Khamis, November 06, 2008

menziarahi HAJI HASHIM@ ATOK ROMBAU ( 1 ) di HOSPITAL SELAYANG


Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah


sumber gambar : http://www.iluvislam.com/v1/photogallery.php?photo_id=1024

.......................................................................................

- HAJI HASHIM beliau merupakan salah seorang pembunuh upahan @ kontraktor dan penasihat khas dalam hal : OPERASI MEMINANG ( memetik bunga ditaman )sangat cekap dan menyakinkan sebab jika bakal mak dan pak mertua dengar pantun 4 kerat pasti dan kiasan pasti tersenyum......dan insyaallah rundingan biasanya berjaya .

# beliau adalah bapa hasmaddy , sahabat dari kecil hingga usia muda , banyak bagi nasihat agama serta motivasi pada saya . beliau bekas tentera dan seorang imam di taman melewar kat umah saya. dalam usia yang lanjut ..rajin bersenam dan menanam bunga disurau . aktif serta perihatin .....

# semoga ALLAH memberi kesihatan yang baik dan kesabaran yang tinggi kepada seluruh ahli keluarga dan sanak saudara .

- saya ada 2 ATUK angkat kek rombau . haji hashim ni no 1 dan haji abdullah @ tok mohar kek ulu gadong no . 2 , kedua-danya bekas tentera , mempunyai jiwa yang kuat menasihati anak muda yang lemah semangat , walaupun berusia tapi...ke' tegasan terpancar diwajah mereka . saya banyak belajar bahasa rombau dengan mereka berdua..semoga ALLAH MERAHMATI KEHIDUPAN MEREKA DUNIA AKHIRAT...INSYAALLAH.