Rabu, Mac 25, 2009
peringatan kepada JUTAWAN , HARTAWAN , CENDIAKAWAN , KAWAN-KAWAN & kisah teladan..Bos JAL Naik Bas Ke Pejabat
George Galloway, the noble man
" jika berbuat sesuatu dengan niat yang baik dan bersungguh-sungguh , walaupun seluruh mahkluk dan manusia membenci kita , tetapi jika ALLAH TAALA sayang kita ..maka segala rintangan serta cabaran yang hebat akan dipermudahkan dan kita akan mendapat ketenangan yang sangat tinggi dan rezeki yang melimpah ruah tanpa disangka-sangka..."
" if u take a risk for honourable objective's , insyaallah a star ( jannah ) belong to u..." ..amin..
- dengar , lihat , fikir-fikirkan baik-baik semoga anda mendapat ilmu dan berubah kearah kebaikan dunia dan akhirat .....amin
.....................................................................................
Ketika pengurus-pengurus syarikat Amerika Syarikat(AS) dikecam hebat kerana mengambil bonus lumayan, golongan eksekutif Jepun berjaya mengelak kontroversi dengan memotong gaji mereka atau bekerja secara percuma sewaktu dunia dilanda krisis ekonomi.
Apabila ketua-ketua syarikat pengeluar kenderaan AS diselar baru-baru ini kerana menggunakan jet peribadi ke Washington bagi merayu peruntukan kerajaan, bos syarikat penerbangan terbesar di Asia iaitu Sistem Penerbangan Jepun (JAL) berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki bas seperti pekerja biasa.
Preiden JAL, Haruka Nishimatsu turut memotong gajinya dan beliau juga sanggup berbaris bersama-sama kakitangan lain untuk makan tengah hari di kafetaria syarikat itu.
Langkah berjimat cermat itu turut dilaksanakan presiden sebuah firma pengeluar cip komputer, Yukio Sakamoto yang bekerja tanpa gaji selama dua bulan pada tahun lalu bagi membantu memulihkan prestasi syarikat.
Selain mereka, menurut tinjauan akhbar Nikkei, ketua di lebih 200 firma besar Jepun turut memotong gaji mereka sejak April tahun lalu.
Pengeluar kereta terbesar di dunia Toyota membatalkan pembayaran bonus untuk kakitangan eksekutifnya pada tahun ini.
Seorang pakar ekonomi, Profesor Hideaki Miyajima berkata, perbezaan antara ketua-ketua pegawai eksekutif (CEO) Jepun dan AS itu adalah kerana ketua-ketua syarikat di Jepun bermula dari bawah justeru mereka lebih memahami kesusahan orang bawahan. -
sumber : http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=526
sihatcergasceria..& the endavour to achieve more's..