Selasa, September 30, 2008

SYUKUR & PERINGATAN BAGI MEREKA YANG BERAKAL...





Syabas kerana berjaya bebaskan anak kapal MT Bunga Melati 5 - Presiden PAS
Roslan Shahir Mohd Shahir

Mon | Sep 29, 08 | 1:29:57 pm MYT
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ingin merakamkan ucapan syabas dan ribuan terima kasih kepada pihak MISC, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pihak-pihak yang berkaitan kerana berjaya membebaskan anak-anak kapal MT Bunga Melati Lima dengan selamat dari tangan lanun-lanun pengganas Somalia di perairan sebelah sana.

Dato' Seri Tuan Guru mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kesemua 36 anak-anak kapal warga Malaysia dan 5 Filipina di atas kapal tangki tersebut semuanya dalam keadaan selamat dan sihat setelah ditawan hampir sebulan lamanya.

Mudah-mudahan kepulangan mereka ke pangkuan kaum keluarga masing-masing di tanahair akan melegakan semua pihak dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Eidul Fitri kita semua.

Dalam pada itu Dato Seri Tuan Guru mengajak semua rakyat Malaysia agar berdoa dan memohon bantuan Allah swt semoga anak-anak kapal seramai 39 orang di atas MT Bunga Melati Dua yang turut ditawan oleh lanun-lanun yang sama sejak 19 Ogos lalu akan juga segera dibebaskan.

Kaum keluarga mangsa-mangsa berkenaan diharapkan bersabar dan jangan berputus asa dengan terus memohon ke hadrat Allah SWT agar mereka semua selamat dan dapat segera pulang kepangkuan kaum keluarga.

Dato' Seri Tuan Guru turut merakamkan kebimbangan di atas perkembangan yang berlaku di Teluk Aden dengan meningkatnya ancaman keganasan oleh pihak lanun-lanun Somalia kebelakangan ini.

Beliau mengharapkan agar kerajaan Malaysia akan segera mengakji semula laluan berkenaan dan memperkenalkan langkah-langkah keselamatan tambahan bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang lagi.

------

Roslan ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS _

...........................................................................................
SILA BERI PERHATIAN KEPADA TEGURAN ALIM-ULAMAK...




Selain itu, Dr Haron Din turut kesal dengan kegagalan syarikat Petronas milik kerajaan yang gagal membayar zakat dengan hasil minyak yang diklasifikan sebagai harta rikaz.

”Petronas untung RM42.6 bilion untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, kalau kita anggarkan setahun Petronas boleh dapat RM85.2 bilion, malangnya Petronas tidak pernah membayar zakat seperti di jawab di dalam sidang parlimen“ kata Dr Haron Din .

Ini kerana katanya, kerajaan yang memerintah hari ini tidak mementingkan hukum Islam sehinggakan majoriti syarikat-syarikat besar di Kuala Lumpur tidak membayar zakat.


REFER : http://pemudabukitkatil.blogspot.com/2007_12_01_archive.html