Asy Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi.
Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran:
“Di antara orang-orang yang beriman itu terdapat pemuda-pemuda yang membenarkan janji mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang telah menyempurnakannya dan ada yang masih menunggu. Mereka tidak sekali-kali mengubah janji mereka.”
(Surah Al-Ahzab [33]:23)
GAZA, 20/4/2004 . Kalimat terakhir yang diucapkan Rantisi sebelum gugur syahid di Gaza mencerminkan ketinggian jiwa perjuangan seorang doktor pakar kanak-kanak ini. Inilah kenangan terakhir bersama Asy Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi.
Sebelum beliau gugur ia mengatakan,"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah.Untuk itu, biarkanlah Sharon dan kaum konspirator menggantung harapannya di sini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini. Jalan kami sukar dan berliku. Namun, inilah satu-satunya jalan yang menyampaikan kami kepada cita-cita kami. Demi perjuangan ini, mutlak tak ada kelemahan, menyerah, dan menghinakan diri."
Dengan kalimat perpisahan Rantisi kepada dunia fana yang semakin tua ini, Ia menyambut mati syahid dengan dada lapang. Beliau tidak bersembunyi dengan posisinya sebagai pemimpin Hamas, pengganti Syeikh As Syahid Ahmad Yasin. As-Syahid menyatakan,"Bukan menjadi rahsia Syeikh Yasin adalah pemimpin Hamas. Pengumuman nama saya juga bukan hal baru. Ini kerana sejak awal Israel memburu saya dan semua pemimpin Hamas. Kemudian, Hamas memerlukan identiti jelas; kepemimpinan yang boleh dijangkau oleh semua pihak, baik pemerintah, kumpulan-kumpulan perjuangan, ataupun orang biasa."
Semua pernyataan Rantisi sebelum syahid berkaitan dengan kesatuan nasional dan jihad. Ia mengatakan tentang pembalasan kematian Syeikh Yasin,"Kami tidak akan melupakan darah-darah kami yang tertumpah, kami yang dimaksudkan adalah Fatah dan sayap ketenteraanya, Jihad Islam dan sayap ketenteraannya, Barisan Rakyat, Barisan Demokrasi, Hamas dan semua sayap ketenteraannya."
Rantisi adalah tokoh karismatik yang dikagumi banyak pihak. Ia dibunuh Israel di Gaza kurang dari sebulan setelah pembunuhan Syeikh Yasin oleh Israel.
Pada bulan Jun tahun lepas beliau terselamat dari percubaan pembunuhan yang dilancarkan oleh Israel. Setelah Syeikh Yasin berjaya dibunuh di luar sebuah masjid di Gaza pada 22 Mac 2004, sasaran Israel menghala kepada sosok tegap dan tegas ini.
Sumber Israel menyebutkan, empat pesawat penggempur Israel berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Rantisi sebelum akhirnya tempat beliau diketahui dan dibunuh, Sabtu lepas.
Peribadi Ar-Rantisi
Rantisi (56 tahun) sebenarnya adalah doktor pakar kanak-kanak yang menimba ilmu di Mesir, seorang pemimpin politik Hamas dan tidak berkaitan dengan sayap ketenteraan gerakan ini. Ini tentu tidak boleh diterima Israel. Bagi penjajah yang sudah mencengkamkan kukunya di Palestin selama lebih dari setengah abad ini, tidak ada bezanya antara sayap politik dan sayap ketenteraan Hamas. Bahkan Israel menuduhnya sebagai ahli perancang yang membuat keputusan serangan bom syahid. Selepas syahidnya Syeikh Yasin, ia berkata kepada para pendokongnya, Hamas di dalam Palestin akan memerangi Israel hingga Palestin merdeka.
Rantisi adalah tokoh peribadi yang islamik dan komitmen. Memiliki enam cahaya mata dan terkenal dengan sifat meghentikan pertemuan buat sementara demi untuk menunaikan solat pada waktunya. Loghat Inggerisnya yang fasih, menyebabkan as-syahid digemari oleh ramai wartawan dari pelbagai media. CNN dan TV Inggeris pun pernah melakukan wawancara dengannya.
Sikapnya yang tegas membuatkan banyak pemuda Palestin mengaguminya dan semakin lekat dengan Hamas serta semakin kukuh memperjuangkan perjuangan penentangan sama ada di Tebing Barat atau Genting Gaza.
Kelahiran
Rantisi dilahirkan di desa Yabna, berdekatan kota yang sekarang dikenali dengan Asqolan di Israel. Ketika masih lagi menyusui ibunya, as-syahid berpindah bersama keluarganya ke Genting Gaza berserta ribuan warga Palestin yang diusir pada tahun 1948 ketika Israel didirikan. Rantisi membesar di perkhemahan pelarian Khan Yunis dan menimba ilmu di Mesir. Ketika kembali ke Gaza ia terlibat menubuhkan Hamas pada tahun 1987. As-Syahid pernah keluar masuk penjara Israel berkali-kali semenjak tercetusnya Intifadhoh pada tahun 1987.
Rantisi adalah salah seorang dari 415 tokoh yang terlibat dengan gerakan Hamas dan Jihad Islam yang pernah diusir ke Lubnan pada tahun 1992 setelah terjadi rangkaian serangan ke atas Israel. As-Syahid kembali ke Palestin setelah Israel mendapat tekanan antarabangsa. As-Syahid juga pernah dipenjara kerana menolak berdamai dengan Israel.
# seorang doktor kanak-kanak berjaya membentuk jiwa besar , berani ,bersungguh-sungguh dan menaikkan semangat juang masyarakat palestin di SEMENANJUNG GAZA menewaskan kuasa besar ( ISRAEL ).....
# di bulan ramadhan yang mulia ini , di jemput sahabat-sahabat dan rakan perniagaan semua menderma kepada wakil rakyat palestin di AMAN PALESTIN , BANDAR BARU BANGI , selangor .
http://amanpalestin.org/
" ALWAYS BE OPTIMISTIC EVEN IN THE EYES OF A STORM " and always have ..
" THE ENDAVOUR TO ACHIEVE MORE......"
sumber :http://lasiaf87.wordpress.com/2008/02/18/singa-palestin-dalam-kenangan/