Di atas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy ( Tokoh Kemerdekaan Negara MALAYSIA )
Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! -
sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2009/03/isyarat-jelas-rakyat-tolak-ppsmi.html
Pesanan Buat Anak ( anti PPSMI )
Anakku,
Jika engkau berjaya di masa depan,
Jangan kau lupa akan pejuang-pejuang,
Yang berpanas dan berhujan,
Dipukul dan disembur,
Memperjuangkan Bahasa Nenek Moyangnya.
Anakku,
Jangan kau ingat kau Melayu,
Kau akan mudah menongkah arus,
Di Tanah Melayu.
Kerana ia sememangnya sukar,
Tidak seenteng yang dirasakan.
Anakku,
Ingatlah untuk sedetik cuma,
Mengucapkan terima kasih,
Dan mendoakan kesejahteraan Roh-Roh Pejuang,
Kerana mereka yang memastikan,
Kau terus berbahasa Melayu,
Dan 152 tidak terus di"keranda"kan,
Oleh orang-orang atasan yang sudah tepu keMelayuannya,
Konon-kononnya.
"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," A. Samad Said.
sumber gambar : http://pinkturtle2.wordpress.com/
http://ajlaaizwan.blogspot.com
sihatcergasceria..& the endavour to achieve more's..
....................................................................................
ciri-ciri jiwa pejuang :
"Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.
"mereka itu anak-anak muda yang berhemah tinggi juga dalam mencari ilmu pengetahuan serta ikhlas dan jernih hati-hati mereka pada menjaga kefardhuan dan masing-masing itu berharap belaka kepada kemajuan kaum dan bangsa dan juga tanahair" - muka surat 33 Buku Penubuhan Madrasah Aliah Islamiah.
sumber : http://ahmadsaid.blogdrive.com/