Selasa, Mac 24, 2009

video penamaan calon ..bukit gantang & kisah benar..sebagai peringatan bagi yang berfikir..



http://lailagmi.blogspot.com/2009/03/yb-nizar-best-choice-for-prk-bukit.html ( lihat web ni ada lagu best masa layarinya....)





sumber : http://pinkturtle2.wordpress.com/



sumber : http://www.youtube.com/watch?v=Zi7dCm4rtuw&feature=related

* apabila kamu diberikan amanah , tanggungjawab dan rezeki dari ALLAH TAAALA . hendaklah kamu berusaha dan melakukan hingga berjaya walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga . sesungguhnya pengorbanan yang tinggi kita walaupun tidak dilihat orang tetapi ALLAH TAALA maha melihat dan maha kaya . bekerja dengan ikhlas dan amanah . hendaklah rajin bersikap kasih-sayang dan berlaku eh'san ( noble attitude ) , insyaallah rezeki kamu terbentang luas dan masalah kamu dipermudahkan jalan penyelesaian tanpa disangka-sangka . bekerjalah dengan rajin dan amalkan semangat JABAL TARIQ " berusaha dengan gigih mencapai kejayaan atau MATI MULIA ..."


CERITA TELADAN & BENAR-BENAR BERLAKU :

* pernah pada tahun 2004-2005 , kami ditugaskan menyediakan segala bantuan dan membekal kelengkapan I.T dan A V untuk mesyuarat menteri-menteri asean + 3 di hotel 5 bintang dekat bukit jambul ,PENANG untuk sebuah Kementerian . ini adalah program kedua kami selepas yang pertama di gloden horse palace , KL .

kami bertugas dari 7 pagi hingga 12 malam , satu minggu non-stop . peralatan komputer , av , sistem jalur lebar , peralatan multimedia , pekerja teknikal full battle gear standby dan semua staf beraksi dengan baik ( walaupun ada yang nakal dan melanggar arahan , sampai saya diberi kata dua untuk menegur staf tersebut dan mempertingkatkan displin tahap tinggi ) .

dimesyuarat itu rupanya pengerusi majlis tersebut seorang ketua pengarah ( yang pernah menumpang kenderaan kami pergi ke masjid solat jumaat , akibat terlalu khusyuk buat kerja dan periksa laporan mesyuarat , hingga tertinggal bas kementerian) , ibu beliau rupa-rupanya sedang sakit teruk , ...tetapi diwajah dan gerak langkah beliau didalam majlis tersebut , saya nampak lihat diri beliau sihatcergasceria , penuh ketegasan , berdedikasi dan tanggungjawab .

" benda terbakar diluar kita nampak asapnya , asap yang terbakar didalam hati , siapalah yang tahu ..."

beliau adaalah seorang pegawai kerajaan yang first-class saya pernah jumpa . beliau tenang dan ceria dalam mempengerusikan majlis tersebut sampai habis . beliau datang paling awal dan balik paling akhir . sehinggalah selesai barulah timbalan pengarah operasi majlis dan saya beruasaha mencari kenderaan dan kapal terbang untuk beliau ke pulang sarawak . semangat " THE ENDEAVOUR TO ACHIEVE MORE'S.." memang ada...pada beliau..

disini moral cerita adalah : setiap rezeki dan kerja adalah pemberian ALLAH TAALA . kita kena yakin dan menghormatinya tahap tinggi . jangan persia-siakan kepercayaan itu kerana mungkin itulah yang terakhir untuk anda dan mungkin terakhir kali melihat dunia . lakukan dengan terbaik dan kemas . ALLAH MAHA MELIHAT DAN MENDENGAR . jika kamu rajin dan berakhlak , orang akan suka dan rezeki kamu insyaallah diperluaskan......

PERINGATAN : janganlah pula apabila mula dipuji , kita leka dan lalai . mula bersikap kurang sopan , melanggar peraturan ALLAH TAALA dan tidak bersungguh-sungguh dalam bekerja dan melaksanakan tanggungjawab yang diberi . suka buat maksiat , mutu-kerja teruk , suka membuang masa , gelaktawa melampau dengan ingatan ada harapan boleh berubah . INGAT kawan-kawan peluang itu datang sekali , hargailah dan hormatilah sebelum kamu dilupakan akibat kedangkalan akal , kedegilan hati , keras-kepala serta berlagak dengan kepandaian kamu . ingat setiap gerak langkah kamu ada manusia yang memerhatikan dan paling dekat adalah ALLAH TAALA . semoga kita menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat .....amin

sihatcergasceria..& the endeavour to achieve more's..