Jumaat, September 26, 2008
Hari al-Quds....
Kesedaran Perjuangan Palestina:
Tidak diragukan lagi kebijaksanaan Imam Khomeini dalam isu Palestina telah menjadikan umat Islam, apa jua mazhabnya menjadi kabur dalam soal perbezaan kecil demi untuk menumpukan perhatian kepada isu sebenar iaitu Palestina dan kekejaman Zionis di tanah al Quds. Gerakan kesatuan umat Islam telah disegarkan dan digerakkan semula oleh Imam Khomeini di sebalik seruan untuk membebaskan Palestina. Imam Khomeini telah mengisytiharkan Hari al Quds dalam ucapannya yang berbunyi begini:
‘Saya menyeru seluruh kaum muslimin di dunia untuk menjadikan Jum’at terakhir di bulan suci Ramadhan sebagai Hari al-Quds; dan melalui demonstrasi solidaritas kaum muslimin sedunia, mengumandangkan dukungan mereka atas hak-hak rakyat muslim. (Rujuk Imam Khomeini ketika mengumumkan Hari Al-Quds, 7 Ogos 1979, Sahifa-yi Nur, vol. 8, halaman: 229.)
Dan perjuangan Imam Khomeini ini tidak pernah terpesong malah terpancar menerusi puterinya. Sebagai pemimpin NGO terkenal Union Supporting Palestinians Right, Dr. Zahra Mustafawi muncul di Indonesia 14 Mei 2008 lalu dalam satu konferens bertaraf Internasional sempena Nakba, bagi membicarakan tentang Palestina, di Wisma Makara, Universitas Indonesia, Depok. Dr Zahra mengatakan:
‘Kalau semua bersatu akan menjadi kekuatan yang sulit dipecah-belahkan’. Dengan penuh semangat juga Dr Zahra mengatakan:
‘Perlawanan 33 hari Hizbullah terhadap Israel menunjukkan bahwa musuh bukanlah kuasa yang tak terkalahkan, malah sesungguhnya mereka amat lemah. Selayaknya kita mengetahui kelemahan mereka dan menyusun mekanisme yang dapat digunakan untuk mengalahkan ketidakadilan itu.’
refer : http://tehranifaisal.blogspot.com/2008/06/belajar-daripada-imam-khomeini-seperti.html