Khamis, Mei 28, 2009

Barcelona beat Man United 2-0 in Champions League final




* pernah masa zaman piala dunia , saya gi umah kawan saya tengok bola ramai-ramai ( jiwa tengah remajamuda ) seronok giler , siap ada air bergas , kacang , cekedes , kuaci serta segala maknenek makanan...dah hampir kul 5 pagi...tiba-tiba wan ( nenek dalam bahasa rembau )...korang sumo' kalau tengok bola macam tak sodar diri.., jangan tak solat subuh pulak nak harap solat tahajud jauh sekali , nanti kau mati masuk kubur kena sepak macam bola tu.......( terasa lagi kata-kata hikmah seorang pompuan tua ( wan rombau ) sampai ke hari ni...)..adusssssss menusuk hati..betul

* moral of the story : diminta kawan-kawan & pembunuh upahan , semua ahli madu3 tunaikan tanggungjawab dengan ALLAH TAALA dahulu , pastu buatlah apa kita nak buat jangan sampai melanggar undang2 agama , negara , bangsa dan masyarakat .

...............................................................................
kuliah ilmu .



Lukman nasihat jangan tinggal solat, bersabar


PERKARA kelapan yang ditegaskan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah menjaga solat. Lukman menyuruh anaknya supaya menunaikan solat kerana ia difardukan-Nya melalui utusan di bumi (dari kalangan nabi dan rasul).

Solat adalah tiang agama, dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi, jalan mendekatkan diri kepada-Nya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan menyucikan diri.

Perkara ini diterangkan melalui ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Hai anakku! Dirikanlah solat.”

Permasalahan kesembilan, amar makruf, nahi mungkar. Lukman menyuruh anaknya berbuat yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran daripada 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada agama Islam sejak dulu lagi.

Inilah diterangkan melalui ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk.”

Permasalahan ke-10, sabar. Lukman menasihatkan anaknya supaya bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri sama ada musibah itu datang daripada Ilahi menguji diri, harta, suami isteri dan anak.

Dimulakan wasiat dengan arahan solat dan diakhiri dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar adalah asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.

Secara jelas dapat difahami bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat daripada tahap keazaman.

Firman Allah dalam ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh.”

Permasalahan ke-11, tidak sombong, tidak takbur. Lukman menasihati anaknya supaya jangan takbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongan dan ketinggian diri di depan manusia.

Lukman berpesan supaya jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerana ia menunjukkan sifat takbur dan menghina (merendah-rendahkan seseorang).

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18, surah Lukman bermaksud: “Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan.”

Permasalahan ke-12, tidak berlebih-lebihan. Lukman menasihati anaknya supaya tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat.

Perkara ini disebut lagi dalam ayat 18, surah Lukman bermaksud: “Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri.”

Permasalahan ke-13, bersederhana. Lukman menasihati anaknya supaya bersederhana ketika berjalan, tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan atau terlalu lambat konon-kononnya ingin dikatakan zuhud.

Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap gopoh, tidak cermat, tidak prihatin serta tidak peduli kepada suasana sekeliling. Sikap sederhana dan pertengahan lambang seseorang itu tenang, berakal dan sihat.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19, surah Lukman bermaksud: “Dan bersederhana dalam berjalan.”

Akhir sekali, adab bercakap dan bersuara. Lukman menasihati anaknya supaya merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar.

Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan yang diterangkan dalam wasiat ini, bahawa mengangkat suara tanpa keperluan adalah perkara yang dikutuk dan tidak disukai.

Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara keldai kerana ia awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak.

Perkara ini dijelaskan lagi dalam ayat 19, surah Lukman bermaksud: “Dan lembutkan suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar.”

sumber : http://jendelahikmah05.blogspot.com/2006/06/lukman-nasihat-jangan-tinggal-solat.html

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...