Rabu, November 05, 2008

BARACK OBAMA: Pengajaran untuk yang berakal..." Kita boleh mengambil peluang untuk menarik nafas lega seketika tetapi jangan sampai tertidur....."








Dunia menunggu gerak langkah Obama

Tukar cabaran kepada peluang

Soalnya, upaya dan usaha menukar segala cabaran kepada peluang. Digarap segala peluang menjadi keputusan yang pasti mengejutkan!

Tiada media tradisional, bukan bermakna berakhirnya segala rancangan dan harapan. Benar, strategi politik mengenengahkan teori Principle of Force (kelebihan pada pihak yang ada bilangan dan kekuatan yang lebih daripada pesaing) dan kelebihan pertahanan buat masa ini. Namun jangan pula dilupakan strategi serangan buat pesaing, sama ada yang berbentuk berbaik-baik dengan musuh mahupun secara gerila.

Di sinilah perlunya menyerlahkan kekuatan media alternatif, apalagi dengan lahirnya Web2.0 dengan golongan Prodsumers (pengguna yang melahirkan pengisian) yang membuktikan bahawa orang awam juga boleh menyalurkan idea dan mesej dengan sungguh berkesan.

Guna media alternatif. Broadband dan 3G sebagai antara akses laluan. Pelbagai applikasi dimasyarakatkan (YouTube, jaringan sosial seperti Friendsters dan MySpace, MMS, SMS antaranya) harus diterokai dan diperbanyakkan sebaik mungkin!


Media alternatif dan saluran tempatan

Setiap markaz seharusnya menjadi pusat media. Markaz di setiap tempat dihidupkan bukan saja dengan amalan membentuk ahli, malah menjadi tumpuan umum untuk mendapatkan saluran media.

Tak cukup ceramah, sms berantai boleh dicuba. Muat turun nada dering bertema di laman web

Yang tiada akses, terus saja ke markaz di kawasan dan cawangan untuk muat turun video mahupun nada dering bertema. Jadikan ia bualan dan siulan umum dan anak-anak muda - sebagai peringatan keluhan marhaen terbanyak. Pulun artis yang bersama dengan lagu tema atau lagu sinis sebagai 'humming' dalam kalangan anak muda di kota dan desa!

'YouTube'kan pelbagai aksi kempen yang boleh dihantar kepada setiap kumpulan sasaran (lihat video kempen menarik Obama, Hillary dan Rudy!). Kini YouTube sudah boleh dimuat turun ke telefon bimbit. Jadikan telefon bimbit sebagai saluran kempen yang berkesan (muat turun melalui WIFI di markaz misalnya untuk dihantar ke setiap telefon bimbit bagi melengkapkan putaran eko-sistem e-kempen!)

Mesej harapan

Yang paling ampuh ialah mesej yang benar-benar terkesan. Analisa Iowa menunjukkan Obama menarik minat golongan muda (lebih sepertiga pengundi Obama berusia kurang 30 tahun, manakala Hillary mengaut lebih sepertiga pengundi berusia 60 tahun ke atas!). Apa lagi tarikan Obama yang 'menyihir' golangan muda yang tidak pernah mengundi, keluar mengundi untuk senator muda ini! Kenapa beliau berjaya?

"Desire for change was like a rocket booster for Obama - half of Democrats said the ability to force change was the pivotal factor in picking a candidate, and half of them backed the youthful Illinois senator"

"His powerful words "America is back" are refreshing and resonate in people's minds."


Mesejnya, Masa untuk Berubah! Harapan dan Perubahan. Mematahkan mesej Hillary, yang bersandarkan kepada 'experience'! Saksikan video Generation Obama (rujuk kejayaan kempen Pepsi, Generation Pepsi dulu)

refer : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=11780&Itemid=56


" IF U TAKE A RISK FOR HONOURABLE OBJECTIVES......INSYAALLAH A STAR BELONG'S TO U..."

......................................................................................
PERINGATAN KERAS dari al-fakir .....

refer : http://ustazmokhtar.blogspot.com/2008/11/siapa-pun-presiden-amerikaummat-islam.html


Oleh itu saat kita mencari peluang untuk melunakkan hubungan Barat-Islam, khususnya melalui kemenangan Obama yang dilihat lebih terbuka, namun jangan menyebabkan kita lalai dengan peringatan Allah dan Rasulullah saw. Obama hanya seorang presiden yang dilantik oleh rakyatnya untuk memimpina sebuah negara bernama Amerika. Sedangkan Amerika sendiri telah ujud dasar-dasar luarnya yang tersendiri. Kita boleh mengambil peluang untuk menarik nafas lega seketika tetapi jangan sampai tertidur.

fikir-fikirkan...........