Jumaat, Februari 06, 2009
hari penuh kesedihan dan kepiluan...& ." LA ' TAHZAN "
....................................................................................
YAB Dato' Seri Hj. Nizar memulakan kenyataannya dalam Sidang Media petang tadi dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran dari Surah Dhuhaa. Berikut adalah terjemahan surah itu:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Demi waktu Dhuhaa.
(2) Dan malam apabila ia sunyi-sepi.
(3) (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(4) Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
(5) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati).
(6) Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
(7) Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
(8) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
(9) Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
(10) Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
(11) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Penyayang...Amin Ya Rabbal Alamin...
"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" -
Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980
sihatcergasceria..& the endavour to achieve more's..
* INSYAALLAH, jika kita rajin melakukan amalan solat dhuha diwaktu awal pagi sebelum memulakan apa-apa tugas dan tanggungjawab , rajinlah berdoa dan memohon bantuan ALLAH TAALA , insyaallah kita akan mendapat kemurahan rezeki , kekuatan jiwa , ketenangan fikran dan setiap permasalahan dan dugaan akan kita tempuhi dengan tenang dan dipermudahkan penyelesaiannya oleh ALLAH TAALA ..AMIN