Isnin, September 22, 2008
terima kasih ( encik 24 ) AAM
terimakasih kepada saudara ( encik 24 ) kerana membantu dengan pantas dan peramah . ada pulak paku panjang yang berkenan kat tayar kereta " perang " syarikat saya ni . ALHAMDULLILLAH dengan kepantasan dan kecekapan ( encik 24 ) , kesian tengok dia nampak letih tapi ramah , ceria dan semua berjalan lancar .
# bila saya tanya raya kat mana encik ( 24 ), dia kata mungkin kat jalan raya kalau tak dapat cuti ...tugas perlu dilaksanakan dengan bersunguh-sungguh ( perghh...) tak kira raya atau hari biasa , kita bagi khidmat pada pelanggan....bang , sedih bunyinya tapi cukup memperlihatkan displin tinggi . saya amat berbangga 10 tahun bersama AAM...servis dan kesungguhan mereka mengkagumi saya .
encik 24 : saudara AZMI namanya..
- yang buat saya terharu dan tersenyum bangga ialah tayar motor dia pun pancit tapi datang tetap datang ( tersenyum dengan bangganya dia ).....
( hehehehehe ) hebat betul...
- hampir 3 tahun , baru pertama kali tayar ni masuk paku...time tu pulak lupa bawa jack kereta...nasib baik ada AAM ..( Iklan percuma ..)