Sabtu, Mei 23, 2009
selamat hari guru ( pendakwah ) & takziah serta al-fatihah kepada keluaga PAK SU WEIL ( Y.B Adun Manik Urai, Kuala Krai, Ismail Yaacob )
selamat hari guru
Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda baginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)
- kalau anak sendiri kita muliakan dan dapat pahala yang banyak , apakata kepada anak murid dan anak orang yang kita tidak kenal ...diasuh , dididik dan disayangi maka lebih banyaklah pahala disisi ALLAH TAALA .
# pernah guru besar saya ( cikgu kepada cikgu saya ) namanya TUAN HAJI SANI MORNI berkata pada saya semasa menjalani latihan di keramat, guru besar saya itu beliau seorang pekerja telekom malaysia yang biasa je , tetapi dalam diam , beliau telah mendidik anak- anak muridnya hingga menjadi juara dunia dalam pertandingan silat olahraga...( juara dunia kawan-kawan , bukan juara kampung ) tetapi benarlah kata beliau untuk melahirkan juara dunia amat mudah ( perghh..) tetapi melahirkan insan yang , bertaqwa , berakhlak , takut pada ALLAH TAALA dan ikhlas pada ilmu amat payah , penuh cabaran & pelbagai dugaan..selalulah kita para guru dan pelajar berniat ikhlas dalam mencari ilmu dan mengajar sesuatu ilmu ..sesungguhnya ALLAH MAHA MELIHAT LAGI MAHA MENGTAHUI.....
refer : http://www.pssgmkl.com/pentadbiran & http://www.malaysilat.org/
# seorang lagi gurubesar saya ( guru kepada guru saya ) namanya ALLAHYARHAM CIKGU ROSLAN HAMID , beliau seorang guru silat yang suka berniaga . asal dari johor dan beliau seorang yang kuat menerapkan sifat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan . beliaulah yang mengajar saya ilmu percetakan dan pemasaran . beliau mengajar agak keras dan penuh dedikasi . semangat jitu yang pantang mengalah seperti cogankata " dari duduk bertimpuh , baik rebah merempuh..." berjaya mendidik hati nurani saya ..lebih-lebih lagi setelah kematian beliau , suatu saat semasa lepas solat duduk sendirian terbayang wajah beliau dan teringat kata-kata beliau.." jika nanti bila awak dah berjaya dan murah rezeki..jangan lupa bantu ahli keluarga , kawan-kawan , saudara seislam dan anak bangsa yang susah...". beliau sangat keras dan berdisplin pada orang yang pemalas , penipu dan lemah jiwa ( penakut ) . beliau adalah orang yang mempunyai ilmu melembutkan hati kerana disebabkan kehandalan beliau gelanggang silat gayong berjaya dibuka walaupun dapat sekangkang kera ( tanahnya berbatu dan sempit ) dengan jiwa besar beliau dan pembantu utama CIKGU TAHIR SAIDON berjaya mendidik anak-anak murid sekolah MBS SENTUL sehingga ada bergelar juara remaja kebangsaan dan mewakili negara malaysia pada peringkat dunia . ustaz saya ( cikgu zawawi haji dollah ) kini di rantau panjang amat mengkagumi dan menghormai beliau..semoga ALLAH TAALA mengampunkan ALLAHARHAM CIKGU ROSLAN HAMID dn menempatkan dikangan para solehin . amin
* peringatan kepada anak murid yang suka menghina guru-guru , ingatlah : rezeki , jodoh , pertemuan , maut serta lain-lain adalah milik ALLAH TAALA . walaupun sehebat mana , secerdik , setinggi pangkat ,
seterkenal diseantero dunia ..janganlah sesekali kita bersikap angkuh , lupa daratan dan tidak mahu membantu apabila diperlukan bantuan . ingatlah sesungguhnya ALLAH TAALA mengetahui setiap gerak degupan jantung dan niat dihati anda...fikir-fikirkan...jangan sampai anda menyesal dikemudian hari..
* guru-guru silat yang beriman dan bertaqwa dizaman dahulu ikhlas mengajar orang-orang kampung ilmu mempertahan tanah air dari di ceroboh dan dijajah . mereka juga membantu mengembangkan ajaran agam islam sering mejadi orang kanan kepada alim ulama dan tok-tok guru untuk menyelesaikan sesuatu masalah besar . sikap beramal ikhlas dan jujur pada ilmu seringkali menjadi ikutan para - para ilmuwan dan pencinta kebenaran . ramai tuan-tuan guru yang besar dan kecil seperti dato maharajalela , dato sagor , tuan guru haji abdul rahman limbong , tok janggut , tok ku paloh , tuan guru haji salleh ( johor ) ...menumpahkan kasih dan nyawa untuk masyarakat anak bangsa dan negara . semoga ALLAH TAALA merahmati dan meletakan ditempat bersama para solehin .
* seorang tuan puteri kelahiran minangkabau , hajjah FATIMAH SIDEK , bapa saya mengatakan beliau seorang perempuan berjiwa pendidik serta pendekar ( pandai bersilat ) dan berilmu , rajin berdakwah dan membantu masarakat . beliau juga suka merantau dan pernah menjadi ahli parlimen wanita pertama untuk PARTI ISLAM MALAYSIA di terengganu ( kalau tak silap saya ...bapa saya kata orang pompuan minangkabau dizaman BUYA HAMKA dan sebelumnya telah diajar ilmu agama , rumahtangga , persilatan dan ilmu bermasyarakat supaya mudah merantau...dan menjadi insan berguna diatas mukabumi ALLAH TAALA ....
....................................................................................
takziah serta al-fatihah kepada keluaga PAK SU WEIL ( Y.B Adun Manik Urai, Kuala Krai, Ismail Yaacob )
Ribuan iringi perjalanan akhir Paksu Mail
KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakob, 60, di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.
Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.
Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.
Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.
Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.
Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.
Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.
Anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kematian Paksu Mail biar pun beliau baru dikenali secara dekat hampir dua tahun lalu.
Katanya, biar pun baru kenal namun hubungan dengannya begitu mesra dan mudah diajak berunding.
"Personaliti Paksu Mail memang cukup hebat di kalangan masyarakat kampung. Semua orang yang ditemui kenal beliau. Allahyarham bersikap sederhana biar pun sudah lama menjadi wakil rakyat.
"Pemimpin sepertinya memang sukar untuk dicari ganti. Kita sama-sama doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh," katanya ketika ditemui di sini.
Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, nama Paksu Mail sudah sinonim dengan penduduk Manek Urai kerana semua orang mengenalinya.
Menurutnya Paksu Mail merupakan penggerak utama kepada bahagian keselamatan PAS ketika berlangsung pilihan raya atau sesuatu program besar.
Kata beliau watak yang ada padanya biar pun tegas namun mudah didekati kawan dan lawan. - mj/mks. _
Sumber : http://kedahlanie.blogspot.com/2009/05/ribuan-iringi-perjalanan-akhir-paksu.html
..............................................................................
Namun Tuhan nampaknya tidak mengizinkan untuk saya menemui Pak Su Weil buat terakhir kalinya. Hari ini, Jumaat 22 Mei Pak Su Weil telah dijemput-Nya untuk kembali ke alam asal. Al Fatihah.
Pak Su Weil bukan seorang Exco yang hebat, atau pemimpin Pas terkenal di Kelantan. Tetapi kalau sebut sahaja nama Pak Su Weil tidak orang yang tidak mengenalinya. Ia akan dirujuk kepada Adun Manik Urai yang mempunyai kehebatan dan kebolehannya tersendiri. Pak Su Weil tidak mempunyai kelulusan tinggi sampai ke peringkat universiti, hanya sekolah menengah sahaja, tetapi hati budi dan PR Pak Su Weil mengalahkan Adun-Adun yang lepas dari menara ganding.
Mesra, ramah dan pandai mengambil hati orang. Itulah rahsia Pak Su Weil kenapa berjaya menenangi kerusi Manik Urai sebanyak lima kali berturut-turut bermula pada tahun 1986. Bagi Pak Su Weil kejayaannya dikerusi itu sebagai rekod kerana memenanginya berturut-turut, 1986, 1990, 1995, 1999 dan 2008.
Kehebatan Pak Su Weil di Manik Urai terbukti apabila pada tahun 2004 Pas tidak meletakkannya bertanding di situ menyebabkan kerusi Manik Urai itu berpindah tangan kepada Umno.
kisah selanjutnya di http://msomelayu.blogspot.com/
* saya tak kenal beliau , tapi dari bacaan dan pengamatan saya suka sifat2 yang ada Mesra, ramah dan pandai mengambil hati orang serta bertaqwa , betullah kata alim ulama , nak tahu seseorang itu baik tunggulah hari kematian beliau...
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...