Rabu, September 24, 2008

gambar yang menghina sebuah bangsa ...INDONESIA.



- gambar diatas sangat istimewa kerana ia mengambarkan seorang ketua sebuah negara dan bangsa telah mengaku kalah dalam mengendalikan ekonomi negara dan akhirnya pemerintah selepas rejim ini terpaksa melepaskan sebuah kepulauan bernama TIMOR LESTE sebagai habuannya . kejadian ini sungguh istimewa dimana banyak nyawa manusia telah terbang , kemusnahan yang banyak , rusuhan , kejatuahn ekonomi yang melampau dan huru-hara .melihat CAMDESSUS pengerusi imf menyilangkan tangan dan memerhatikan seorang presiden menunduk telah disifatkan satu penghinaan besar kepada semua rakyat sebuah negara merdeka.rakyat marah dan mengamuk , mereka mengambarkan seperti penjajahan terbaru secara halus dengan ekonomi . akhirnya..presiden terpaksa melepaskan jawatan..selang beberapa hari..( ulasan TV australia network kat astro )

# ikhtibar cerita dan gambar ini ( moral of the story )ialah GAMBAR itu sendiri menjadi senjata sikologi dan perang saraf yang terbaik tanpa perlu mengunakan senjata . macam orang rembau kata " LET THE PICTURE DO THE TALKING " . bagi seorang ahli perniagaan yang baru menapak kita perlu cekap mengunakan segala ruang pengiklanan dan melakukan serangan media yang pelbagai untuk mendapat perhatian orang ramai . walaupun ada orang kata " POYO " atau nak berlagak ke....kita seumpama dimedan perang setiap saat hendaklah cerdas dan berani untuk mengunakan apa jua teknologi dan kaedah untuk berjaya dalam peperangan sepertimana RASULULLAH s.a.w tidak suka dengan cara saidina UMAR apabila mencabar orang quraisy dengan gaya perangnya yang angkuh tetapi baginda tidak marah kerana orang QURAISY yang sombong dan angkuh sifatnya hendaklah dilawan dan digeruni hatinya .....

- kata2 ni saya dedikasikan kepada saudara NIZAM & KHAIRUL sebab dah lama cakap nak buat blog( nak buat web malas )..tapi..sampai sekarang HAMPEH .peluang hanya datang sekali dan kalau simpan gambar lama2 kat camera cantik tanpa diterjemahkan dalam blog dan web lebih baik jangan cakap tentang meluaskan perniagaan ....( hehehe ) kalau takut ngan tok kadi & isteri jangan bicara pasal nak kahwin banyak ( bermadu ) hahahahahahahaha...