Isnin, Mac 09, 2009
KISAH SAMA YANG PERNAH SAYA ALAMI...( hehehe ) bacalah ngan senyuman ..SEORANG "ISTERI" DENGAN 2 PANGGILAN ..
SEORANG "ISTERI" DENGAN 2 PANGGILAN.(siri 2 )
Program "membina Masjid baru" hari itu berjalan dengan baik. Ayah si gadis kelihatan ceria, mungkin kerana telah terungkai sebuah bebanan yang selama ini terbelenggu dilehernya. Si pengantin perempuan juga demikian. Namun wajah "pengantin" lelaki (Hj) seolah-olah berbaur antara gembira dan sedih. Gembira mungkin kerana berjaya melepaskan diri dari kehendak Syaitan dan sedih mungkin kerana memikirkan keluarga dan isteri yang pertama. Itu hanya telahan hati saya. Namun hakikatnya saya tidak tahu. Apa yang saya harapkan hanyalah kebaikan buat semua.
Sampai di Kota Bharu, Haji meminta saya kebilik beliau di Hotel Ansar. Untuk tidak membiarkan tandatanya bergayut lebih lama dihati, saya segera kebilik beliau dengan meninggalkan teman haji yang sebilik dengan saya melayan tidurnya. Bila pintu bilik saya ketuk dan pintu sudah terbuka, saya dapati semua keluarga isteri baru Haji ada di dalam. Selepas bersalam saya pun dipersilakan duduk disebuah kerusi yang kosong dopenjuru bilik. "Begini... ustaz" ..Haji memulakan bicara sambil membetulkan duduknya dibirai katil disebelah bapa mertua barunya. "Sebenarnya saya dan isteri saya ni dah lama kawin, ayah ni lah yang jadi walinya" kata Haji sambil menepuk peha ayah mertuanya. "Tapi oleh kerana akad nikah tu hanya untuk sah pada syarak saja, maka sebab itu sekali lagi kami datang hari ini untuk dapatkan surat nikah resmi dari Thailand dan saya akan tukar kepada surat nikah malaysia"... Lancar sekali Hj bercakap semacam cuba melepaskan suatu bebanan dengan secepat mungkin. "saya tahu,mungkin ustaz ada dengar macam-macam tentang saya dan isteri saya ni sebelum ini. Saya taknak ustaz syak bukan-bukan, sebab itu saya ceritakan kat ustaz hari ni dengan saksi ayah saya ni"..ujar Haji dan sekali lagi menyentuh peha ayah mertuanya. Saya angguk saja. Apa lagi saya nak cakap selain bersyukur kepada Allah kerana menghalang lidah saya dari berkata apa-apa kepada beliau sebelum ini. "Baguslah kalau macam tu"...kata saya dengan perasaan syukur yang tidak terhingga kepada Allah atas perkara sebenar yang berlaku.
Seminggu selepas itu, disatu petang yang agak sibuk, kerana saya terpaksa bergegas ke Masjid Balok selepas melayan kehadiran tetamu dari Johor, tiba-tiba satu deringan dari handset saya. Baru saja saya tekan butang "menerima panggilan", tiba-tiba satu suara garang dari seorang perempuan berdesing menusuk telinga saya. "Ustaz ni, ustaz jenis apa ha!, pemecah rumahtangga orang. Ingatkan Ustaz ni semuanya baik, rupanya ada jugak yang jahat macam perompak, aku benci ustaz macam engkau ni", tempik suara yang saya dah jangka akan dapat saya dengar selepas upacara perkahwinan haji selesai. "Begini..." kata saya..tapi saya terhenti disitu saja apabila sekali lagi suara nyaring disana memaki saya semahu-mahunya. Mula-mula saya bercadang mahu letakkan saja telefon. Tapi bila saya teringat kata seorang ulama'; salah satu sumber ketenangan manusia ialah bila dapat meluahkan perasaannya, walaupun hanya kepada seorang kanak-kanak yang tidak boleh berbuat apa-apa. Justeru itu saya fikir mungkin dengan saya mendengar segala makiannya itu akan membuatkan perempuan tersebut reda dan tenang, maka saya dengar apa saja yang dia nak kata. Rupa-rupanya seronok jugak sesekali kena maki dan kutuk. Tak silap saya hampir sepuluh minit dia memaki saya tanpa henti. Ala pengulas bolasepak layaknya. Akhirnya suara itu reda. Bila saya merasakan perasaanya dah reda, maka saya pun ucap terima kasih dan sayapun tekan butang "mengakhiri panggilan". Panggilan petang itu saya diamkan saja dari pengetahuan sesiapa, termasuk haji yang baru kawin itu.
SEORANG "ISTERI" DENGAN 2 PANGGILAN.( Siri akhir )
Itu cerita setahun yang lalu. Selepas kutukan pedas itu saya tidak terima apa-apa panggilan lagi dari isteri pertama Haji. Dengan Haji pun dah jarang-jarang bertemu. Mungkin beliau sibuk..maklumlah orang yang terpaksa menguruskan dua pentadbiran.
Minggu lepas ( 3 mac 2009 ) sedang saya dalam bank ( Bank Islam) saya menerima satu panggilan. Menyedari saya sedang berada dalam kawasan zon larangan menggunakan Handset, maka saya messagekan kepada pemanggil bahawa saya sedang berurusan dalam Bank dan saya meminta call saya kembali petang nanti. Sebentar kemudian satu pesanan ringkas masuk ke telefon saya; " Sya Pn. S, isteri kepada Hj.K, yang pernah kutuk ustaz dulu.tpi x ini sya nk mnta mff .." . Bila pesanan itu saya terima, segera saya teringatkan peristiwa setahun lepas. Saya hanya tersenyum membaca message tersebut. Terselit jugak di hati saya untuk mengetahui cerita sebenar mengapa isteri Haji kembali berubah hati. Kalau dilihat kepada garangnya dia saat mengutuk saya dulu tidak mungkin hatinya akan lembut dalam tempoh yang begitu singkat.
Petang itu saya tertunggu-tunggu juga lah panggilan isteri pertama Haji, cuma sekadar ingin tahu al-kesahnya yang sebenar. Mana tau kalau-kalau dapat dijadikan pedoman bersama. Kalau perlu dapat dikongsikan bersama dengan tetamu blog saya.
Selesai solah Asar, ketika masih dalam bilik peribadi saya di Masjid Isteri Haji kembali call saya. Menunggu beberapa saat, lalu panggilan tersebut saya angkat. Berikut adalah perbualan saya dengan isteri pertama Haji;
Assalamualaikum Ustaz..
Waalaikumussalam.....
Saya ni, isteri Haji ... ustaz masih ingat kan?
Ye ye.. saya ingat..apa khabar Hj sekarang? lama saya tak jumpa dia.
Baik..Alhamdulillah..kami sekeluarga semua baik. Belah saya pun baik, belah sana pun baik..(Sambil ketawa halus bila menyebut perkataan "belah sana").
Begini sebenarnya ustaz..saya telefon Ustaz ni, nak minta maaf banyak-banyak dengan ustaz atas kesalahan saya yang kata kat ustaz macam-macam dulu...
Takpe..saya tahu masa tu Puan .. tertekan. Jadi saya tak kesah je... lagi pun mungkin ada silap saya juga..( saya cuba buat macam orang bersalah, untuk melihat riaksi Puan .. samaada beliau masih menyalahkan saya atau tidak)
Tak tak tak..ustaz tak salah..saya yang salah sebenarnya. Maklumlah orang jahil ustaz.
Boleh saya tahu apa sebenarnya yang menyebabkan tergerak hati Puan untuk minta maaf dengan saya..itu pun kalau Puan.. tak kesah untuk beri tahu saya.
Boleh ustaz..saya ada dua orang kawan rapat kat pejabat saya. Kami betiga ni macam adik beradik jugak la kiranya. Masa suami saya nak kawin dua dulu, kat mereka berdualah saya luahkan perasaan saya. Mereka berdua jugaklah yang cadangkan saya minta cerai dengan suami saya. Macam-macam mereka cakap dan mempengaruhi saya. Saya ni jahil..orang suruh minta cerai saya mintak la. Selang beberapa lama suami kedua-dua kawan saya tu pulak yang buat hal. Mereka berdua tetap tak izinkan suami mereka kawin lagi. Macam-macam mereka buat. Lari rumah la,jumpa bomoh pun ada, mengadu kat pejabat kadi dan macam-macam lagi. Mereka berdua bekeras memberi kata dua kepada suami masing-masing. Kalau mahu jugak kawin lagi, ceraikan mereka. Mereka tak sanggup hidup bermadu.
Di pendekan cerita Ustaz..suami kawan saya yang pertama tu, bila isteri beliau berkeras minta cerai, lalu diceraikannya kawan saya. Suami yang seorang lagi tu pula mengambil keputusan tidak menceraikan ieteri beliau, tetapi sebaliknya meneruskan hubungannya dengan perempuan yang nak dikahwininya dulu. Hingga dua bulan lepas suami kawan saya tu ditangkap khalwat dengan pasangannya di Genting Highland. Sebuah pejabat dah tau, keluarga kedua-dua belah pehak pun kecoh. Hinggakan anak kawan saya tu tak mau kesekolah, kerana malu diejek oleh kawan-kawan kat sekolah. Kawan saya yang diceraikan dulu tu pulak terkontang konteng sorang-sorang diri.
Bila kedua-dua peristiwa tersebut berlaku depan mata saya. Lalu saya renung diri saya sendiri. Alhamdulillah..saya masih seorang isteri yang dijaga kehormatan saya oleh seorang suami. Saya pun tak rasa malu dengan kawan-kawan dan keluarga serta sanak saudara, kerana suami saya bukan buat maksiat. Akhirnya saya fikir..syukurlah dulu suami saya tak ceraikan saya, atau suami saya tak buat perkara maksiat hingga memalukan saya, anak-anak dan kaum keluarga. Suami saya pulak buat giliran yang adil. Nafkah kami tak ada yang kurangnya. Cuma sesekali rasa sepi tu biasalah Ustaz. Lama-lama okey je.
Terima kasihlah ustaz tunjukkan jalan yang sewajarnya kepada suami saya.... Puan ..mengakhiri ceritanya.
Alhamdulillah lah Puan..itu namanya hikmah syariat Allah. Saya pun masa nak tunaikan permintaan Haji dulu, banyak kali saya solah hajat dan istikharah minta petunjuk Allah.Mana tau apa yang saya rasa baik itu tidak baik pada Allah.
Okey la Puan..Boleh saya tuliskan pengalaman Puan ini dalam blog saya?
Silakan lah Ustaz (sambil ketawa) kalau baik pada pandangan ustaz saya izinkan je..
Ok la Puan terima kasih...sampaikan salam saya pada Haji..
Assalamualaikum...
Itulah selingkar kesah yang dapat saya coretkan disini. Terpulanglah pada sahabat-sahabat semua, dari arah mana pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini. Kepada Puan ... saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana membenarkan kesah beliau dikongsikan disini.
Wallah hu 'Allam bis Sowab.
SUMBER : http://ustazmokhtar.blogspot.com/
* pengalaman saya menguruskan dari A - Z operasi ini banyak menyedarkan saya tentang kebesaran dan ketinggian ilmu ALLAH TAALA . terasa didalam hati kecil ini simpati dan malu pada isteri pertama kerana dituduh pecah-belah dan menghuru-harakan sebuah masjid . tetapi apa bila diri ini yakin dan faham segala risiko yang diambil seperti kata-kata orang tuo kek rombau " IF U TAKE A RISK FOR HONOROUBLE OBJECTIVES , INSYAALLAH A STAR BELONG'S TO YOU " ........
- ALHAMDULLILLAH , setelah 7 bulan perkahwinan kawan saya berlaku kegemparan negara ini , seorang menteri bukan islam yang menjaga kementerian hebat yang sepatutnya menjadi contoh , beliau sudah berkahwin melakukan perbuatan terkutuk dengan perempuan bukan isterinya ....akhirnya mengaku ..dan meletakan jawatan ......maka segala tohmahan dan perseturuan saya dan sahabat-2 isteri kawan saya itu hilang dan terjawab segala maksud yang tersirat disebalik tersurat . ALLAH TAALA memperlihatkan bahawa kita perlu bersabar dan menerima segala qada & qadar dengan bersangka baik terhadap ALLAH TAALA ....
- perempuan yang bersabar perlu yakin terhadap rezeki , jodoh , maut dan pertemuan adalah ketentuan dari ALLAH TAALA . sesiapa yang sabar dan bertaqwa dengan ujian , ganjaran dijanjikan syurga . kita mestilah memahami erti TAAT , KASIH DAN REH'DHA perlulah lebih tinggi terhadap pencipta manusia berbanding manusia itu sendiri ..
* baru-baru ini saya dapat tawaran menguruskan satu lagi operasi khas ini ...( hehehe )...insyaallah bulan 4 ini akan berdirilah sebuah masjid baru..
MORAL CERITA DIATAS :
LEBIH BAIK KAHWIN DARI BUAT MAKSIAT , JANGAN TAKUT APABILA CUKUP SEMUA SYARAT DAN TAKUTLAH ALLAH TAALA SETIAP SAAT . JANGAN MENGANIAYA HATI & KASIH SAYANG DAN KEPERCAYAAN ISTERI-ISTERI KITA , SESUNGGUHNYA BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT . INSYAAALLAH HAJAT DAN CITA-CITA YANG BAIK , AKAN MUDAH DIMAKBULKAN ALLAH TAALA.... AMIN
.....................................................................................
MELEMBUTKAN HATI PEMBESAR ATAU MAJIKAN
Sekiranya kita berhadapan dengan penguasa atau majikan yang suka membuat aniaya atau sewenang-wenangnya dengan pekerja bawahannya maka untuk menghalang mereka daripada terus bersikap sedemikian dan melembutkan hati mereka maka bolehlah diamalkan amalan berikut.:
1) Berdepan dengan mereka dengan tenang
2) Ayat berikut hendaklah dibaca ketika sedang berdepan dengan mereka.
3) Adalah lebih baik ketika berdepan itu berada dalam keadaan bersih dan berwudhuk.
بسم الله الرحمن الرحيم
الله ربّنا وربكم لنا أعمالنا ولكم أعمالكم لا حجة بيننا وبينكم الله يجمع بيننا وإليه المصير (الشورى 15)
MENGADAP ORANG GARANG
DAN BERPANGKAT
Untuk mengadap orang tertentu terutama jika orang itu berpangkat atau garang maka lakukan tindakan seperti berikut :
1) Duduk dulu didalam rumah sebelum melangkah.
2) Bayangkan wajah orang yang akan ditemui itu seakan-akan berada dihadapan.
3) Baca “Bismillah tujuh” ia juga dikenali “Bismillah enam”
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله السميع البصيرالذي ليس كمثله شئ وهو بكل شئ عليم
بسم الله الخلاَّق العليم الذي ليس كمثله شئ وهوالفتًّاح العليم
بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم الخبير
بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم القدير
بسم الله العزيز الكريم الذي ليس كمثله شئ وهو العزيز الكريم
بسم الله الغفور الرحيم الذي ليس كمثله شئ وهو الغفور الرحيم
Setelah selesai membacanya hembuskan kepada wajah orang yang dibayangkan tadi
4) Melangkah menemui orang itu.
APABILA BERHADAPAN DENGAN
ORANG YANG PANAS BARAN
Apabila hendak berhadapan dengan seseorang yang mempunyai sikap kasar seperti panas baran, maka sebelum berangkat sehinggalah menemuinya hendaklah melakukan amalan berikut :
1.Surah An-Nisa’ ayat 84 sebanyak 3 kali :
عسى الله أن يكف بأس الذسن كفروا والله أشدُّ بأسا وأشدُّ تنكيلا
2. يا حفيظ يا سلام
( sumber dari karangan ust Hanif Ghazali)
SUMBER : http://fadhlibrahim.blogspot.com/
sihatcergasceria..& the endavour to achieve more's..