah yang datang , tersembunyi pengajaran dan rezeki
( ilmu ) yang yang berfikir dan berusaha ...

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Ahad, Mei 24, 2009

khas untuk RAKYAT KELANTAN & MALAYSIA ( let the picture , video and music do the talking ) ...maaf tercakap baso' omputih



* gambar istimewa ini , saya ambil dari http://perisikrakyat.blogspot.com ( ada rahmat tersirat dan maksud besar dari gambar ini . ALLAH TAALA mengantikan kesedihan kita dengan melahirkan insan mulia penganti pemimpin yang baik , kuat jiwanya , berani semangatnya , ikhlas perilakunya , bersederhana akhlaknya ,tinggi ilmu dan amalannya , bermandiri usahaniaganya , bersungguh-sungguh perilakunya , bersetiakawan hidupnya , yakinnya tinggi : rezeki , jodoh , maut dan pertemuan adalah milik ALLAH TAALA , semoga kesungguhan anak-anak kecil ini satu cabaran kepada kita yang dewasa dan berumur ini , sentiasalah bersiapsiaga dan berusaha bersungguh-sungguh ( itqan )dalam setiap lapangan kerja dan cabaran.. hanya satu yang menjadi sasaran : menang atau mati mulia .insyaallah...amin ya rab'bal aalammin











khas untuk pilihanraya manek urai , insyaallah rezeki akan melimpah ruah keatas bumi kelantan dan rakyat dun manik urai .

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Sabtu, Mei 23, 2009

menyantuni CIKGU AZLAN GHANIE & USTAZ RAOF ( PONDOK TAMPIN ) di SETAPAK , KL







- datang pejabat cikgu azlan untuk membincangkan operasi " LPK " selepas ziarah kawan lama di setapak indah ...( beliau minat senaman tua .suka bab mana tak pasti..tapi bab kesihatan para kelakian kot sebab dr - dr ( kkm ) di putrajaya e7 pernah jalani latihan insentif sebulan memang berkesan sungguh ..sehingga ada yang renjis-renjis dihiris ..( hahahaha ) , terlalu ramai pekerja-pekerja di malaysia ni sibuk bekerja hingga terlupa nak jaga kesihatan tubuh badan...tapi bila minat belajar senaman tua ni dia punya kesan sampingan tu ..perghhhhhh boleh menimbulkan
( huru hara..sebentar ) perang dingin dikalangan suami isteri ( sebab suami terlebih cergas...)dan bersemangat terlebih , kadang-kadang miang ..sudah terbukti sehingga saya terpaksa menguruskan majlis renjis-renjis itu ..alhamdullillah jika kita ikhlas lillahitaallah belajar dan mengamalkan pendekatan lebih baik berkahwin dari melakukan maksiat ..insyaalah akan dipermudahkan hajat dihati serta diredhai oleh ALLAH TAALA.

* USTAZ RAOF dalah tuan guru di pondok tampin , negeri sembilan juga hadir menjalani latihan senaman tua di pejabat cikgu azlan ghanie . agak terkejut juga saya sebab saya pernah uruskan majlis untuk sahabat saya ustaz rosli di pondok pasir putih dimana ustaz raof datang bersama tuan guru dan pelajar-pelajar ALAMIYAH INSTITUTE OF LONDON datang menziarahi pondok . sila rujuk di laman web ini .

1) http://pondokfalahiah.blogspot.com

2) http://madrashahfalahiah.blogspot.com





saya sungguh gembira dapat jumpa 2 insan ( guru ) yang berjaya dibidang masing-masing iaitu menyampaikan ilmu untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat .

* saya dengar cd motivasi dr fadzilah kamsah , beliau berkata mengikut kajian sifat miang lelaki selalu nya akan mendatangkan energi fikiran dan kreativiti tinggi ..dalam tindak tanduk kehidupan dan pekerjaan..( bab ni mungkin ahli mesyuarat tingkap..membangkang tahap gaban ) jika rasa tidak tepat belilah cd motivasi dr dan hubungi terus kalau kajian ini salah..sesungguhnya jika tak puas hati konsep " bawa hujah jika kamu orang benar " diterima pakai , insyaallah

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

selamat hari guru ( pendakwah ) & takziah serta al-fatihah kepada keluaga PAK SU WEIL ( Y.B Adun Manik Urai, Kuala Krai, Ismail Yaacob )






selamat hari guru

Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda baginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)

- kalau anak sendiri kita muliakan dan dapat pahala yang banyak , apakata kepada anak murid dan anak orang yang kita tidak kenal ...diasuh , dididik dan disayangi maka lebih banyaklah pahala disisi ALLAH TAALA .

# pernah guru besar saya ( cikgu kepada cikgu saya ) namanya TUAN HAJI SANI MORNI berkata pada saya semasa menjalani latihan di keramat, guru besar saya itu beliau seorang pekerja telekom malaysia yang biasa je , tetapi dalam diam , beliau telah mendidik anak- anak muridnya hingga menjadi juara dunia dalam pertandingan silat olahraga...( juara dunia kawan-kawan , bukan juara kampung ) tetapi benarlah kata beliau untuk melahirkan juara dunia amat mudah ( perghh..) tetapi melahirkan insan yang , bertaqwa , berakhlak , takut pada ALLAH TAALA dan ikhlas pada ilmu amat payah , penuh cabaran & pelbagai dugaan..selalulah kita para guru dan pelajar berniat ikhlas dalam mencari ilmu dan mengajar sesuatu ilmu ..sesungguhnya ALLAH MAHA MELIHAT LAGI MAHA MENGTAHUI.....

refer : http://www.pssgmkl.com/pentadbiran & http://www.malaysilat.org/



# seorang lagi gurubesar saya ( guru kepada guru saya ) namanya ALLAHYARHAM CIKGU ROSLAN HAMID , beliau seorang guru silat yang suka berniaga . asal dari johor dan beliau seorang yang kuat menerapkan sifat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan . beliaulah yang mengajar saya ilmu percetakan dan pemasaran . beliau mengajar agak keras dan penuh dedikasi . semangat jitu yang pantang mengalah seperti cogankata " dari duduk bertimpuh , baik rebah merempuh..." berjaya mendidik hati nurani saya ..lebih-lebih lagi setelah kematian beliau , suatu saat semasa lepas solat duduk sendirian terbayang wajah beliau dan teringat kata-kata beliau.." jika nanti bila awak dah berjaya dan murah rezeki..jangan lupa bantu ahli keluarga , kawan-kawan , saudara seislam dan anak bangsa yang susah...". beliau sangat keras dan berdisplin pada orang yang pemalas , penipu dan lemah jiwa ( penakut ) . beliau adalah orang yang mempunyai ilmu melembutkan hati kerana disebabkan kehandalan beliau gelanggang silat gayong berjaya dibuka walaupun dapat sekangkang kera ( tanahnya berbatu dan sempit ) dengan jiwa besar beliau dan pembantu utama CIKGU TAHIR SAIDON berjaya mendidik anak-anak murid sekolah MBS SENTUL sehingga ada bergelar juara remaja kebangsaan dan mewakili negara malaysia pada peringkat dunia . ustaz saya ( cikgu zawawi haji dollah ) kini di rantau panjang amat mengkagumi dan menghormai beliau..semoga ALLAH TAALA mengampunkan ALLAHARHAM CIKGU ROSLAN HAMID dn menempatkan dikangan para solehin . amin

* peringatan kepada anak murid yang suka menghina guru-guru , ingatlah : rezeki , jodoh , pertemuan , maut serta lain-lain adalah milik ALLAH TAALA . walaupun sehebat mana , secerdik , setinggi pangkat ,
seterkenal diseantero dunia ..janganlah sesekali kita bersikap angkuh , lupa daratan dan tidak mahu membantu apabila diperlukan bantuan . ingatlah sesungguhnya ALLAH TAALA mengetahui setiap gerak degupan jantung dan niat dihati anda...fikir-fikirkan...jangan sampai anda menyesal dikemudian hari..

* guru-guru silat yang beriman dan bertaqwa dizaman dahulu ikhlas mengajar orang-orang kampung ilmu mempertahan tanah air dari di ceroboh dan dijajah . mereka juga membantu mengembangkan ajaran agam islam sering mejadi orang kanan kepada alim ulama dan tok-tok guru untuk menyelesaikan sesuatu masalah besar . sikap beramal ikhlas dan jujur pada ilmu seringkali menjadi ikutan para - para ilmuwan dan pencinta kebenaran . ramai tuan-tuan guru yang besar dan kecil seperti dato maharajalela , dato sagor , tuan guru haji abdul rahman limbong , tok janggut , tok ku paloh , tuan guru haji salleh ( johor ) ...menumpahkan kasih dan nyawa untuk masyarakat anak bangsa dan negara . semoga ALLAH TAALA merahmati dan meletakan ditempat bersama para solehin .

* seorang tuan puteri kelahiran minangkabau , hajjah FATIMAH SIDEK , bapa saya mengatakan beliau seorang perempuan berjiwa pendidik serta pendekar ( pandai bersilat ) dan berilmu , rajin berdakwah dan membantu masarakat . beliau juga suka merantau dan pernah menjadi ahli parlimen wanita pertama untuk PARTI ISLAM MALAYSIA di terengganu ( kalau tak silap saya ...bapa saya kata orang pompuan minangkabau dizaman BUYA HAMKA dan sebelumnya telah diajar ilmu agama , rumahtangga , persilatan dan ilmu bermasyarakat supaya mudah merantau...dan menjadi insan berguna diatas mukabumi ALLAH TAALA ....

....................................................................................

takziah serta al-fatihah kepada keluaga PAK SU WEIL ( Y.B Adun Manik Urai, Kuala Krai, Ismail Yaacob )



Ribuan iringi perjalanan akhir Paksu Mail


KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakob, 60, di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi.


Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.


Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.

Anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kematian Paksu Mail biar pun beliau baru dikenali secara dekat hampir dua tahun lalu.

Katanya, biar pun baru kenal namun hubungan dengannya begitu mesra dan mudah diajak berunding.

"Personaliti Paksu Mail memang cukup hebat di kalangan masyarakat kampung. Semua orang yang ditemui kenal beliau. Allahyarham bersikap sederhana biar pun sudah lama menjadi wakil rakyat.

"Pemimpin sepertinya memang sukar untuk dicari ganti. Kita sama-sama doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh," katanya ketika ditemui di sini.


Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, nama Paksu Mail sudah sinonim dengan penduduk Manek Urai kerana semua orang mengenalinya.

Menurutnya Paksu Mail merupakan penggerak utama kepada bahagian keselamatan PAS ketika berlangsung pilihan raya atau sesuatu program besar.

Kata beliau watak yang ada padanya biar pun tegas namun mudah didekati kawan dan lawan. - mj/mks. _

Sumber : http://kedahlanie.blogspot.com/2009/05/ribuan-iringi-perjalanan-akhir-paksu.html

..............................................................................

Namun Tuhan nampaknya tidak mengizinkan untuk saya menemui Pak Su Weil buat terakhir kalinya. Hari ini, Jumaat 22 Mei Pak Su Weil telah dijemput-Nya untuk kembali ke alam asal. Al Fatihah.

Pak Su Weil bukan seorang Exco yang hebat, atau pemimpin Pas terkenal di Kelantan. Tetapi kalau sebut sahaja nama Pak Su Weil tidak orang yang tidak mengenalinya. Ia akan dirujuk kepada Adun Manik Urai yang mempunyai kehebatan dan kebolehannya tersendiri. Pak Su Weil tidak mempunyai kelulusan tinggi sampai ke peringkat universiti, hanya sekolah menengah sahaja, tetapi hati budi dan PR Pak Su Weil mengalahkan Adun-Adun yang lepas dari menara ganding.

Mesra, ramah dan pandai mengambil hati orang. Itulah rahsia Pak Su Weil kenapa berjaya menenangi kerusi Manik Urai sebanyak lima kali berturut-turut bermula pada tahun 1986. Bagi Pak Su Weil kejayaannya dikerusi itu sebagai rekod kerana memenanginya berturut-turut, 1986, 1990, 1995, 1999 dan 2008.

Kehebatan Pak Su Weil di Manik Urai terbukti apabila pada tahun 2004 Pas tidak meletakkannya bertanding di situ menyebabkan kerusi Manik Urai itu berpindah tangan kepada Umno.

kisah selanjutnya di http://msomelayu.blogspot.com/

* saya tak kenal beliau , tapi dari bacaan dan pengamatan saya suka sifat2 yang ada Mesra, ramah dan pandai mengambil hati orang serta bertaqwa , betullah kata alim ulama , nak tahu seseorang itu baik tunggulah hari kematian beliau...

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...