Ahad, November 30, 2008
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Tafsir al-Fansuri (1)
Fahri Abdullah al-Masri
Sun | Nov 30, 08 | 4:16:43 pm MYT
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Apabila salah seorang daripada kita membaca ayat al-Qur'an, maka hendaklah dimulakan dengan membaca kalimah taawwuz, iaitu suatu lafaz untuk mengingatkan diri kita sendiri agar tidak terpesong fikiran daripada memahami al-Qur'an.
Dan sebagai kebiasaannya, urusan memesongkan fikiran dan niat ini banyak sekali terkait dengan bisikan syaitan. Hal ini sesuai sekali dengan saranan daripada Allah s.w.t sendiri sebagai yang termaktub di dalam al-Qur'an.
"Maka apabila kamu membaca Al-Qur'an, maka hendaklah kamu memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk." (An-Nahl: 98).
Pernah juga sekali peristiwa, Iblis menipu Nabi Adam a.s dengan memesongkan fikiran baginda sehingga akhirnya baginda menyangka tujuan Allah melarangnya memakan buah larangan itu adalah kerana Tuhan tidak mahu Adam kekal berada di dalam syurga!
Alam ini ibarat al-Qur'an juga. Membaca alam, membaca pengalaman bagaikan membaca al-Qur'an. Kitab ini juga selalu membawakan contoh-contoh perumpamaan alam. Maka, pada ketika Adam a.s 'membaca' sebahagian daripada alam (al-Qur'an) dengan melihat ke arah buah larangan itu, maka ada kemungkinan baginda terlupa membaca lafaz ta'awwuz, sebagai benteng perlindungan daripada tipudaya syaitan.
Allah s.w.t adalah sumber terkuat dan benteng yang teragung daripada segala tipudaya daripada hasutan syaitan ini. Dan syaitan ini bukanlah saja muncul terbit dalam kalangan jin, malah manusia juga. Tepat sebagai yang disebutkan oleh Nabi Yusuf a.s.
.."Dan kalau Engkau tidak hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentulah aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka), dan tentulah aku termasuk orang-orang yang berdosa." (Surat Yusuf: 33)
Lihat juga apa yang dibicarakan oleh Nabi Musa. Berlindung daripada penyakit kejahilan adalah juga suatu doa yang pernah diungkapkan oleh para nabi dan rasul.
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)". (al-Baqarah:67)
Ringkasan awal yang kita boleh ambil di sini ialah, hal memohon perlindungan ini adalah bertujuan menyelamatkan diri daripada tipudaya, pemesongan fakta syaitan terhadap isi kandungan al-Qur'an sebagai yang pernah dilakukan mereka ke atas kaum Yahudi yang telah memesong, menulis dan meminda ajaran Taurat dan Injil.
Ini kerana, syaitan-syaitan daripada golongan jin khasnya dan manusia secara umumnya akan selalu mencari ikhtiar, usaha memesongkan manusia seluruhnya daripada al-Qur'an.
Berlindung daripada fitnah keduniaan
"Dan (aku berlindung) dari buruknya fitnah kekayaan." (Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis ini, kita dapat mengetahui bahawa mencari kekayaan itu tidak salah. Wang dan harta itu tidak pernah bersalah kerana kewujudannya. Yang menjadi masalah ialah wujudnya 'fitnah' (ujian) terhadap kekayaan tadi.
Kalau mereka kaya, nantinya mereka akan bersifat kedekut, enggan mengel;uarkan zakat, enggan membantu fakir miskin dan cenderung menindas marhaen dengan cara merampas tanah milik mereka dengan apa cara sekali pun termasuk melalui perundangan.
Pendek kata, walaupun secara moralnya mereka bertindak zalim dan kejam, tetapi biarlah secara perundangan, mereka kelihatan bersih dan berhak mendapatkan tanah itu.
Jika mereka miskin, nanti mereka mungkin cenderung terjebak dalam urusan merompak, menyamun, bermain judi, menikam nombor ekor dan lainnya kerana mereka suka ambil cara mudah serta jalan pintas menuju pintu kekayaan.
Rasulullah s.a.w juga, dalam urusan memohon perlindungan daripada hal keduniaan ini, sering menganjurkan kita berdoa sebagai doa di bawah:
"Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari hati yang tidak khusyuk dari doa yang tidak didengar, dari jiwa yang tak puas, dan dari ilmu yang tak bermanfaat. Dan aku berlindung kepadaMu dari golongan mereka yang empat macam itu." (At-Tirmidzi dari Ibnu Umar).
Maka, pecahan daripada hal meminta perlindungan ini terpecah kepada banyak bahagian pula. Hati yang tidak khusyuk itu adalah salah satu penyakit yang perlu kita hindari. Jadi, dan usahakanlah agar hati sentiasa khusyuk, menumpukan perhatian kepada Allah.
Kedua, perlindungan daripada doa yang tidak didengar. Kita sering mendengar ayat-ayat al-Qur'an yang menyebutkan bahawa, mintalah apa sahaja, nescaya Tuhan akan kabulkan permintaan itu. Rupa-rupanya, ada sejenis doa yang tidak didengar.
Apakah doa tak termakbul kerana doa itu tidak didengar? Mahu suci Allah daripada sifat tuli dan tidak mendengar. Ada kemungkinan doa ini tergantung dan tidak sampai menuju rahmat Tuhan. Maka, kita diminta berlindung daripada bahaya ini juga.
Ketiga, jiwa yang tidak puas atau sentiasa tidak meredhai segala apa-apa yang diputuskan oleh Tuhannya. Jadi hati dan jiwa ini bermasalah besar kerana segala ujian itu sebenarnya untuk membasuh luka pada dosanya atau bertujuan meningkatkan maqamnya.
Keempat, kita diminta berlindung daripada ilmu yang tak bermanfaat. Adakah ilmu-ilmu yang dipelajari di universiti misalnya mendatangkan manfaat kepada rakyat keseluruhan? Atau, setidak-tidaknya, adakah ilmu itu membawa manfaat ke atas diri sendiri?
Jika tidak kenapa masih ramai pelajar yang menganggur kerana sijil ijazah dan kelayakan mereka tak diperlukan oleh pihak-pihak tertentu? Kalau ditinjau secara umum, mungkin ilmu yang tak bermanfaat itu ialah ilmu yang diperlajari itu, pada akhirnya tiada seorang pun yang akan mendapat manfaat daripadanya. Wallahu'alam..
4:12 p.m, 30 November
Sekolah Pemikiran Kg Baru _
REFER : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18139&Itemid=1
SUMBER GAMBAR : http://msomelayu.blogspot.com/2008/11/iktibar-sejagat.html
pertandingan bowling bersama Virtualfriends.net
- alhamdullillah , pihak kumpulan kami sentiasa mengamalkan SIHATCERIACERGAS dan suka menyertai sebarang aktiviti sukan . kelebihan yang kami dapat disini kami dapat menjalankan persahabatan dengan ramai old-ties ( kaki bowling ) dan pakar-pakar i.t ( sesuai ngan perniagaan kami ). insyaallah jika ada sebarang jemputan dan aktiviti sukan yang mempeluhkan , merenggangkan otot-otot kaki & tangan serta menceriakan..hubungilah kami..( kami sedia mensponsor )..hehehehe ..tu yang dapat hadiah banyak hari ni...termasuk pemain import ( saudara qalam ) yang ganas rupanya..kusangkakan kuntum..
- saudara nizam ( zamjumberg ) menang no.4
- saudara irsyad ( teholimau ) menang cabutan bertuah
- saudara qalam menang hadiah juga kategori lupa...
- saudara khairul ( danjie )..tak menang lansung ..kesian ( asyik telefon supplier dan customer ..tanya payment dan mintak projek ) fokus duit je..hehehehe
* saudara qalam mengantikan saudara zultrolak yang terpaksa pulang ke besaout ( trolak ) ada kecemasan katanya...
gambar banyak lagi kat sini : http://carlead.fotopages.com/?entry=1743445&back=http
sumber ke 2 : http://picasaweb.google.com/fieshinoda1/BoWLinGPaRTII#
sumber ke 3 : http://picasaweb.google.com/mfuad.hashim/BowlingVFPart02#
....................................................................................
PARIT BUNTAR, 18 Dis. : Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak Ust. Asyraf bin Ismail menyeru pemuda Islam mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Walaupun begitu beliau mengingatkan pemuda yang bersukan supaya tidak meninggalkan kewajipan sebagai orang Islam
"bersukan, bersukan juga tapi solat jangan ditinggal. Jangan lupa tunaikan kewajipan kita sebagai orang Islam". Nasihat beliau.
Artexpo MALAYSIA di MATRADE , KL
Jumaat, November 28, 2008
Khamis, November 27, 2008
filem istimewa............
Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang
"Berkilau di pandang orang"
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina"
"Berkilau di pandang orang"
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina"
Rabu, November 26, 2008
Selasa, November 25, 2008
TAKZIAH kepada keluarga HAJI HASHIM ( atuk rombau ).... AL-FATIHAH
- haji hashim ( atuk rombau 1 ) telah kembali ke rahmahtullah semalam selepas waktu isyak . majlis sembahyang jenazah akan dilakukan di surau taman melewar dan dijangka dikebumikan di perkuburan islam , taman selasih ....insyaallah
- semoga roh beliau dirahmati dan diletakan bersama para muslimin dan keluarga beliau diberi kesabaran oleh ALLAH TAALA...insyaallah .
Isnin, November 24, 2008
Michael Jackson buktikan agama Islam benar - Nik Aziz
KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.
"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam.
Beliau diminta mengulas keputusan penyanyi terkenal berkenaan memeluk agama Islam sebagaimana dilaporkan media semalam.
Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki.
Jacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambil keputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumah kawannya ketika merakamkan album baru.
Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan Jackson itu membuktikan beliau tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya sebelum ini.
"Walau pun Jackson merupakan seorang penyanyi tersohor dunia, sudah tentu dia banyak membaca untuk mendapat maklumat berhubung kebenaran Islam.
"Memanglah dia tu penyanyi, semua orang kenal dia, tetapi tidak bererti dia tu menyanyi sahaja," katanya.
Beliau juga berharap penyanyi terbabit dapat mempromosikan Islam melalui tindak tanduk yang baik dan lirik-lirik lagu yang dapat memberi keinsafan kepada manusia serta mengakui kebesaran Allah.
Menurutnya, hanya agama Islam yang benar kerana diperakui oleh Allah Taala.
Kata beliau juga mereka yang sudah lama beragama Islam jarang mengambil peluang untuk mempromosikan agama itu kepada umum bagi menarik lebih ramai orang bukan Islam mendekati agama tersebut.
"Walau pun Islam tidak memaksa sesiapa memeluk agama suci itu, namun setiap dari mereka wajib berdakwah serta mempromosikannya kepada penganut agama lain.
"Kelantan sendiri tanpa disedari telah mempromosikan agama Islam dalam pentadbirannya seperti mengharamkan riba, menutup aurat, cuti dua hari dan pemberian manfaat kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas," katanya.
Beliau juga berkata, masyarakat bukan Islam termasuk Hindu pernah menjemputnya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran mereka. - mj/mks. _
refer : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18035&Itemid=1
* PIHAK KUMPULAN SYARIKAT KERAMAT-MADU3 MERAYU SEMUA AHLI DAN RAKAN PERNIAGAAN UNTUK MENDERMA KEPADA PERSATUAN BEKAS TENTERA DAN POLIS SEBAGAI MENGHARGAI JASA DAN PERGORBANAN MEREKA YANG TAK TERNILAI .
* MARILAH KITA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA SEMUA BEKAS PEJUANG NEGARA YANG PERNAH BERKHIDMAT DENGAN TAQWA , IKHLAS DAN AMANAH . SEMOGA ALLAH TAALA MELETAKAN ROH MEREKA BERSAMA PARA SYUHADA....INSYAALLAH..
Ahad, November 23, 2008
Sabtu, November 22, 2008
pameran lukisan ANTARABANGSA di MATRADE , KL pada 26 november 2008
- jemputlah datang semua..melihat dan membeli .
* sesuatu yang saya pelajari tentang kehebatan lukisan adalah ALLAH TAALA memberi satu ilmu yag mana mereka pelukis " menceritakan kehidupan manusia , ranjau & cabaran kehidupan , menaikan semangat yang hilang & memotivasi diri pelihat lukisan tu dengan kata-kata sindiran , kiasan dan tersirat disebalik tersurat . hanya yang mempunyai mata-hati , cinta akan realiti kehidupan akan..mengerti & dan yang berakal..
refer : http://www.artexpomalaysia.com/
operasi perang " INTERIOR DESIGN " di KELANA JAYA ...bermula ..
Langgan:
Catatan (Atom)