SEORANG "ISTERI" DENGAN 2 PANGGILAN.(siri 1 )
SETAHUN DULU DIA CALL DAN KUTUK2 SAYA SAMBIL MAKI SUAMI DIA. SEMALAM DIA CALL LAGI,SAMBIL UCAP TERIMAKASIH DAN PUJI-PUJI SUAMI DIA..
Semalam ( 3.Mach.2009) sedang saya berurusan dengan Bank, satu deringan panggilan masuk menerjah handset saya. Oleh kerana sedang berada dalam Bank, zon larangan menggunakan telefon, maka saya hanya balas dengan satu pesanan ringkas memaklumkan saya dalam Bank dan bertanya siapa beliau. Sebentar kemudian satu isyarat pesanan ringkas masuk semula ke telefon saya. Sambil menunggu angka giliran yang masih berpuluh orang, saya mengambil kesempatan membuka inbox handset saya.
Tiba-tiba tertera sebaris message " Sya Pn. S, isteri kepada Hj.K, yang pernah kutuk ustaz dulu.tpi x ini sya nk mnta mff .." Terbaca saja nama Puan S, segera ingatan saya terkenangkan panggilan beliau setahun lalu. Peristiwa itu berlaku beberapa minggu selepas saya dan dua orang teman menemani suami beliau ( Hj.K adalah kawan rapa kepada salah seorang teman saya tadi) ke "Seberang" untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Selangor.
Gadis tersebut diiringi oleh Bapa (wali) dan kakak serta abang iparnya. Oleh kerana datang berserta wali, maka majlis tersebut berjalan dengan lancar. Dua orang teman saya menjadi saksi manakala saya diminta mengakhirkan upacara tersebut dengan doa. Doa agar kedua-duanya berjaya membina Baitul Muslim dan jauh disudut hati saya mendoakan agar teman kami itu diberi kekuatan mengharungi gelombang hidup yang pasti geloranya lebih besar. Lalu saya mohon Allah tabahkan beliau dan diberikan keupayaan berlaku adil terhadap kedua-dua orang isterinya.
Sebenarnya saya bukan nak sangat terlibat dalam soal-soal seumpama itu, kalau bukan kerana sebab-sebab yang wajar pada kehendak syarak. Sebelum itu pun dah berpuluh orang yang cuba minta tolong saya uruskan perkara yang sama. Mungkin kerana mereka diberitahu saya mempunyai ramai saudara mara terdekat yang jadi jurunikah di Kelantan dan di Selatan Thailand. Tapi Hj atau kawan yang saya bantu itu berlainan jalur ceritanya. Setahun sebelum itu beliau pernah datang bertemu saya bersama kawan rapatnya, menyatakan hasratnya dan meminta saya membantu beliau. Waktu itu saya menolak dengan banyak alasan.
Kepada beliau saya minta berusaha memujuk isteri pertamanya. "Hj doa-doa la supaya hatinya lembut" kata saya mengakhiri usaha mengelak daripada terlibat dengan urusan rumahtangganya.
Namun selepas itu, maklumat yang saya terima beliau ( Hj) masih belum mendapat keizinan. Isteri beliau tetap berkeras. Sehingga satu hari beliau datang lagi kepada saya minta saya solah hajat agar hajatnya dimakbulkan Allah, kerana kebelakangan ini isterinya semakin kerap meminta cerai dan beliau semacam dah nak lafaz talak terhadap isterinya. Baiknya beliau tak gopoh dan masih ada masa untuk minta kawan-kawan doakan beliau sabar dan tabah.
Kepada beliau saya nasihatkan agar, apa-apa pun yang berlaku, jangan beliau ceraikan isteri beliau. Saya katakan kepadanya sudah berbelas tahun isteri beliau berbakti dan berkhidmat kepada beliau. Sudah berbelas tahun siisteri itu melindungi beliau dari neraka Allah, lalu saya minta beliau teguhkan kesabaran dengan kesabaran yang baik. Nasihat saya diterimanya dengan baik, walau pun beliau jauh lebih tua dari saya, AlhamduliLlah.Beberapa bulan sebelum upacara perkahwinan itu berlangsung, teman rapat beliau mendatangi saya. "Ustaz..Ustaz kena tolong Hj tu, macam-macam mana pun"..itu kalimah pertama teman beliau apabila menemui saya. Kenapa? tanya saya, antara nak cemas atau tak.
Lalu diceritakan kepada saya bahawa hubungan Hj dengan gadis idamannya itu semakin intim. Selalu keluar bersama, kadang-kadang pernah outstation berdua berhari-hari ke Langkawi. Lanjut teman beliau lagi;"Baru-baru ni jiran tempat gadis tu menyewa bertanya kepada saya,Hj tu dah kawin ke dengan budak tu, sebab dua hari lepas kereta hj park kat rumah budak tu tak keluar-keluar sampai sehari semalam". "Kita kena tolong dia ustaz..sebelum apa-apa berlaku dan terjadi suatu yang lebih memalukan"..tegas teman tersebut. Saya terdiam sejenak.
Adakah cerita ini direka untuk mendesak saya membantu haji tersebut? fikir hati saya. Kemudianya saya beristighfar dengan lintasan curiga tersebut. "Begini lah akhi, ana Istikharah dulu dan ana akan call anta nanti"..jawab saya kepada teman yang agak cemas itu. Sebenarnya saya ingin mengambil sedikit ruang menyelidik apakah cerita teman itu benar-benar berlaku dan disamping itu saya memerlukan petunjuk sebaiknya dari Allah...Setelah seminggu masa berlalu.
Saya pun telah mendapat cerita yang sebenar dan hati saya pun telah tenang untuk membantu beliau, maka saya nyatakan persetujuan saya untuk membantu Haji tersebut melalui teman beliau. Keputusan tersebut saya buat setelah memikirkan akibat yang lebih buruk yang akan menimpa beliau, isteri dan anak-anak beliau jika kejadian yang mengembirakan Syaitan berlaku antara Haji dan Gadis tersebut. Kepada Allah saya mohon keampunan jika tindakan saya itu khilaf...lalu berlangsunglah upacara dengan saya hanya menjadi juru baca khutbah nikah dan doa..

( bersambung....................tungguuuuuuu)
sumber : http://ustazmokhtar.blogspot.com/2009/03/seorang-isteri-dengan-2-panggilansiri-1.html
sihatcergasceria..& the endavour to achieve more's..

* falsafah utama pembunuh upahan @ kontraktor terbaik :
lakukan misi dengan pantas , cekap dan berjaya .
apabila lakukan sesuatu misi , lakuan dengan yakin dan berani ...( cool as ice )
" always do with objective and we don't do random ...." .
tidak ada rasa simpati , gentar dan belas ehsan...
" apabila kita telah memakai peralatan perang..hanya kejayaan perlu dicapai atau mati mulia ...... baru kita pulang.."
- tawakal penuh pada ALLAH TAALA..